Friday, July 30, 2010

kaitan jenis darah dan jaundis di kalangan bayi

Ada dus jenis darah yang utama iaitu Sistem darah ABO dan Sistem darah Rhesus. Dalam sistem darah ABO, darah terbahagi kepada kumpulan O, A, B atau AB. Dalam sistem darah Rhesus pula, darah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Rhesus negatif atau Rhesus positif.

Masalah jaundis yang boleh berlaku adalah disebabkan ketidakserasian sistem darah di atas di antara ibu dan bayi yang dikandung. Masalah ketidakserasian ini boleh menyebabkan sel sel darah bayi rosak dan proses kerosakan ini dikenali sebagai hemolysis. Sel sel darah yang mengalami hemolysis ini  akan menghasilkan bahan yang bernama biliburin dan bahan inilah yang menyebabkan bayi kuning dalam kes jaundis.

Kajian menunjukkan ketidakserasian dalam sistem darah ABO boleh menyebabkan jaudis tetapi selalunya ia tidak serius. Lain pula halnya jika berlaku ketidakserasian dalam sistem darah Rhesus. Jika ibu mempunyai Rhesus negatif dan bayi mempunyai Rhesus positif, masalah hemolysis boleh terjadi. Jika ini terjadi, ia boleh mnyebabkan jaundis yang teruk. Oleh kerana masalah ini serius, semua wanita yang mempunyai kumpulan darah Rhesus negatif dimestikan mengikuti klinik pakar ketika hamil supaya masalah ini boleh dipantau daripada awal kehamilan lagi.

Bila baca Tanya Pakar dalam Pa&Ma Ogos 2010 (petikan kat atas), saya mula menyedari kenapa aisyah dan danish menghidap jaundis tetapi bukan pada tahap yang serius. Saya mempunyai darah O+ dan en suami, AB+. Kesemua anak anak saya mempunyai jenis darah yang berlainan. Irfan jenis O, aisyah jenis A dan danish jenis B. Disebabkan ketidakserasian sistem darah rupanya asiyah dan danish kena jugak jaundis walaupun saya dah banyakkan berikan susu ibu bagi mengelakkan jaundis :)

2 comments:

  1. good info la akak..br sy phm..tp sy rasa la kn..semua bb berisiko kna jaundis ni sbb kump darah kita cuma ada 3 shj..so ketidakserasian tu mmg akn berlaku.ada yg serasi..tp amat jarang.ank sy ummair pn kna kuning ms lahir dulu n doc bgtau ibu2 yg darahnya jenis O akn lebih berisiko tggi utk anknya mdapat jaundis.tp syukurlh..bukan di tahap yg tggi..

    ReplyDelete
  2. mmg ibu yg berdarah O lebih berisiko bayinya akan kena jaundis sbb bergantung pada jenis darah bayi. anak akak, irfan sorang jer tak kena sbb dia pun darah O jugak :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails