Tuesday, May 27, 2014

Day 4... Part 1... Engelberg ke Rheinfall, Swiss

Pagi hari Isnin, 21/4 yang merupakan hari ke empat kembara Europe kami bersiap-siap utk check out dari Gasthaus Grafenort hotel untuk meneruskan perjalan ke Frankfurt, German. Berdasarkan saranan dari pemilik hotel, beliau mencadangkan supaya kami singgah di Rheinfall semasa on the way nanti.

Lepas siap isi semua barang dalam kereta, haruslah bergambar lagi dengan suasana sekitar hotel. Kalau sebelumnya cuaca sangat cantik, tapi pagi tu suasana agak bergabus. Dah tak berapa nampak snowcap atas bukit2 di sekitar. Rasa macam berada kat cameron highlands pun yer...

Ready utk ambil gambar beramai-ramai...
 Aisyah and Arissa... Daffodil pun tak berkembang bila tiada matahari...
Lepas siap sesi photoshoot, kami meneruskan perjalanan ke Rheinfall. Dah lupa berapa lama perjalanan untuk sampai ke sana. Tapi sepanjang perjalanan tu, mmg kami dihidangkan dengan pemandangan unik kampung2 di Switzerland. Banyak rumah2 kayu yang dibina di lereng-lereng bukit. Tapi tak terfikir pula nak snap gambar, ralit melayan dan rakam dalam kepala jer...

Rasanya dalam sejam lebih perjalanan juga, kami tiba di Rheinfall. Tak susah pun nak cari tempat ni. Lepas parking kereta, terus kami menapak ke tempat yang dituju. Cuaca kat sana masa tu agak sejuk. Jadi masing2 mula cari baju tebal dan cuaca juga macam nak hujan.
 Boleh tahan jauh kena menapak dari tempat parking tu.
 Dari jauh dah nampak air terjun...
Akhirnya sampai juga di tempat utk beli tiket. Alahai, dah lupa berapa tiket yg kena bayar utk masuk dalam tu. Rasanya tak mahal sangat.
Sementara tunggu beli tiket dan ahli rombongan yang nak masuk toilet, sempat la snap beberapa keping gambar budak2 posing dgn lembu2 Swiss...

Mula-mula posing dgn lembu coklat...
 Lepas tu posing dgn lembu hitam pulak...
 Bila semua dah ready, kami terus menapak ke pintu masuk.
Bukan main mencabar lagi nak tgk air terjun tu dari dekat. Kena lalui adventure trail. Takde la adventure sgt pun, cuma kena hati2 menuruni tangga yang agak curam. Dalam masa yang sama kena monitor anak2 yang dah mula eksaited tgk air terjun.
Subhanallah, memang cantik pemandang air terjun ni...

Empat sekawan.... Irfan, Kimie, Aisyah dan Sephia...
Lepas menikmati keindahan air terjun, budak-budak macam biasa tak lepaskan peluang utk main2 bila jumpa mini playground...
Danish pula ambil peluang tunggang kuda kayu...
 Ini pula pemandangan air terjun dari atas jambatan...
Nampak tak boat pink dan kuning dalam gambar kat atas tu? Ingatkan boleh cuba naik boat tu, tapi tak jumpa nak cari arah nak naik boat2 tu dan nampak macam jauh pula nak menapak ke sana. Jauh menapak tu satu hal, nak beratur pula satu hal. Jadi simpan aje la impian utk naik boat2 tu. Bukan main frust anak2 bila kata tak jadi naik boat tu. Nanti2 la, kita cari boat kat tempat lain.

NuKilaN:
 

12 comments:

  1. Air terjun tuh tak tinggi sangat yer ummi danish? nampak kemain seronok lagi dorang posing ngan lembu2 swiss tuh yer...lembu2 m'sia lg real kan...heheh

    ReplyDelete
  2. teringat rumah hazel and gretel dalam buku masa kecik2 dulu :) conel budak2 pakai baju sejuk happy derang berposing.

    ReplyDelete
  3. Best kalau dapat naik boat tu kan Nur.. boleh tengok air terjun tu dekat2 kan... insyaAllah jika ada rezeki lain pulak kan..

    ReplyDelete
  4. Wahh..bestnya jalan2...Nur..boy n girl tu Hakimi n Sofea kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, tu Kimi dgn sephia…
      Owh, kenal dengan mereka rupanya.. keciknya dunia :)

      Delete
    2. hehe..Kimie dulu pnh satu tadika skjp dgn Rifqi kat Loving Crystal..pastu Kimie n Sephia sekolah di SRAI b4 ke UK :-)..salam utk family dorang ye.

      Delete
  5. bestnya dpt merasa jln2 kat tempat orang nie...cantiknya pemandangan dia...

    entah bila lah saya dpt ke sana pulakk...

    ReplyDelete
  6. Cantik pemandangan di sana kan. Dah alang2 tinggal kat negeri orang haruslah jelajah semuanya kan Nur :)

    ReplyDelete
  7. Ya Allah cantiknya.. hopefully one day I got a chance untuk ke situ, naik bot terus hehehe.

    ReplyDelete
  8. Bila dapat peluang pusing Europe takkan tak mo singgah mana mana tempat yg best kan Bijen.....Jauh jauh pun sure tak rasa sebab gi reramaikan.....

    ReplyDelete
  9. uishhhh... jelesnya tgk! :D btw, nice entry

    jemput singgah kalau sudi :)

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/05/perghh-terbaik-karipap-telur-ah-wani.html

    ReplyDelete
  10. Cantiknya air terjun. Dah sampai kalau tak singgah memanglah menyesal. Suka tengok si Aisyah ni berposing. Makin ayu sekarang :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails