Friday, May 2, 2014

Day 2... Part 2... Calais ke Engelberg, Switzerland

Lagi sambungan entry Day 2... Part 1.

Bila meneruskan perjalanan untuk ke Swiss, mula-mula rasa pelik juga bila kena memandu sebelah kanan. Siapa yg jadi co-pilot memang kena mainkan peranan supaya tidak tersalah lorong. Tapi sbb kami konvoi ramai-ramai, rasa lebih confident. Kereta yang guide paling hadapan memainkan peranan penting dan telah menjalankan tugas dengan baik sekali sepanjang perjalanan :)

Lebih kurang sama jer pemandangan melalui motorway UK dan motorway France ni. Kami dihidangkan dengan ladang rapeseed yang menguning tu juga. Boleh la isi masa sambil klik gambar sana sini dan share kat blog ni...
Cuma pokok kat sini mcm dah banyak yg berdaun compare dgn pokok di Bradford yg masih togel...
Sempat juga snap gambar kincing angin moden...
Bila perut dah menghantar isyarat lapar ke otak, kami singgah makan di service yang terdekat. Service kat motorway France ni mmg bersih dan selesa. Dapat port yang stategik, kami terus buka bekal makanan yang ada.

Ha, tgk la betapa meriahnya bekal2 yang mereka bawa.
Ada yang bawa rendang ayam, sambal sotong, sambal bilis, sosej, tomyam, daging goreng dan mcm2 lagi la. Kalah masakan nasi campur kat R&R di M'sia. Makan dalam suhu dingin France, tentu la sgt berselera sekali. Haruslah tempek beberapa keping gambar sebagai kenangan...

Aisyah yg makan memilih ni pun makan bukan main banyak lagi....
Irfan pun berselera dapat makan bersama kawan-kawan..
Lepas makan, terus solat jamak Zuhur dan Asar...
Kaum adam solat di kawasan lapang yang ada...
Kaum hawa pula, haruslah solat tempat tersorok sikit....
Itu la untungnya kita kat M'sia. Kemudahan solat ada di mana-mana. Jadi sentiasalah jaga solat walau di mana kita berada.... Tazkirah hari Jumaat yg mulia ni... Jumaat pertama bulan Rejab, tak lama lagi dah nak puasa...

Eh, melalut pula, jom intai gambar tiga gadis pingitan....
Oppss gambar tong sampah pun tempek kat sini???
Bukan apa, terkejut dgn tong sampah kat sini yg besar sgt2. Dah la besar, dalamnya pula beberapa kaki lagi ke dalam tanah. Seriau tau bila tgk ke dasar tong sampah ni. Macam telaga pun yer, cuma bezanya telaga tu berisi air, tong ni pula berisi sampah... hihihi

Masa utk kemas-kemas dan meneruskan perjalanan yang masih lagi berbaki beberapa jam...

Selesai solat dan perut pun dah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Engelberg, Switzerland. Memang rasa lamanya duduk dalam kereta. Aisyah pula asyik duk tanya, "How many hours we will arrive?". Saya jawab la, five. Lima minit lepas tu dia tanya lagi how many hours. Saya jawab, "Lagi five hours." Membebel dia lepas tu, "ummi ni asyik five aje". Yea la, dah dia tanya pun dalam masa lima minit jer. Bila dia tidur, baru la rasa tenang sikit. Tak perlu lagi nak ulang jawapan yg sama :)

Tapi boleh tahan mahal juga tol motorway France yang kena bayar sepanjang perjalanan ke Swiss tu. Semua sekali kena empat tol yang berjumlah Euro 50.20. Nasib baik berkongsi kereta, boleh la bahagi dua :)

Lagi satu, bila masuk ke sempadan Swiss, kena beli sticker kenderaan bernilai CHF40. Stiker ni valid utk setahun sebenarnya. Tapi tak boleh pula nak tanggalkan sticker tu dari kereta sewa masa nak pulangkan. Gaya cakap mcm la nak repeat visit ke Swiss jer.  Sampai sempadan swiss pun dah pukul 10 malam kalau tak silap. Jalan pun dah lengang. Urusan nak beli sticker tu pun tak lama sangat.

Yang saya perasan, jalan-jalan kat swiss ni banyak benar terowongnya. Entah berapa kali keluar masuk terowong sebelem sampai ke hotel budget yang kami sewa. Hampir pukul 12 tgh malam, selamat juga kami sampai ke tempat penginapan, Gauthaus Grafenort, Engelberg, Switzerland.

Disebabkan sampai Swiss dah tgh malam, tak sempat nak menikmati pemandangan Swiss hari yg kedua tu. Ada juga nampak snowcap di puncak bukit, tapi nampak gitu2 aje la. Dalam hati masa tu, dah tak sabar nak tgk pemandangan Swiss di siang hari. Yang tu kita cerita dalam next entry lah ya. Stay tuned for Day 3 :)

NuKilaN:
 

21 comments:

  1. Perjalanan nak smpi ke Swiss tu pun dah malam ye Nur.. kena tunggu sianglah utk meneroka panorama yg indah tu Nur..
    Bila perut dah lapar, semua mknn menjadi sedap ye Aisyah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seharian kak Yati.. dari pagi sampai ke malam… Tu yg tidur malam pun tak lena kes tak sabar punya pasal nak tgk panorama Swiss… hihihi
      Tu la, seronok saya tgk dia makan..

      Delete
  2. besar gedabak tong sampah.mahulah tahan seminggu tuh baru kutip..heheh...
    ingatkan dapat tgk pemandangan switzerland ms membaca tadi..rupanya kena tunggu lagi yer..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar yer UAA... Day 3 baru kita tayang pemandangan swiss

      Delete
  3. seronoknya bila dapat berkonvoi dgn kengkawan...
    subhanallah cantik sgt bunga yg menguning tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mmg best konvoi ramai2 mcm ni :)

      Delete
  4. Salam perkenalan..sedapnye menu, lagi2 makan dengan kawan2...xsabar nk tngok gamba pmandangan switzerland

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah sini... Jemput la lepak kat sini selalu

      Delete
  5. teruja gila tengok bekal makanan yg macam2 tu..terliur dibuatnya..klu dah mkn ramai2 cmni mmg berselera la..jauh juga ye perjalanan.cantik permandangannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, one of the best part dlm kembara ni bila dapat makan ramai2....

      Delete
  6. harus la berselara makan nasi dalam cuaca sejuk beramai2, siap periuk nasi lagi ha hehehehe. Mahal yer tol depa ni, kat Jerman ni kalau tak silap saya kenderaan luar jer yang dikenakan tol, local tak payah bayar (tak sure dalam planning ker dah implement benda ni). Apa pun, mmg menarik la convoi uols, I masih jeles dan akan jeles jeles sepanjang baca kisah uols ni tau huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kami guna motorway jerman tak kena tol lagi... Mungkin belum implement lagi

      Delete
  7. Wah seronoknya mkn ramai2... Saya yg tgk gmbr ni pun berselera...

    hm... tazkirah hari jumaat tu amat terkesan di hati... saya kadang2 pun terleka bila ada di luar... kadang2 AF yg tanya... "bila kita nak solat mama?" ish... ish... ish... astaghfirullahala'zim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringatan utk diri sendiri juga tu NK... Time keluar mesti teringat kat surau di Msia... Kat sini kena solat rata-rata... Tu tak termasuk bila org tgk pelik jer kat kita masa ambil wudhu kat sinki... Huhuhu

      Delete
  8. Salam Nur,

    Seronok berjalan bila satu kepala sebab mudah dari segi makan minum (seronoknya asyik piknik aje eh! - dalam cuaca sejuk mananya tak berselera!) juga solat! - kena kalau join geng yg x mengisah solat, susah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semua ahli rombongan satu kepala dan sgt membantu... Part picnic tu sampai teringat ke hari ni... Best best... Betul tu Mak Aji, tenang jer perjalanan bila kita ikut org yg jaga solat ni :)

      Delete
  9. pemandanagn ladang rapeseed tu mengingatkan akak pada Mr Bean..filem Mr Bean's holiday...ada scene kat situ

    ReplyDelete
  10. Betul tu Bijen....Malaysia jugak yg best dapat menyediakan kemudahan bersolat dgn selesakan....hujan batu di negara sendirikan...

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat berkonvoi mcm ni. Rasa bertuah bila berada di negeri sendiri kan sebab dimana² disediakan tempat solat,

    Besar betul tong sampah tu.

    ReplyDelete
  12. Bak kata pepatah hujan emas di negara org hujan batu di negara sndri lbih di negara sndri kan...nak solat pun senang

    ReplyDelete
  13. Makan beramai-ramai pun terasa keseronokannya. Bestnya bila berkonvoi. Betullah kan, jauh perjalanan, luas pemandangan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails