Pertama kali selak langsir utk tgk pemandangan, perkataan pertama keluar dari mulut, "Subhanallah... cantiknya alam ciptaan-Mu." Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang utk kami menikmati pemandangan yang indah ini. Rasa mcm tak percaya pun ada...
Sungguh, hati sangat terharu melihat pemandangan secantik ni di depan mata...
Gambar yg saya snap dari dalam bilik yg kami. Tapi gambar tak berapa menarik pula. Mungkin sbb tak buka tingkap, jadi gambar kurang clear.
Ni pula gambar dari ruang tamu hotel yg kami sewa...
Ruang tamu? Oh ya, bilik yang kami sewa ni ada ruang tamu. Siap ada meja makan, tv, dan set sofa. Kami berkongsi ruang tamu ni dengan seorang lagi keluarga lain. Jadi seronok la anak-anak sbb ada ruang luas untuk mereka bermain. Jom intai apa aktiviti mereka...
Aufa, Aisyah dan Arissa... tiga-tiga memang mesra kamera :)
Irfan dan Kimie pula, tak habis-habis dgn tab...
Danish dan Khaleef yang suka sgt berebut trunki... Walau ada dua, nak juga yg kaler kuning tu... Sbb tu dua-dua muka ketat jer dalam gambar ni... huhuhu....
Pemandangan hotel penginapan dari luar...
Pemandangan dari hotel sebelah kiri...
Ni pula pemandangan lain di bahagian kanan...Kat atas bukit tu boleh nampak orang sedang buat aktiviti paragliding. Tapi tak nampak pula dalam gambar. Mesti best kalau dapat buat aktiviti paragliding di kawasan mcm ni :)
Haruslah tempek juga gambar anak dara yg request nak posing dgn bunga kuning ni a.k.a dandelion..
Saya cakap kat Aisyah, kat Bradford pun banyak dandelion. Tapi dia kata kat Bradford takde bukit yg belakang tu..
Tu dia, siap letak sekuntum bunga kat telinga. Mek bu'ngo sunggoh la...
Sebelum ke Titils, semua keluarga mengambil kesempatan utk berphotoshoot dengan pemandangan indah pergunungan Swiss.
Tempek gambar budak2 posing aje la, gambar family utk tatapan sendiri sahaja :)
Lepas sesi photoshoot, kami meneruskan perjalanan ke Titlis. Sepanjang perjalanan, mmg tak putus2 hati menyebut Subhanallah. Memang betul la orang kata, Swiss ni memang cantik!
Tak jauh pun Titlis dengan hotel yang kami sewa. Dalam 10 minit, dah sampai ke tempat yang dituju. Kita tempek gambar di kaki bukit Titlis dulu...Gambar-gambar lain dan aktiviti kami di sana dalam entry seterusnya, ya :)
NuKilaN:
Subhanallah..mmg cantik dan indah! Tak jemu mata memandangnya, rindu sguh Swiss! Klu ada rezeki mmg nk dtg lg hehe...untung kak Nur gi cuaca elok. Gambar jd lg cantik nmpk langit nan biru tuu ;)
ReplyDeleteMmg cantik Bijen....suka tengik gambo Aisyah yg kat bunga tu...cantiklah!!
ReplyDeleteUntung awak dpt peluang Bijen...tengok negara org..
okje tengok jerlah asap keta pagi pagi hehe...Nsmoak gitu jer hotelnyakan tp dlm boleh tahan jugak!
Assalam...salam perkenalan..
ReplyDeletesubhanallah..! cantiknyer..bile la ade peluang nak cuti2 ke luar Msia nih..heheh
Subahanallah... memang indah sungguh permandangan di Swiss ni ye Nur...
ReplyDeleteSuka pulok tengok pic minah bunga tu.. comey :)
cantik!bila la agaknya nak sampai kesana...!!!mek bungo,cian Aisyah!!hihi..
ReplyDeletetengok gambar pun dah terasa teruja akan keindahannya..apatah lagi menikmatinya sendiri...indahnya alam kepunyaan NYA..
ReplyDeleteSubhanallah...cantik² view. Bukan main lagi anak dara tu posing ngan bunga kuning yerp ☺
ReplyDeletesubhanaallah!!!!mmg cantik swiss ni. tgk la dr kamera sapo & brand gapo pung, hatta guna hp jah pung tetap cantik……mmg beruntung u al berpeluang melihat dgn mata sendiri.
ReplyDeletesubhanallah... cantiknyer kak.,
ReplyDeletemmg betul2 cantik, pemandangan berlatar belakangkan bukit2 tuh
memang cantikkkkk. Heheh mek Bun'go pun takpo la Aisyah dop, bilo lagi nak posing bunga2 sejuk2 dengna background cantik ni.
ReplyDeleteSubhanallah cntiknya....
ReplyDeleteSubhanallah..mmg cantik2 sangat pemandangan tu Nur... ermm..agak2 dapat tak kmi ni nak kesana suatu hari nti... hihi
ReplyDeleteSubhanallah! Cantiknya pemandangan kat situ, Nur. Terasa macam nak terbang sekarang juga kalau boleh. Nak join sekaki menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Kalau saya jadi Aisyah pun, memang dari tak minat posing teruslah berselfie-selfie berlatarkan pemandangan indah.
ReplyDeleteSalam Nur,
ReplyDeleteSubhanallah memang cantik sungguh Switzerland ni ya! Padanlah org suka sangat gi sana, yg berduitlah! He he, gelak tengok mek bungo!! Cute aje ngan bunga kuning tu kat telinga!
Comel sangat Aisyah posing....dah macam model kanak2...:)
ReplyDelete