Sunday, October 30, 2011

elak bayi menggigit semasa menyusu

Dalam entry lepas, saya ada kongsi cerita berkaitan hobi danish yang suka menggigit. Tapi saya masih lagi bernasib baik sebab setakat ini, ketiga-tiga anak tidak pernah menggigit semasa menyusu.

Setiap kali dengar cerita kawan-kawan yang putingnya berdarah tiap kali digigit oleh bayinya, saya jadi sangat takut. Tak boleh nak bayangkan, puting sedang berdarah dan bayi masih lagi menyusu di nipple yang berdarah tersebut. Saya banyakkan membaca dan mencari tips untuk mengelakkan bayi menggigit semasa menyusu.

Untuk ketiga-tiga anak, saya selalu amalkan dua perkara berikut:

Pertama, sebelum bayi tumbuh gigi, saya selalu bersembang dengan bayi semasa menyusu. Setiap kali bayi cuba menggigit puting, saya selalu ingatkan supaya jangan berbuat demikian bila dah tumbuh gigi. Saya selalu cakap, "Adik, bila dah ada gigi, jangan gigit ummi tau... nanti kalau ummi sakit, adik juga yang tak dapat minum susu ummi."

Kedua, bila bayi tiba-tiba menggigit semasa menyusu, jangan sekali-kali menjerit. Jika kita menjerit, bayi akan tersilap faham. Bayi ingatkan kita seronok dengan gigitannya. Jadi dia akan terus menggigit untuk terus bergurau dengan si ibu.

Untuk mengelakkan salah faham ini, cuba bertenang tiap kali digigit. Apa yang saya buat, saya cuba hentikan  penyusuan dan dengan memandang tepat ke mata si bayi, saya akan beri amaran, "Kalau lagi sekali adik gigit ummi, ummi dah tak nak kasi susu ummi kat adik!" dengan nada yang sedikit tegas dan muka yang sedikit garang supaya bayi tidak mengulangi perlakuannya. Setakat ini, ketiga-tiga anak terkesan dengan amaran yang diberikan :)

pic from google

Mommies:: jom la share  pengalaman/petua mummy :)

NuKilaN:
 

Monday, October 24, 2011

kena gigit

Antara hobi danish sekarang ni adalah mengigit. Semua jenis benda dia akan gigit termasuklah orang sekelilingnya. Mula-mula danish akan gigit baju dulu. Bila ke"geraman"nya bertambah, dia akan terus gigit orang yang pakai baju tu.

Kadang-kadang, sedang saya ralit menonton tv, pasti terkejut bila rasa gigitan manja kat bahu. Kalau gigitan manja tak pe lagi, takde la rasa sakit sangat. Tapi kalau gigit + geram, tahap kesakitan tu adalah sangat maksima.

Kalau danish gigit kat bahu, takde la rasa sangat sebab bahagian tu takde isi untuk danish tarik. Tapi kalau sedang ralit mengadap laptop sambil kaki berjulur di bawah meja kopi, dan dengan pantasnya dia menggigit ibu jari, rasa macam nak terputus jer ibu jari ummi. Alahai, danish..... anak-anak lain tak pula suka menggigit macam danish ni, huhuhu.
Gambar bukti... handset ummi pun jadi mangsa

Tapi biasanya ummi dan abah yang selalu jadi mangsa danish. Tak pernah pula Irfan atau Aisyah mengadu kena gigit oleh adiknya. Tiap kali saya menjerit sebab terkejut dengan gigitan danish, Irfan pasti akan menawarkan tangannya untuk digigit oleh danish. Tapi bila diberi tawaran sedemikian oleh abangnya, tak de pula danish mengigit sekuat hati seperti yang diperlakukan kepada ummi dan abahnya. Pandai kamu yer, si kecil danish :)

Lepas gigit, pasti ada kesan gigi di tempat yang kena gigit. Gambar ni saya snap lepas danish gigit Irfan dengan tahap kegeraman yang tinggi selepas Irfan berkali-kali menyuakan tangannya untuk digigit oleh danish.
Ia juga mengingatkan saya dengan satu video yang cukup popular di youtube, "Charlie bit my finger". Memang mengigit tu cara seorang bayi menunjukkan kasih sayang kot? Yer dop?
sweet kan video ni?

Saya pernah terbaca satu kajian oleh penyelidik, kanak-kanak yang suka menggigit orang ni adalah disebabkan oleh mereka tidak puas menyusu semasa kecil. Erm, tapi danish masih lagi menyusu atau disebabkan saya tak pernah membiarkan danish menyoyot lama-lama? So dia lepas gian menyoyot tu kat ummi dan abah dia....hahaaha, suka hati jer buat hipotesis sendiri...

NuKilaN:
 

Thursday, October 20, 2011

hasil seni Aisyah dan Irfan

Saya pernah letak lukisan anak-anak yang penuh kreativiti ini kat album dalam facebook. Sekarang nak tampal kat blog pula untuk tatapan anak-anak sebagai kenangan.

Lukisan ni terhasil tak lama selepas kami berpindah ke rumah sendiri akhir tahun 2009. Kalau tak silap dalam beberapa bulan selepas masuk rumah baru. Danish pun tak lahir lagi masa tu dan Aisyah baru 3 tahun lebih dan Irfan berumur 5 tahun lebih.

Irfan masa kecil  tak pernah conteng kat dinding. Aisyah pula sebaliknya. Yang lagi best, bila Irfan tengok adiknya sedang conteng dinding, dia pun join sekaki. Tapi Irfan tak de pula conteng kat dinding, dia pilih tempat yang lebih tersorok sikit seperti katil dan car seat.

Jom cuci mata dengan hasil seni anak-anak.

Part A: dinding rumah kesayanganku




Yang pasti, semua ni adalah kepunyaan Aisyah
sesuai dengan umurnya ketika itu 3 tahun

Part B ::: katil Irfan


Lukisan yang mempunyai motif tersendiri
Pelukisnya tentulah Irfan

Part C ::: Car seat 



Masa first time tengok lukisan kat car seat ni
rasa nak nangis pun ada
ni adalah antara barang anak-anak yg sangat saya sayang
tapi benda dah jadi... redha aje la dengan kreativiti anak-anak

Mommies ada pengalaman yang sama tak?
NuKilaN:
 

Wednesday, October 19, 2011

Mama, Aniq kena langgar kereta

Dua hari lepas, saya dikejutkan dengan video dalam Youtube yang memaparkan seorang budak perempuan berumur dua tahun yang digilis oleh dua buah van. Satu kisah yang sangat menyayat hati dan membuktikan ramai orang telah berhati batu atau langsung tidak mempunyai hati (lebih tepat rasanya).
Tapi saya masih bersangka baik pada rakyat Malaysia. Tentu sekali perkara sebegitu tidak akan berlaku di Malaysia. Namun, segalanya berubah bila baca status salah seorang kawan saya (kawan sekolah menengah) pada pagi ini:

"a'kum teman2 fb semua... Semoga mendoakan anak fizan (aniq) sihat dan cepat sembuh dr kemalangan yg terjd keatasnya pd ptg 15/10/2011... Insiden kereta langgar lari di perumahan jln bp 7/1... Yg menghibakan selepas kemalangan, aniq bgn dan pulang dlm keadaan menangis memberitahuku 'mama, aniq kena langgar kereta' org yg melanggarnya x tlg hantar pulang pun... U all bygkan seorg bdk 3 thn dlm keadaan berdarah cedera berjln mendptkan Ibunya.... Fizan memeluk erat dirinya n mengharapkan dirinya selamat... Tidakku dpt bygkan, di bhgn belakangnya terdpt 1 luka yg amat dlm (daging terbelah melintang sepjg 4 inci) dan menyebabkan berlubang... YA ALLAH, hanya TUHAN yg tahu lemahnya lututku melihat semua ini... Tp fizan gagahi jua..."


Apa perasaan mommies bila berada di tempan Fizan? Memang saya tak boleh bayangkan. Ada juga manusia tak berhati perut di sekeliling kita. Boleh langgar lari macam tu jer. Seolah-olah yang dilanggar adalah seekor kucing! Astarghfirullah hal azim....

Alhamdulillah, Aniq mempunyai daya juang yang sangat tinggi. Bayangkan dia boleh bertarung dengan kesakitan akibat dilanggar kereta untuk pulang ke pangkuan mamanya. Dengan darah yang telah membasahi bajunya, langsung tidak dihiraukan. Yang penting, dia harus pulang untuk bertemu dengan mamanya. Oh, saya kagum dengan semangat juangnya.

Aniq yang masih lagi meneruskan hobinya melukis
Semoga cepat baik yer Aniq!

Sebagai seorang ibu, saya juga ambil dua kisah ini sebagai iktibar dan pengajaran. Memang mudah untuk kita menuding jari dan menuduh ibunya yang bersalah sebab biarkan anak bermain di atas jalan sendirian. Kita adalah manusia biasa dan tak terlepas dari melakukan kesilapan. Mereka juga sama. Pasti mereka juga telah menyedari kesilapan mereka dan kita tidak patut terus menghukum mereka.

Hanya Dia yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik kejadian yang telah ditakdirkan. Sebagai manusia yang mempunyai akal firkiran, ada baiknya untuk kita menjadikan peristiwa ini sebagai teladan  agar anak2 kita terselamat daripada musibah sebegini.

Apa yang saya belajar: Jangan sekali-kali biarkan anak-anak bermain sendirian di jalanraya tanpa pengawasan ibu bapa. Malang tidak berbau!

"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah anak-anakku, keluargaku dan orang-orang yang aku sayangi daripada golongan manusia yang tidak berhati perut ini... Amin!"

NuKilaN:
 

Tuesday, October 18, 2011

lagi aktiviti melukis

Bila mood si abang dan si kakak dalam keadaan baik, mereka selalu melakukan aktiviti bersama-sama seperti melukis. Tentu sekali perasaan seorang ummi sangat bahagia apabila melihat anak-anaknya dalam keadaan macam ni....
Si abang sedang ralit melukis
Si kakak sedang khusyuk mewarna
Si adik sedang "bereksperimen" dengan kunci

Masa saya snap gambar ni mereka tak perasan pun. Bila si adik perasan saya sedang tangkap gambar, cepat-cepat dia lari ke ruang tamu. Agak susah nak snap gambar si adik sejak kebelakangan ni. Danish sedang diserang sindrom "camera shy"... kikiki.

Berbalik kepada aktiviti anak-anak di atas. Sebenarnya saya tak manjakan anak-anak dengan membeli buku khas utk beraktiviti. Kalau saya beli pun, memang anak-anak belum pandai nak hargai sebab kadang-kadang buku yang dibeli telah bertukar menjadi kapal terbang kertas, huhuhu. Tapi kadang-kadang saya beri juga peluang kepada mereka untuk memilih buku untuk mereka beraktiviti.

Jika saya zoom gambar mereka secara dekat, mommies perasan tak yang mereka sedang menulis di atas kulit buka yang telah dikoyak dua. Isi buku kesemuanya dah jadi kapal terbang. Yang tinggal hanyalah kulit buku. Daripada kulit yang berbaki, si abang jadi juru lukis dan si kakak jadi juru warna. Inilah yang dikatakan daya kretiviti anak-anak mengikut teorem kanak-kanak:

Isi buku = kapal terbang kertas
Kulit buku = kanvas lukisan

Apa cerita di sebalik lukisan ni, saya sendiri pun tak faham. Saya zoom lagi dekat....
Agaknya, apa cerita di sebalik lukisan ni yer? Yang tu tak penting bagi saya. Yang penting, anak-anak dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang dapat mengasah daya kreativiti dan daya imaginasi :)

NuKilaN:
 

Sunday, October 16, 2011

lelah @ asma

Selain Aisyah, Danish juga selalu kena lelah. Kalau cuaca yang extreme sejuk, Danish mudah kena serangan asma. Kalau tak silap, dalam bulan ni jer dah dua kali kena serangan asma. Tambahan pula, sekarang ni anak-anak berada di taska. Lagi mudah kena jangkitan selsema. Biasanya bila dah kena selsema, pasti akan berlarutan hingga jadi lelah.

Ni gambar masa bawa danish ambil nebulizer (neb) kat kilinik pada minggu lepas.

Sebagai rekod, ini adalah kali kedua danish ambil neb. Kali pertama ambil neb, memang danish menangis sepanjang masa. Tapi kali kedua ni, dia lebih cool. Sebab tu saya pun sempat nak ambil gambar buat kenangan :)

NuKilaN:

Thursday, October 13, 2011

dah semakin stabil

Masuk minggu kedua menguruskan anak-anak tanpa pembantu. Sekarang rutin harian dah semakin stabil. Apa yang penting... KERJASAMA!

Ya, anak-anak memberikan kerjasama dengan baik sekali. Bila rumah bersepah, mereka dah pandai nak kemas sendiri. Kalau sebelum ni, bila saya suruh kemas mainan yang bersepah, mesti dia org jawab, "Ala, biar kak Dewi la yang kemas". Tapi sekarang, mereka akan kemas sendiri tanpa perlu diarah :)

Aisyah pun dah boleh bangun pagi tanpa sebarang masalah. Waktu tidur pun dah ikut jadual. Kalau tak, pukul 10 mlm pun masih seronok melayan kartun. Tapi, sekarang bila pukul 10 mlm, semua anak-anak dah masuk tidur. Ini juga adalah faktor kenapa mereka mudah dikejutkan pada waktu pagi, Alhamdulillah.

Biasanya, selepas saya mandi, baru saya akan kejutkan anak-anak untuk bersiap pergi sekolah. Tapi pagi ni, bila saya sedang mandi, Irfan dah ketuk pintu. "Ummi, cepat la mandi. Abe nak mandi pula ni." Bila saya keluar, mereka bertiga dah bangun dan bersedia untuk mandi.

Lepas mandi, semua anak-anak bersiap pakai baju sendiri kecuali danish. Lepas saya pakaikan pampers danish, saya ke bilik sebelah untuk sidaikan tuala yang basah. Oh, saya sangat terharu bila tengok adegan ni...
Cepat-cepat saya ambil kamera dan snap gambar ni. Terima kasih irfan sebab tolong pakaikan baju danish :). Bila sedar saya ambil gambar, Aisyah pun nak posing sama. Ummi layankan aje permintaan anak dara saya ni :)
Tengok lah rambut pun tak sempat bersikat lagi tapi dah posing sakan :)

NuKilaN:
 

Tuesday, October 11, 2011

BTN bulan depan

Bulan depan dah kena pergi BTN. Ingatkan nak pergi bulan Disember sebab cuti sekolah, tapi pihak urusetia kata kena settle BTN secepat mungkin. Kalau ikutkan, pihak urusetia nak arrange utk attend BTN tu bulan Okt ni jugak. Huwaa, mana lah saya sempat nak buat persiapan. Baju kurung putih dan kain hitam pun tak tahu kat mana lagi. Mana sempat nak buat preparation semua tu. Dan masalah yang paling besar, siapa nak jaga anak-anak?

Oh bila fikir pasal anak-anak, lagi la perasaan penuh kacau bilau. Irfan dan Aisyah mungkin takde masalah sebab dia orang dah pandai jaga diri. Nak tolong jaga abah sekali pun boleh agaknya :)

Danish? Huwaa, ini adalah kali pertama saya akan berpisah tempat tidur dengan danish. Beribu soalan sedang bermain dalam kepala. Boleh ke danish tidur dgn abah jer? Mcm mana kalau danish tak boleh tidur malam sebab 'candu' nya tiada? Macam mana kalau danish terjaga tengah malam dan cari umminya? Danish nak minum apa sepanjang peninggalan saya (sebab dia tak nak minum EBM)?Mcm mana kalau danish menangis jer sepanjang masa? Macam mana....  dan perkara yang sewaktu dengannya. Saya hanya mampu berdoa dan berserah kepada Yang Maha Esa.

Tempoh BTN tu adalah selama 5 hari 4 malam. Suatu tempoh yang sangat lama bagi seorang ibu yang terpaksa tinggalkan anak-anaknya :(

Saya masih lagi ingat, saya pernah lalui perkara yang sama semasa Irfan kecil. Kalau tak silap, masa tu Irfan berumur 8 bulan. Saya kena tinggalkan Irfan untuk menghadiri kursus. Kursus tu tak lama pun cuma 3 hari 2 malam. Tapi nak habiskan satu malam pun, seksa yang amat. Nasib baik boleh balik awal sebab saya volunteer utk present hasil kerja no 1( first presenter). Hahaha, saya jadi tersangat berani gara-gara terlalu rindukan anak.

Selesai presentation, saya terus minta kebenaran untuk pulang awal dan 'memecut' kereta untuk pulang ke pangkuan anak yang dirindui. Sampai sekarang, saya masih ingat detik kali pertama kami bersua muka (selepas berpisah dua malam). Setibanya saya di muka pintu, Irfan dengan laju merangkak ke pangkuan saya. Dengan tangannya yang mungil, dia sentuh dan raba muka saya seolah-olah tak percaya yang saya sedang mendukungnya. The moment was very priceless. Tak dapat nak cerita perasaan saya ketika itu dengan kata-kata :)

Dan kini saya akan melaluinya sekali lagi dengan tempoh yang lebih lama. Saya harap semuanya akan berjalan lancar dan saya dapat mengawal perasaan dengan lebih bijak.

gambar selingan...
permata hati saya yang bakal ditinggalkan selama 5 hari
semoga anak-anak dan umminya tabah menghadapi perpisahan pada kali ini, Insya Allah :)

NuKilaN
 

Sunday, October 9, 2011

lukisan irfan

Sekarang ni, Irfan memang sangat suka melukis. Pantang jumpa pen dan kertas, ada jer idea yang dia akan luahkan. Masa first time tengok lukisan ni, macam biasa jer. Tapi bila perhati betul-betul, baru saya perasan. Ada teori sains di sebaliknya. Mommies boleh perasan tak?
Jom kita zoom skit gambar yang pertama.
Ada gambar tanah dan biji benih. Apabila cukup sumber cahaya matahari dan disiram air, pokok yang ditanam akan membesar.
Kalau tanam pokok strawberry, maka pokok akan mengeluarkan buah strawberry.
Kalau tanam pokok cili, maka pokok akan mengeluarkan buah cili. Sekian, pelajaran kita serba sedikit mengenai teori sains :)

Sebenarnya saya masih berkira-kira lagi ni... adakah irfan lukis gambar pokok strawberry sebab nak ajak ummi dia pergi Cameron Highlands? Mungkin dia ada terdengar perbualan saya bersama en suami tentang perancangan untuk pergi bercuti. Memang ada perancangan nak ke sana, cuma masa agak tidak sesuai buat masa sekarang atau dalam masa terdekat.

Dah lama tak ke sana. Kali terakhir kami ke sana semasa tahun 2006. Kena cari masa juga ni untuk bawa anak-anak makan angin, kan?

NuKilaN:

Wednesday, October 5, 2011

Aisyah ke PASTI

Alhamdulillah, lega rasanya bila berjaya selesaikan masalah Aisyah. Akhirnya kami buat keputusan untuk hantar Aisyah ke PASTI. Kata Aisyah, dia nak pergi ke sekolah yang semua orang pakai baju sama. Tak nak ke 'sekolah' yang ramai budak-budak. Banyak betul permintaan anak dara saya yang sorang ni.

So saya berbincang dengan cikgu taska dan dia uruskan tempat untuk kemasukan Aisyah ke PASTI. Bila balik sekolah, ada van khas yang akan menghantar Aisyah untuk transit ke taska . Yuran bulanan di pasti cuma RM33(termasuk van) dan yuran pendaftaran RM 20.

Pagi tadi, bukan main awal lagi Aisyah bangun sebab excited nak ke sekolah. Tapi disebabkan Aisyah jarang bangun awal pagi (kecuali kalau dia tidur awal), dalam perjalanan nak ke sekolah pun Aisyah sempat lagi tidur. Saya pun sempat snap gambar Aisyah yang tidur semasa berhenti di lampu isyarat.

Sampai di sekolah, dalam pukul 7.40 pagi, belum ramai pelajar yang sampai. Saya terus bawa Aisyah jumpa dengan cikgu dan perkenalkan Aisyah dengan cikgunya. Dalam proses nak biasakan Aisyah, saya cuba perkenalkan Aisyah dengan kawan-kawannya dan mereka sempat bergambar bersama.
Aisyah yang masih masam mencuka, langsung tak nak senyum
Dari kiri: Alia, Alfa, Ain dan Aisyah

Bila saya nak beredar, Aisyah dah menunjukkan tanda nak menangis. Dia pegang erat kain saya. Cikgu pun memainkan peranan untuk memujuk Aisyah dan saya terus berlalu tinggalkan Aisyah di sekolah barunya. Harapnya, Aisyah akan serasi dengan sekolah barunya dan dapat membiasakan diri dengan cepat, Insya Allah. Doakan sama yer kawan-kawan :)

NuKilaN:
 

Tuesday, October 4, 2011

bengang dgn Aisyah

Minggu ini masih lagi huru hara meneruskan kehidupan tanpa bantuan pembantu rumah. Ditambah pula dengan karenah Aisyah yang tidak mahu ke taska.

Masa hari pertama, Aisyah macam ok jer di waktu pagi. Tapi bila saya pergi menyusu danish semasa tengah hari, dia kata dah nak ikut saya pergi ke pejabat. Tak nak duduk kat taska sebab boring... Adoiya... pusing kepala ummi dibuatnya. Saya pujuk juga Aisyah supaya tunggu abah ambil sebelah petang. Mana boleh ikut ummi, ummi kena sertai perarakan akademik untuk majlis konvo. Nasib baik Aisyah ok lepas tu.

Keesokkannya harinya, saya diuji lagi oleh Aisyah. Langsung tak nak pergi taska. Dia kata nak duduk di rumah. Tak kisah duduk kat rumah sorang-sorang pun. Lepas fikir beberapa kali, saya terima pilihan Aisyah. Biar dia tahu keadaan sunyi di rumah tu macam mana. Aisyah pula, pandai betul buat umminya bengang. Siap peluk cium dengan ummi lagi sebelum saya pergi kerja. Walaupun dari luar saya nampak cool jer, tapi dalam hati masa tu Allah jer tahu tahu macam mana perasaan seorang ibu tinggalkan anaknya sendirian di dalam rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Saya hanya mampu tawakkal kepada Allah supaya Aisyah sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.

Masa hantar danish ke sekolah, cikgu taska tanya,"Mana Asiyah?". Saya terangkan keadaan sebenarnya pada cikgu taska. Melihat riak muka cikgu taska yang begitu cemas, naluri keibuaan saya terus direobek-robek kerisauan. Tapi saya cuba setabah mungkin supaya boleh mengawal perasaan dan yakinkan diri bahawa Aisyah akan selamat.

Lepas tu saya terus ke tempat kerja seperti biasa. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar sehinggalah saya menerima panggilan daripada en suami pada pukul 11.30 pagi. En suami bukan main terkejut bila saya beritahu yang Aisyah duk rumah sorang2. En suami kata, "Aisyah tu baru 4 tahun, mana boleh duduk rumah sorang2. Macam mana kalau dia main api ke, main pisau ke?". Tapi, saya yakin yang Aisyah dah cukup bijak. Dia takkan main dengan benda yang berbahaya. En suami tanya, "Kenapa tak angkat jer Aisyah letak dalam kereta?". Saya kata, tu pilihan terakhir saya untuk guna kekerasan. Biar dia belajar melalui pengalaman. En suami belum lagi puas hati dan dia kata nak call Aisyah sekejap.

En suami cuba buat panggilan kepada Aisyah tetapi panggilan tetap tak berjawab. En suami dah mula risau. Dalam masa yang sama, aura negatif dalam en suami berjaya mempengaruhi saya. Saya dah tak senang untuk buat kerja dan terus balik ke rumah untuk menjenguk Aisyah.

Balik jer rumah, Aisyah terus buka pintu bila tengok saya pulang. Ayat pertama keluar dari mulut Aisyah, "Ummi, kakak ni bagus, kan? Tak takut pun duduk kat rumah sorang-sorang...". Dengan bangganya dia memuji keupayaannya tinggal sendirian di rumah. Macam tiada apa yang berlaku. Saya cuma mampu mengangguk setuju dan merasa lega bila tidak ada apa yang berlaku.
Macam ni la muka puas hati Aisyah sebab dapat buat umminya bengang... huhuhu

Sekarang. saya masih lagi bingung. Macam mana nak pujuk Aiyah untuk ke taska ni??? Mommies, ada cadangan tak??

NuKilaN:
 

Sunday, October 2, 2011

hari pertama di taska

Hari ni, hari pertama danish ke taska. Harapnya hari ini adalah permulaan yang baik.

Masa hantar pagi tadi, danish agak pendiam berbanding biasa. Biasanya dia akan seronok kalau dapat naik kereta waktu pagi. Memang dah dua hari saya beritahu danish yang dia kena ke taska sebab bibik dah tiada. Danish memang dah boleh faham apa yang orang kata.

Bila sampai di taska dan turun dari kereta, danish peluk saya dengan erat sekali. Bila nampak kelibat cikgu taska, lagi erat dia peluk saya. Saya cuma mampu berdoa agar Allah permudahkan urusan saya. Hanya kepada-Nya saya menyerahkan segalanya. Saya tak terus tinggalkan danish, tapi masuk dulu dalam taska dan bersembang dengan cikgu taska.

Anak-anak asuhan lain ketika itu sedang ralit menonton TV sambil menyanyi lagu yang disiarkan. Danish agak tertarik untuk menyertai kawan-kawan baru. Daripada atas riba, dia turun sendiri ke atas lantai dan cuba bermain dengan seorang budak perempuan berhampiran. Bila nampat danish dah ralit bermain, saya tinggalkan danish bersama Aisyah.

Bila danish sedar saya dah beredar, dia mula menangis. Tapi dengan segera dipujuk oleh cikgu taska. Tangisan danish semakin reda dan saya terus ke tempat kerja dengan hati yang agak lega. Harapnya, danish dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru :)

Gambar selingan... 
jangan sedih-sedih yer sayang :)
NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails