Monday, November 30, 2015

Tips agar jiwa tenang dgn karenah anak :)

Saja nak tempek kat blog perkongsian menarik dari FB Dr Siti Ujila Official.







Tips no 1 boleh buat tiap kali nak balik rumah. Balik rumah adalah masa utk keluarga. Minggu lepas, saya dah kena tegur oleh Irfan, "Ummi, why are you working so hard? You should finished all you work during office hours". Sebenarnya saya baru buka email utk check email dari Uni Bradford. Entah kenapa minggu lepas email Uni Bradford tak dapat buka kat office. Tapi bila dah kena tegur, kena la ambil hati si anak dengan tutup semula komputer dengan segera.

Tips no 2 - saya masih lagi belajar cara yang baik utk menegur kesalahan anak-anak. Bila anak dah besar ni, cara menegur juga kena lebih berhikmah.

Tips no 3 dan 4 tu nampak mudah, tapi impaknya sebenarnya sangat besar. Kadang2 saya terlepas pandang untuk lakukan akibat penat bila balik kerja. Anak2 pula duk tanya, "Ummi, do you love me?". Bila saya kata sayang, suka sgt tengok ekspresi muka mereka :)

Tips no 5, yang ni selalu juga buat. Bila Aisyah dan Danish main playdough, saya pun kena masuk juga dalam dunia mereka. Bila dihidangkan pelbagai "biskut playdough", kami makan dan sendawa sama-sama. Kadang2 layan juga mereka main video games, walau saya yang selalu kalah bila lawan dgn anak2. Kalau lawan lumba kereta, memang Danish lagi pantas dari saya...

Kadang2 teringin juga nak ke Parenting Seminar agar dapat jadi ummi yang baik utk anak2. Masih banyak lagi yang saya perlu belajar.

NuKilaN:
 

Thursday, November 26, 2015

TT ::: Igloo

TT - Throwback Thursday

January 2013

Aktiviti anak-anak buat igloo di Horton Park
 Guna bantuan sledge utk bina dinding
Danish yang rasmikan dulu...
 Dikuti oleh Irfan..
 Last sekali Aisyah... 
Mata berair dan hidung merah rasanya lepas nangis ni... 
Kes berebut nak masuk dalam igloo yang secoet tu... huhuhu

NuKilaN:
 

Wednesday, November 25, 2015

Samah

Samah tu panggilan org kelate utk duit yang bernilai 50sen.
Kalau tiga amah tu, nilainya RM1.50.
Tapi jarang orang menyebut dua amah atau empat amah :p

Macam tak percaya jer bila sepupu saya beli air kelapa sebungkus dengan harga samah!
Rasanya dan harganya masih tetap sama dengan sepuluh (ke berpuluh?) tahun yang lepas.
Cukup mengimbau kenangan masa kecil bila meminumnya :)
Cuma dulu bukan setakat air kelapa, penjual tu juga menjual aiskrim M'sia perisa kelapa.
Memang jadi kegemaran kami adik beradik :)

Tapi kalau nak rasa air kelapa sedap dan murah ni kena balik Kota Bharu dulu.
Kalau kat KT ni, beli aje air kelapa yg byk dijual di tepi2 jalan dgn harga RM1 segelas.
Tak kisah la walau byk ais dari airnya, janji dapat hilangkan dahaga lagi2 semasa cuaca panas.

Monday, November 23, 2015

Dia dah datang....

Siapa???
Musim tengkujuh...

Semalam hujan tanpa henti.
Tapi Alhamdulillah pagi ni hujan dah berhenti.
Masa ke tempat kerja, boleh nampak beberapa kawasan yang mula ditakungi air.
Harapnya tahun ni banjir tak seteruk tahun lepas.

Ni gambar Sabtu lepas...
anak2 eksaited nak main hujan bila balik dari majlis Ihtifal kat sekolah mereka.
Tu dia, muka seronok dapat main hujan...
Entah apa la projek mereka bertiga ni...
Kat UK main snow, balik M'sia main air hujan aje lah anak2 yer :)

Wednesday, November 18, 2015

17 November

Tarikh keramat bagi pelajar mengambil UPSR tahun ni.
Tahniah buat yang berjaya.
Pagi ni baca entry dari kak Salmi dan kak Zakie...
Tahniah atas kejayaan anak-anak yang dapat keputusan yang cemerlang...
Saya pun tumpang bahagia dengan kejayaan mereka :)

.

Kepada yang tak dapat keputusan cemerlang, terima la keputusan dengan hati yang terbuka.
Ingat, UPSR hanya permulaan ke jalan yang lebih luas.
Masih ada ruang untuk buktikan keupayaan masing-masing.

.

Pelajar kelas corot pun masih boleh dapat 5A.
Yang penting teruskan usaha.
Jadikan hari lepas sebagai pedoman untuk masa mendatang.

.

Pagi ni Irfan kata, "Ummi, I don't like when the teacher call me Irfan BINTI Azahan".
"He should not call me that just because I got the lowest mark in the class."
Tambahnya lagi untuk meluahkan rasa hati.
Sebagai mak, saya hanya mampu tenangkan dia.
Mungkin cikgu tersasul cakap... pujuk saya.
Cikgu pun orang biasa yang tak lari buat kesilapan.... tambah saya lagi.
Yang penting, abang kena buktikan that one day you can get the highest mark.
Jadikan kegagalan tu sebagai pendorong utk berjaya di masa depan.
Take it as challenge...

.

Entah Irfan faham ke tak bebelan saya di pagi hari tu.
Lagi pun, what to expect for his result?
Baru sekolah tiga bulan kat M'sia.
Dah la itu kali pertama dalam seumur hidup, dia kena ambil peperiksaan...
Masa kat UK, sepatutnya end of Year 2 Irfan kena ambil exam KS1 tapi dia dapat exemption sbb baru tiga bulan belajar kat UK.
We don't want to make Irfan stress... kata cikgu bila saya tanya kenapa Irfan tak perlu ambil KS1.
Tapi itu lah, bila balik M'sia kena lah ikut sistem M'sia, kan?
Tak pe Irfan, pelan-pelan kayuh :)

.

Saya baru perasan yg hari ni 18 November.
Kemudian terlihat ticker ni kat side bar...
Anniversary pun boleh lupa...
Bukan saya jer lupa, abah pun tak buat sebarang ucapan semalam.
Sah-sah dia pun lupa :p

NuKilaN:
 

Thursday, November 12, 2015

Free pets

Ini "free pets" yang saya maksudkan..
Rasanya dah dekat sebulan kucing2 ni berada kat rumah kami.
Kata Irfan, "We are lucky as we don't need to buy a pet. We get this for free."
Haa, bukan main eksaited lagi dia bila dapat kucing free.

Honestly, saya tak suka sangat nak pelihara kucing.
Tapi budak2 bertiga tu bukan main eksaited lagi bila tengok kucing2 ni masih berada kat kawasan rumah kami.
Mula dari anaknya dilahirkan, hingga lah skranag dah pandai melompat sana sini.
Semua kicing2 ni siap diberi nama timangan oleh mereka bertiga - Max, Lina, Adalea, Amni, dan... ala, lupa pula nama yang sekor lagi.
Bila kucing ni hilang jer dari pandangan mereka, mula la mereka buat muka sedih.
Sekarang ni dah hari-hari mereka ajak pergi beli makanan untuk kucing2 ni.

Sebenarnya saya tak kisah sangat Irfan, Aisyah dan Danish nak bela kucing ni asalkan tak bawa masuk ke dalam rumah.
Tapi kan, macam mana nak ajar anak2 kucing ni "membuang" kat dalam tempat pasir yang disediakan?
Any suggestions??

Wednesday, November 11, 2015

Buah sekiat

Kejadian dah lama ni...
Salah satu entry yang duk peram dalam draf :p

Masa beraya (Aidiladha) kat rumah mertua kpd abang, buah sekiat sedang berbuah dgn jayanya.
Mau tak geram tengok buahnya yang besar-besar mcm ni..
Lepas cubaan melompat dua tiga kali tak berjaya nak capai buah, si abang terus ambil tangga utk tolong petikkan!
Best nyer dapat makan buah ni.
Anak2 pun suka dengan rasa masam masam manis tu.
Susah nak jumpa buah sekiat ni sekarang.
Rasanya dah berbelas tahun tak makan buah ni.
Kalau masa kecil2 dulu, selalu juga makan buah sekiat ni sbb pokoknya ada kat rumah atok.

Wednesday, November 4, 2015

Selfie skit!

Aktiviti bulan lepas...
Short gateaway dengan adik2 kat Kuantan..
Dah jumpa adik beradik, mula la buat keje bukan-bukan...
Mereka ajak selfie dalam air pun layan ajo laa...
Selfie bersama adik ke enam dan ketujuh :)
Tiba-tiba ada kaki seksi pulak kat situ.... uhuk uhuk...

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails