Thursday, November 12, 2015

Free pets

Ini "free pets" yang saya maksudkan..
Rasanya dah dekat sebulan kucing2 ni berada kat rumah kami.
Kata Irfan, "We are lucky as we don't need to buy a pet. We get this for free."
Haa, bukan main eksaited lagi dia bila dapat kucing free.

Honestly, saya tak suka sangat nak pelihara kucing.
Tapi budak2 bertiga tu bukan main eksaited lagi bila tengok kucing2 ni masih berada kat kawasan rumah kami.
Mula dari anaknya dilahirkan, hingga lah skranag dah pandai melompat sana sini.
Semua kicing2 ni siap diberi nama timangan oleh mereka bertiga - Max, Lina, Adalea, Amni, dan... ala, lupa pula nama yang sekor lagi.
Bila kucing ni hilang jer dari pandangan mereka, mula la mereka buat muka sedih.
Sekarang ni dah hari-hari mereka ajak pergi beli makanan untuk kucing2 ni.

Sebenarnya saya tak kisah sangat Irfan, Aisyah dan Danish nak bela kucing ni asalkan tak bawa masuk ke dalam rumah.
Tapi kan, macam mana nak ajar anak2 kucing ni "membuang" kat dalam tempat pasir yang disediakan?
Any suggestions??

17 comments:

  1. Suka kucing tapi rasanya tak dapat nak pelihara...huhu.. en Kuling plak alergik bulu.. Pae je yg suka sgt kucing samalah dgn anak2 Nur... hihi... boleh google Nur cara nak ajar kucing membuang kt tempat pasir tu..ada byk tips...

    ReplyDelete
  2. Bab nak membuang najis tu yg akak tak nak bela kucing ni Nur..
    Tambahan en suami tak suka bau najis kucing tu..
    Tapi anak2 suka sangat dgn kucing ni..
    Selalu bila pergi rumah kak lang akak .. suka lah dorang.. dapat main kucing..
    Tapi akak tak tahu pulak cara nak ajar kucing tu membuang kat pasir tu..

    ReplyDelete
  3. Saya ni memang tak membela kucing makanya soalan Nur tu tak tahulah saya nak menjawab macamana ^_^ Saya penggeli sebenarnya tapi takdalah teruk sangat sampaikan nampak kucing aje terus angkat kaki atas kerusi! Anak bongsu saya pun takut kucing sampai setakat inilah. So, memang takdalah harapan siapa-siapa dalam rumah kami tu nak bela kucing kalau ada keinginan nampaknya!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum... amboi banyaknya anak kucing..campur emak dah jadi 6. Tentu anak-anak suka sangat dapat main dengan benda 'hidup'. Have fun guys..

    ReplyDelete
  5. Just setiap hari bawak kucing2 tuh ke tempat membuang dia yang ada pasir2 tuh... selalu lepas makan or minum susu nanti dia akan membuang so bawak dia gi kat pasir tuh... dalam 2 minggu buat mende yang sama pada time yang sama... nanti dia akan tau... kucing saya kat rumah... saya bawak dia bukan angkat dukung yer... tolak2 buntut dia tuh sambil cakap... "oren kalau nak beyak kat sini tau..." hahhahahaa.... tapi kucing saya si oren tak beyak kat pasir dia beyak dalam toilet... hahahahha...

    ReplyDelete
  6. huhuhu itu mmg tak tau kak... dana pun kalu dulu kt kg kita bgtau je kt dia... kadang dia paham....

    tp mungkin ada cara yg sebenar2nya....

    seronok lah 3 beradik tuh, tp jgn sampai bwk dlm umah kang abis knecing berak muntah merata akak jgk lah jd mangsa membersihkan

    ReplyDelete
  7. tak bela officially, just kucing jalanan sahaja kami beri makan sambil2 harap kucing boleh tolong jaga rumah. so far diorg poo poo kat luar pagar

    ReplyDelete
  8. soalan tu kena tanya pada yg membela kucing la..sy dulu masa kecik ada bela..tp kucing sy pandai je berak cari port pasir kt luar rumah.hehehe

    ReplyDelete
  9. Anak-anak Kak Isma pun dah banyak kali mintak nak bela kucing. Tapi akak tak bagi sebab akak & Aliff ada asthma. Tapi kalau yang datang singgah-singgah tu bagi juga la makanan...

    ReplyDelete
  10. Yg hitam tu nampak besar sikit banding adik beradik dia yg lainlah Bijen....sapa nama yg hitam tu?
    Budak budak mmg suka kucinglah Bijen.

    Tulah ....kita pun kurang suka membela kucing ni tp dah anak nak, ikutkan ajelah....
    Cuba kurung dulu dengan pasir pasir tu sekali.....bila dia dah membuang, baru lepaskan, mungkin dia faham tempat membuang dia lepas tu....

    ReplyDelete
  11. Anak-anak Wa pun suka main kucing ni..tapi hubby lak alergik kucing..nanti badan dia bengkak dan gatal2..pelik lak rasanya

    ReplyDelete
  12. As salam
    Saya silent reader tapi terpanggil untuk share cara2 nk biasakan kucing poo pee kt pasir.. mmg elok sejak mereka kecik ni sediakan bekas pasir untuk mereka membuang.. tapi kena rajin scoopkan hasil buangan mereka.. klu tak mereka akan buang di tempat lain..

    ReplyDelete
  13. budak2 memang sukakan kucing (kecuali yg jenis penakut)
    akak pun tak tau camner nak ajar kucing mebuang sbb yg ada kt rumah ni..masuk utk makan ja..takda peluang bermalam dalam rumah

    ReplyDelete
  14. Singgah jenguk bila ada masa free sikit hari ni. Adik & en hubby love cats, KA plak takut ngan kucing2 ni hehehe

    ReplyDelete
  15. Betul juga kata Irfan kalau beli kitten seekor dah berapa ni sekali dpt mak ai banyak hihi...
    Rumah kakak dulu pun ada kucing mendatang dan akhirnya jadi kucing kesayangan anak
    Org buang kita ni kesian last dia tumpang duduk sama

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails