Lepas meeting pkl 5, terus ambil train pukul 7.35 malam ke Bradford. Dalam pukul 11 malam dah selamat tiba di Bradford.
Kalau tak silap, hotel ni milik orang M'sia. Masuk jer dalam hotel, rasa macam berada di M'sia. Bukan main ramai orang M'sia dalam tu. Yang buat saya terkejut, pekerja yang bertugas juga boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Yang paling best, dapat makan makanan M'sia yang sedap-sedap. Dalam duk diet, sempat juga belasah makan tiga pinggan. Mula-mula ambil nasi sikit jer dan sedikit bihun. Banyak juga pilihan lauk yang disediakan. Ada rendang daging, kari ikan, ayam goreng, sayur campur dan pelbagai kuih tradisional. Makan hingga kenyang ke malam :)