Friday, May 31, 2013

Rezeki

Alhamdulillah, tetamu dari M'sia selamat tiba di rumah kami dalam pukul 9.20 malam. Bertolak seawal jam 10 pagi di Malaysia dan transit di London (pukul 3.45 petang) sebelum menaiki flight ke Leeds Bradford airport.

Orang kata, tetamu datang membawa rezeki. Tak sangka, bukan main banyak lagi buah tangan yang mereka bawa.
Sebahagian yang dibawa
Yg ni mmg takde kat Bradford :)
Bila mereka tanya nak kirim apa, sejujurnya saya tak tahu nak kirim apa. Saya kata, bawa la apa yang patut sebab tak nak menyusahkan mereka. Ada juga kirim baju raya yang adik tolong jahitkan (walaupun puasa pun belum - semangat nak beraya di perantauan tahun ni... hihihi).

Terima kasih kepada sanak-saudara yang susah payah kirimkan barang-barang tu semua. Ada yang dari Penang, dari Terengganu, dari Kelantan dan dari KL. Rasa macam nak raya pun ada (mode::: terharu sangat-sangat).

Oh lupa pula nak perkenal siapakah gerangan tetamu saya tu. Sebenarnya yang datang adalah bertiga - makcik (Cik Rah), sepupu (Kak Ngah) dan seorang kawan makcik (Cik Yah).

Sekarang saya masih di universiti untuk meeting dengan penyelia pukul 2.00 nanti (lagi 30 minit masa entry ni ditaip).

Cuaca hari ni pun cantik. Lepas mesyuarat dengan penyelia, harapnya dapat bawa mereka ronda kawasan sekitar Bradford :)

NuKilaN:
 

Thursday, May 30, 2013

Tetamu dari M'sia

Alhamdulillah, kelmarin kami dah selamat sampai ke Bradford. Memang penat tapi sangat seronok. Kata Aisyah, "I'm really like this place ummi". Amboi, memang dia seronok sakan. Belum balik lagi dah nak pergi sana lagi :)

Danish yg semangat menarik beg di Bradford Interchange

Insya Allah, hari ni pula kami sekeluarga akan menerima tiga tetamu dari M'sia. Tak sabar tunggu mereka sampai. Harapnya cuaca pada minggu depan menyebelahi mereka. Kalau asyik hujan juga, tak berapa syok la nak jalan-jalan. Nak ambil gambar pun takde mood bila hujan.

Pagi tadi dah jumpa penyelia walau penat di London belum hilang. Ada juga beberapa kerja yang perlu disiapkan untuk mesyuarat esok. Harapnya dapat siapkan sebelum tetamu sampai. Itu la cabaran bila bergelar pelajar. Kena pandai bahagi masa. Belajar tetap kena letak no 1 :)

Nota ummi,
Kalau diberi peluang, teringin nak ke London lagi :)

NuKilaN:

Wednesday, May 29, 2013

WW ::: Tennis

Kali pertama bermain tennis dengan anak-anak
Danish 
Aisyah
Irfan




Nota ummi,
Lagi entry auto publish. Hari terakhir kami di Kota London. Petang nanti akan bertolak ke Bradford :)

NuKilaN:
 

Tuesday, May 28, 2013

Bubble time

Bila dah boring jalan-jalan sekitar bandar Bowness, bawa anak-anak main belon kat taman..
Kebetulan terjumpa belon buih semasa merayau rayau di kedai.
Dapat la mengisi masa mereka sebelum tunggu bas datang :)
Danish yang dah pandai tiup belon sendiri 
Kakak yang seronok bila dapat tiup belon byk2
Irfan pula kerjanya pecahkan semua belon2 tu
Mereka bertiga yang sedang berseronok dengan belon buih :)
Nota ummi,
Juga entry autopublish... Masih lagi menikmati percutian di Kota London.

NuKilaN:
 

Monday, May 27, 2013

Cherry Blossom

Lagi entry untuk peminat bunga...
Saya memang suka tgk bunga ni...

Nasib baik Aisyah sporting bila saya suruh tiup belon bawah pokok ni...
Akhir sekali, putera putera dengan sejambak cherry blossom :)
Ni mmg idea mereka berdua...
Mana Danish?
Danish tak join sbb dah ikat dalam stroller :)

Nota ummi,
Ini entry autopublish.. kami ke London (3 hari dua malam) sempena cuti sekolah :)

NuKilaN:
 

Sunday, May 26, 2013

Summer Picnic dan BBQ

Kelmarin kami menghadiri program berikut...

Alhamdulillah, cuaca sangat cantik
Panas jer sepanjang hari...

Sampai jer di Ilkley, wajib posing dulu dengan bunga-bungaan

Macam-macam aktiviti yang dianjurkan... 
Antaranya sukaneka
 BBQ...
Yummy in the tummy :)
Posing dengan hadiah masing-masing :)
dan mandi sungai yang sangat sejuk...
Cerita penuh di lain kali yer....
Tuan tanah nak kemas beg..
Esok cuti-cuti London pula :)

NuKilaN:
 

Saturday, May 25, 2013

Lake Windermere - Bowness

Sambungan dari entry Lake District.

Perjalanan dari Lake Windermere ke Bowness mengambil masa dalam 40 minit. Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan pemandangan tasik  yang sangat menarik.

bye bye lake windermere

Boleh tengok banyak boat yang sedang belayar
saya suka tgk gelombang air yang disebabkan oleh boat
Kaler daun yang pelbagai tona dan warna


Anak-anak apa lagi... memang sangat seronok dapat naik boat. Jom tengok telatah mereka pula...
Irfan sedang makan, Aisyah jer yg posing

Kakak juga yang paling sporting bergambar
seronok sgt sampai muka pun jadi mcm tu...

Masa 40 minit yang berlalu terasa sangat singkat. Tak puas menikmati panorama tasik yang begitu mendamaikan.

Pemandangan Bowness dari kapal ketika menghampiri jetty



Di Bowness, kami diberi masa selama tiga jam lebih untuk meneroka bandar kecil tersebut. Banyak juga aktiviti yang sempat dibuat di sana. Salah satunya yang saya pernah post entry pasal Swan tempoh hari :)

NuKilaN:
 

Friday, May 24, 2013

Lake District, Cumbria

 Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga mengikuti lawatan universiti ke Lake District, Cumbria. Lake district adalah antara destinasi pelancongan yang popular di England yang terletak di bahagian barat England. Perjalanan menaiki bas memakan masa selama dua jam dari Bradford.

Seawal jam 8.30 pagi, kami dah berada di tempat berkumpul depan universiti. Ramai juga yang menyertai lawatan tersebut. Rasanya mencecah 100 orang yang dimuatkan dalam tiga buah bas. Ramai juga keluarga lain yang menyertainya walaupun hari hujan. Hampir jam 9.00 pagi baru bas memulakan perjalanan.

Dipertengahan perjalanan, Irfan mengadu nak muntah. Padahal sebelum naik bas dah beri makan ubat utk motion sickness. Tapi nasib baik tak lama lepas tu bas berhenti untuk rehat dalam 20 minit. Sempat la buang hajat mana yang patut dan beli sedikit makanan buat anak-anak.

Di tempat persinggahan
Bersedia untuk menyambung perjalanan
Danish dengan chip kentang dan hot chocolate
Tak lama lepas tu terus tertidur hingga sampai ke destinasi
Alhamdulillah, anak-anak beri kerjasama yang baik masa dalam bas.  Destinasi kami yang pertama adalah Lake Winderemere. Lake windermere merupakan tasik yang paling besar di England. 

Dari Lake winderemere, kami akan menaiki boat untuk ke pekan yang terkenal di Lake District, iaitu Bowness. Kami tiba di Lake windermere pada hampir pukul 12 tgh hari dan pihak universiti telah menempah boat untuk kami pada pukul 12.30. Sementara menunggu boat sampai, sempat juga saya snap beberapa keping gambar buat kenangan walau pun hari hujan.
Walaupun hujan, pemandangan sangat cantik :)
Parking kereta pun ambil juga sbb suka bangunan belakang tu
Gunung yang diselaputi kabus...
Tenang jer tgk itik tu berenang renang
Model saya yg sporting bergambar walaupun hujan

Anak-anak yang sabar menunggu feri
Bila dah nama budak2, sengaja main air hujan bila tunggu boat tak kunjung tiba
Putera puteri saya :)
Horrey, boat dah sampai....
Dari atas boat, kami boleh menikmati pemandangan tasik yang sangat cantik (walaupun hari hujan). Insya Allah, yang tu saya akan letak dalam entry seterusnya :)

NuKilaN: