Bukan musim mengundi, tapi tetiba ajak mengundi pulak. Jangan pening, jangan pening... meh nak habaq mai.. eh, tetiba terkeluar loghat utara pulak... ekekkeke.
Lately, banyak perdebatan di wall FB saya tentang sistem penilaian PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) di sekolah. Maklum la, ramai kawan2 saya yang bergelar cikgu. Ada yang setuju dan ada yang membantah 100%. Masing-masing mengemukakan hujah masing-masing apa pro and contranya PBS.
Yang menjadikan lebih hangat bila guru-guru tingkatan 3 yang mula keliru pelaksaan PBS disebabkan tiada panduan penilaian terperinci memandangkan tiada lagi PMR utk pelajar tingkatan 3. Keadaan makin keliru apabila timbalan perdana menteri (TPM) dan menteri pendidikan II (MP2) mengeluarkan arahan yang berbeza. TPM kata, PBS ditangguhkan serta merta tetapi MP2 pula kata PBS tetap berjalan seperti biasa. Sementara itu, pertubuhan NGO iaitu Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mendesak kerajaan supaya mansuhkan terus PBS.
Ekoran itu, satu page untuk undian PBS sedang dijalankan di page Undian Semasa M'sia (atau boleh copy and pastu url ni di browser... http://www.undi.in/undian-pbs/). Tapi susah juga nak masuk page ni, asyik error jer memanjang. Kali ni baru dapat :)
Selepas saya masukkan undi, keputusan berikut dipaparkan...
Jelas ramai yang menolak PBS. Apa pula pendapat mommies?
Nota ummi,
Pada mula2 pelaksanaan PBS, saya dah kurang yakin dgn keberkesanan PBS. Dengan saiz kelas yang besar, mcm mana nak pantau prestasi pelajar satu per satu. Ditambah pula dengan sistem atas talian yang sangat lembap membuatkan ramai cikgu yang tertekan. Sangat berharap pihak kementerian dapat membuat keputusan yang terbaik demi masa depan anak-anak harapan bangsa :)
NuKilaN:
Sgt berharab PBS dimansuhkan . Ianya membebankan saya utuk menjalani aktiviti luar sekolah .
ReplyDeleteSama pendapat dengan naressa...
ReplyDeleteAnak tak sekolah lg jd x fhm sistem tu. Tp lps dgr kwn2 cerita.. mmg rasa tak sesuai. Lebih baik kekalkan cara yg lama. Dgr pun mcm pelik je
ReplyDeleteRamai kawan2 guru tak bersetuju dengan PBS ni..memang agak leceh.. sistem plak sllu bermasalah...huhu
ReplyDeletewalau kros dah jadi x-guru skrg tapi masih lg dok whatssapp dgn grp kwn2 cikgu. mmg kesian la kat dorg, rasanya better mansuhkan supaya nikmat & tugas hakiki guru iaitu membentuk insan dpt dikembalikan. rasanya klau sistem ni diteruskan, yg menjadi mangsa bukan sj guru tapi murid. byk -ve la dr +ve nya sistem ni.
ReplyDeleteKena buat pilot projek... tengok macamana keberkesanannya.. tak boleh terus laksanakan itu yg keliru ni :)
ReplyDeleteawal2 lg KA dh ragui PBS ni, bila tgk perdebatan mcm skang ni, yg jadi mangsanya anak2 kita ler, ANgah dah lah di form 3 skang ni, dier sendiri pun naik bingung !
ReplyDeleteblogwalking disini ya..mmg byk prblem pbs ni,kesian ank akak yg nak amik pmr thn ni..harap2 dimansuhkan..
ReplyDeleteRamai pihak yg x bersetuju dgn PBS nie....
ReplyDeleteSy memang tak berapa setuju..kesian anak2...saya skang pun pening dgn sistem tiada periksanyer tak tau perkembangan anak kita... saya ada baca paper semalam timbalan menteri kata pbs ni rakyat mahukan...aih sabo jerla...kesian kat kita...
ReplyDeleteI pun berpendapat dimansuhkan aje PBS tu....
ReplyDeletesusah juga untuk kita as parents nak keep track on own child punya progress...
infact rasa the kids pun naik pening dgn perubahan pembelajaran...
mmg lieya sokong mansuhkan pbs tu....menyusahkan kot...menyusahkan cikgu....ramai lagi yg nak sistem exam...lagi senang dan nampak jelas kemajuan murid.... patutnye negara kite ikut sistem kat oversea tu...lieya tgk santai jek...pegi sekolah pun takyah beg berat2 bagai...
ReplyDeleteSy x faham sgt.
ReplyDeleteSy nk berkecuali
Tulah.....sana sini sebok pasal PBS ni....masing masing keliru akhirnya....sapa yg jadi mangsa? Anak anak kita sekarang ni....moga ada jalan penyelesaiannya...
ReplyDeleteSampai sekarang saya tak faham bahasa apa ke bendanya PBS ni. Last year dah hujung tahun baru saya dapat semua fail anak saya ketika Tahun 1. Itulah prestasinya... Saya tanya cikgu beberapa kali, cikgu pun tak tahu camna nak explain kat saya... saya rasa lebih baik mansuhkan aje kalau tenaga pengajar pun jadi pening kepala dibuatnya...apatah lagi anak-anak didik dan ibubapa.
ReplyDeletepbs ni pada sy ada baiknya..cuma pelaksanaan tu klu menyusahkan byk pihak cikgu pun pening dibuatnya lebih baik mansuhkan
ReplyDelete