Sunday, October 6, 2013

Cara mengurus uri bayi


Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.


Sumber: Facebook

Nota ummi,
Pengalaman untuk tiga orang anak, pihak hospital yang uruskan uri anak-anak. Mereka basuh bersih-bersih dan terus bungkus dalam kain putih. Tinggal nak tanam jer kat rumah. Orang tua kata, nak tanam  tu pun kena pilih tempat yang elok-elok. Kalau boleh elakkan tempat yang rendah atau mudah banjir.

NuKilaN:
 

12 comments:

  1. Salam nur...

    Bila nur nyatakan simpan dlm peti sejuk tu,sy teringat satu kisah,kononnya ada anak gadis yg masak uri kakaknya yg melahirkan anak yg disimpan dlm peti sejuk dn disangkakan organ dalaman lembu...wallahualam..
    kita kena tahu juga bentuk uri ni kan....

    ReplyDelete
  2. org tua2,dulu2...konnonya uri anak pompuan ditanam ditepi jalan(depan rumah),cepat dipinang org...sbb org dok lalu lalang kawasan tu hehe
    kalau ditanam agak dalam,susah dapat jodoh pulak...mcm2 kepercayaan...

    akak ke 4,4 org anak,diserahkan pada tok bidan..walau bersalin kat hospital..

    ReplyDelete
  3. Ai...tetiba je buat entry pasal ni.. danish nak jadi abang ke? Haaa..

    Bagus ni..boleh tambah pengetahuan pasal cara menguruskan uri.. masa naim aritu, urinya hancur. Saya tak tengok tapi mak saya yang bgtahu.. cucu dah 14 tak ada lagi orang lain yg hancur macam tu.. tapi mak saya cubalah cuci dan bungkus elok2 sebelum tanam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde maknanya Danish nak dapat adik.... saja simpan kat blog buat panduan :)

      Delete
  4. Alhamdulillah 4 anak ni husband yg uruskan. Hehhe bagusnye tempat k.nur staff readykan semua ya

    ReplyDelete
  5. bab uri ni semuanya di uruskan oleh suami..Suami bungkus gunakan kain putih lepas cuci dgn garam lepas tu tanam

    ReplyDelete
  6. Penat jugak menjawab ngan midwife dulu pasal apa nak bawak balik uri. hehehe...tapi diorang paham kita ni muslim.takde main bakar2. :)

    ReplyDelete
  7. Kdg2 ptua org tua2 kne ikut asalkn x terpesong kn..nk tnm uri pun kne tgk tpt kn

    ReplyDelete
  8. Seumur hidup tak pernah tanam uri anak sendiri sebab masa tu tak berapa nak sihat hehe

    ReplyDelete
  9. hehheh sama lah... dua2 abah nyer yg uruskan... hancur atau tidak,, dia juga yg urus kan...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails