Monday, July 13, 2015

Perjalanan pulang

Alhamdulillah, hari ni dah seminggu lebih kami berada di Terengganu.
Berada di negara sendiri semestinya sangat bahagia.
Tambah tambah lagi di bulan Ramadhan bila dapat berbuka bersama-sama keluarga dan rakan taulan.
Macam2 juadah yang dah lama tak sentuh, dihidangkan di depan mata.
Alhamdulillah, syukur..
Dan semestinya tak sabar nak sambut Aidilfitri bersama keluarga setelah tiga tahun beraya di perantauan :)

Sebagai warming up entry, nak letak gambar anak-anak dan sedikit catatan sepanjang perjalanan pulang dari UK ke Kuala Terengganu sebagai kenangan...

Anak2 posing dgn Aufa sebelum Aufa ke sekolah...
Kami berjiran selang beberapa rumah...
Sebenarnya Aufa datang rumah nak berikan kad utk Aisyah sebelum dia ke sekolah...
Lupa pula nak snap gambar kad yang Aisyah pegang tu..
Alahai, sayu pula bila baca kad tu...
Insya Allah, panjang umur Aufa boleh jumpa dengan Aisyah kat M'sia pula...

Di airport manchester sementara tunggu abah check in barang... 
Nasib baik tak lebih muatan.. 
Ingatkan 150kg tu banyak (30KG x 5 orang), tapi jenuh juga nak packing barang biar cukup KG..
Bukan apa, bila tgk pengalaman kawan2 yang lepas, banyak juga kena denda bila lebih KG..
Kalau tak silap kena charge dalam GBP30 untuk setiap KG yang lebih..
Tu yang kami timbang betul2 supaya tak terlebih KG...
Yang terlebih terpaksa shipping kemudian..
Alhamdulillah, sangat lega bila proses check in berjalan lancar...

Dalam flight Emirates dari Manchester ke Dubai...
Aisyah dan Irfan duduk sekali sambil layan games dan juga movies...
Memang mereka tak tidur sepanjang perjalanan yang mengambil masa 7 jam...
Begitu juga dengan danish yang ralit melayan kartun hingga sampai ke Dubai...

Gambar di Dubai tak sempat nak snap...
Kami sampai Dubai dalam pukul 12 tgh malam dan flight ke KLIA pukul 2.30 pagi...
Transit kat Dubai dalam 2 jam lebih sangat convenience...
Cukup masa untuk bergerak ke "boarding gate", security check dan juga selesaikan "hajat" mana yang patut...
Tapi terkejut bila beli air mineral kat Dubai yang berharga 10 dirham..
Tapi disebabkan saya tak de duit dirham, duit pound juga diterima...
Untuk 10 dirham tu, melayang juga dua pound...

Flight dari Dubai ke KLIA juga ambil masa dalam 7 jam...
Dalam flight kali ni baru anak-anak saya suruh tidur agar mereka tak meragam bila sampai KLIA nanti..
Ni gambar bila sampai di KLIA...
Irfan pula hidung dia berdarah, bila flight touch down kat KLIA, 
Kalut cari tisu untuk stopkan pendarahan..
Saya minta bantuan anak kapal utk dapatkan tisu kepada Irfan..

Finally, home sweet home... selamat tiba di airport Terengganu...
Danish posing dgn 9 luggage yang pelbagai saiz :)

9 comments:

  1. selamat kembali kak ..... tak sabarnye nak dgr full sory hari raya plak ...

    ReplyDelete
  2. Panjangnya perjalanan pulang. Walau apa pun sekurang-kurangnya dah selamat kembali ke tanah air tercinta. Kiranya ni tengah melepas geramlah makan apa yang dihajati sangat-sangat selama 3 tahun di perantauan yerk. Untung juga pulang dalam bulan Ramadhan. Suasana Ramadhan di kampung halaman tu masih ada lagikan....

    ReplyDelete
  3. selamat kembali kak... terengganu tuh kt mana? dana insyallah raya ke3 beraya kt kerteh lak... mana lah tau kot2 dekat blh la jenguk akka hehehhe...

    yelah bkn main tinggi luggage beg akak tuh, almaklum selama 3thn kt sana msti ada mcm2 kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami kat kuala terengganu dana... Tp raya nanti balik kelantan... Insya Allah ada reeki kita boleh jumpa

      Delete
  4. Home sweet home kan!.. meriah raya thn ni.. welcome back!

    ReplyDelete
  5. Welcome back..Lama dah x singgah blog ni..ramadhan kareem

    ReplyDelete
  6. Welcome back..Lama dah x singgah blog ni..ramadhan kareem

    ReplyDelete
  7. Welcome back..Lama dah x singgah blog ni..ramadhan kareem

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails