Wednesday, April 30, 2014

Day 1: Bradford ke Travelodge Cantebury

Tak tahu nak mula cerita dari mana. Saya mulakan dari hari pertama kembara kami. Bertolak dari Bradford pukul 11.00 pagi selepas siap isi minyak full tank. Kereta yg kami sewa guna minyak diesel. Jimat sgt2 rupanya diesel ni. Walau harga diesel mahal sikit dari petrol, tapi betul la kata orang. Guna diesel ni boleh pergi jauh. Kalau tak silap, kali pertama isi penuh dalam GBP57. Boleh jalan hingga sampai ke Travelodge di Cantebury.

Yang kelakarnya, bila dah nak sampai dekat tempat berkumpul BD5, baru teringat yang ayam bakar dalam oven lupa nak bawak. Kalut punya pasal buat persiapan utk merantau negara orang berhari-hari (ayat macam UK negara sendiri aje kan, jangan marah yer.... M'sia tetap di hati) . Alahai, tak dapat nak lunch dgn ayam bakar. Nasib baik tinggal kunci kat jiran depan rumah. Cepat2 call jiran depan rumah minta tolong ambilkan ayam bakar dalam oven. Rezeki mereka lunch dengan ayam bakar hari tu :)

Eh, dah melalut-lalut pulak. Baik cepat2 kembali ke pangkal jalan. Bila semua lima keluarga berkumpul, ketua kumpulan memberi sikit taklimat serba sedikit tentang perjalanan hari tu. Rancangan asal, kami akan stop di Cambridge utk menunaikan solat Jumaat sebelum meneruskan perjalanan ke Travelodge Cantebury.

Lepas taklimat, ketua kumpulan bacakan sedikit doa selamat semoga perjalanan kami selamat dan dipermudahkan oleh-Nya.
Then, here we go... dengan lafaz Bismillah, bermula la kembara kami ke benua Eropah.
Sepanjang perjalanan ke selatan UK, kami dihidangkan dgn rapeseed yg terbentang kuning di kiri kanan jalan....
 Subhanallah... cantik sgt sgt.. rasa nak guling2 gaya hindustan jer kat ladang rapeseed tu...
 Tgk saya ralit snap gambar, Aisyah pun asah bakat photography sama...
Aisyah and Aufa... non-stop chatting budak berdua ni....
Sorang berangan jadi Elsa dan sorang berangan jadi Anna.. elok sgt la tu....
Ingatkan perjalanan lancar jer hingga ke Cambridge, malangnya jalan jammed yg amat. Mungkin ramai yg ambil peluang jalan-jalan sempena Easter Holiday. Lama sgt terperangkap dalam traffic jammed dan perut pun dah mula menyanyi riang. Jadi kami buat keputusan utk berhenti di service yang terdekat untuk mengisi perut.

Kanak-kanak riang posing bila dapat keluar dari kereta...
Bentang tikar bawah pokok dan buka bekal masing-masing dan makan sama-sama. Kalau perasan, mat salleh dlm gambar tu bukan main cari cahaya matahari utk picnic. Kita yg M'sian ni tetap cari tempat redup... hihihihi

Gambar makanan yang mabeles tu lupa pula nak snap gara-gara perut yg tersgt lapar. Ni gambar saya snap bila perut dah kenyang....
 Anak dara yg selalu sporting bila suruh posing...
Kalau tak silap, dalam pukul 6 petang juga kami sampai ke Travelodge Cantebury. Berakhirlah hari pertama kami. Tempek gambar budak2 bertiga posing di sekitar Travelogde sebelum check out hari kedua. Hari pertama tak sempat posing sbb semua dah penat...
 Kat tangga pun nak posing jugak..  bukan senang nak snap gambar Danish posing cenggitu...
 Haaaa.... ni pula kononya nak pow pound ummi la tu...
Takde makna nya anak-anak... Duit pound ummi dah simpan siap-siap, ada duit Euro dan Swiss aje dlm purse... hihihi, alasan baik punya :)

Till next entry...

NuKilaN:
 

Monday, April 28, 2014

Kembara ke Eropah

Alhamdulillah, misi kembara ke 5 negara Eropah sempena Easter holiday pada minggu lepas berjalan lancar (walau ada juga beberapa dugaan sepanjang perjalanan). Perjalanan mengambil masa 8 hari,  7 malam. Bertolak pada pukul 11 pagi Jumaat, 18 April 2014 dan selamat tiba di Bradford pada pukul 4.15 petang, 25 April 2014.

Utk lebih jelas, meh kita tgk itineray kami dgn bantuan google maps....

Day 1 (Jumaat)
18/4... Bertolak dari Bradford(A) ke Travelodge Cantebury. Bermalam semalaman sebelum naik feri ke Calais esok pagi.

Day 2 (Sabtu)
19/4... Pagi-pagi pukul 7 dah check out dari Travelodge utk ke Dover Ferry port(B). Dalam pukul 11 selamat sampai di Calais, France (C). Terus memulakan perjalanan ke Engelberg, Switzerland (D). Perjalanan paling lama iaitu mencecah 13 jam  (5-6 kali berhenti kat service, kalau M'sia kita panggil R&R). Pukul 12 tgh malam, baru sampai kat hotel di Gasthaus Grafenort.

Day 3 (Ahad)
20/4... Lepas sarapan dan photoshoot area hotel, terus ke Titlis utk naik cable car bagi menuju ke puncak Titlis. Satu hari spent masa main snow aje kat puncak Titlis tu.

Day 4 (Isnin)
21/4... Check out dari hotel utk meneruskan perjalanan ke Frankfurt, Germany (E). On the way, singgah dulu tgk air terjun di Rheinfall. Sampai Frankfurt pun dah lewat malam, kalau tak silap dalam pukul 11.30 malam. Check in di hotel budget, Meininger Hotel.

Day 5 (Selasa)
22/4... Check out dari Meininger Hotel utk meneruskan perjalanan ke Amsterdam, Netherlands (F). Tgk bandar Franfurt dari atas kereta aje la. Sampai di Amsterdam dalam pukul 4 petang. Tapi nak cari apartment yg kami dah booking tu bukan main susah lagi. Dah la turun aje dari kereta, ada yg kena kejar dek anjing... pengalaman sungguh!

Day 6 (Rabu)
23/4... Pagi-pagi dah keluar utk ronda-ronda Amsterdam. Hari yang ditunggu utk melawat taman tulip yang terbesar, Keukenhof dan juga kincir angin, Zaanse Schans.

Day 7 (Khamis)
24/4... Check out dari apartment utk meneruskan perjalanan ke Bruges, Belgium (G). Dari Bruges, terus ke Calais dan bermalam di Travelogde Cantebury lagi sekali.

Day 8 (Jumaat)
25/4... Bertolak dari Travelogde ke Bradford. Home sweet home!!! Anak-anak bukan main happy dan bersorak riang bila dah sampai Bradford. Penat agaknya berkelana dalam kereta selama lapan hari.

Sebenarnya, lima keluarga yang menyertai trip ni yang terdiri daripada 15 dewasa dan 9 kanak-kanak, memang happening habis dan semuanya sangat supportive :)
Ini pula kesembilan barisan anak-anak yg super sporting posing berlatar belakangkan banjaran Alps...

Lima keluarga dengan 4 kereta sahaja...

Insya Allah, ada masa saya kongsikan gambar sekitar Europe Tour ni. Gambar banyak sgt, sampai tertidur depan lappy masa duk browse gambar :)

Total perjalanan... 5200++ km... phew, penat tapi berbaloi baloi :)

NuKilaN:
 

Thursday, April 24, 2014

Tulips

Hari ni kita cuci mata dgn tulip pula...
Enjoy the piccas....







Mcm2 warna dan jenis tulip yg ada.... Cantik kan?

Wednesday, April 23, 2014

WW ::: Blue Dolphin Holiday Park









Kali pertama bercuti di caravan.. 
3H2M... Hujung minggu beberapa minggu lepas...

NuKilaN:
 

Tuesday, April 22, 2014

Luar kawasan

Thanks pada yg sudi singgah walau tuan tanah belum sempat buat kunjungan balas. Kami berada di luar kawasan sebenarnya, ronda2 europe sempena Easter break.

Secara ringkas, dari UK-France-Swiss-German-Amsterdam-Belgium-France-UK. Insya Allah akan sampai ke Bradford hari  Jumaat nanti. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan kembali.

Sekarang masih di Jerman dan akan bertolak ke Amsterdam sekejap lagi. Cuci mata dengan gambar2 ni dulu , kot2 ada yg rindu Danish dan Aisyah....



Monday, April 21, 2014

Check up mata

Sebelum cuti Easter hari tu, cikgu Irfan ada pesan suruh check mata dia. Katanya Irfan tak boleh nampak dengan jelas dalam kelas.

Jadi hari Rabu lepas, saya bawa Irfan jumpa opticians. Rupanya hanya tiga hari sahaja boleh jumpa opticians, iaitu hari Khamis, Jumaat atau Sabtu dan kena buat temujanji dahulu. Jadi kami terus buat temujanji pada keesokan harinya, iaitu hari Khamis.

Sempat snap satu gambar buat kenangan dlm blog...

Masa ni, mereka ambil gambar kornea. Dari pemeriksaan, mata Irfan takde masalah. Cuma Irfan ada masalah bila nak fokus ke sesuatu objek. Jadi kena pakai cermin mata juga bila tgk tv, main komputer atau masa belajar dalam kelas.

Utk buat spek, boleh pilih dari pelbagai jenis harga. Ada yg percuma atau boleh pilih yg berbayar. Kanak-kanak kat sini dapat pemeriksaan mata percuma dan juga subsidi cermin mata sebanyak GBP90. Jadi kalau pilih spek dgn harga yg lebih GBP90, kena tambah sendiri amaun yg terlebih tu.

Dalam tempoh seminggu, baru spek mata Irfan akan siap. Tapi tgk si abang buat spek, si adik pun nangis nangis juga nak pakai spek. Kena singgap kedai beli spek utk si adik. Tapi spek si adik cuma satu pound jer :)
Spek satu pound

NuKilaN:
 

Sunday, April 20, 2014

Spring sale

Buka game nak main candy crush, ternampak ikon ni....
Hihihi, macam kelakar jer... Candy Crush pun ada offer Spring Sale jugak. Tapi tak de maknanya nak beli beli item ni, kan? Main utk suka2 boleh la. Lately juga, saya baru tahu yg ada daily free spin utk dapat item tambahan dgn percuma :)

Daripada beli benda yg tak berfaedah tu, baik saya borong baju utk anak2. Saya ni mudah sgt rambang mata bila tgk sale online murah2. Ni antara hasil rembatan dari H&M baru-baru ni....
Semua sekali ada lima item (2 helai dress, 2 helai t-shirt, dan sehelai seluar panjang Danish). Kalau kat M'sia skrang ni, berapa kena belanja utk beli lima item macam ni yer? Meh kita main teka2 berapa harga utk lima item ni (teka aje, hadiah xde tau.... hihihi).

Siap ada resit invoice kalau tak berkenan dgn baju yg dah diorder. 
Jadi mmg tak de kerisauan langsung bila shopping online kat sini. Klik, klik item yg kita minat, lepas tu tunggu posmen hantar ke rumah :)

Thursday, April 17, 2014

Legoland di UK

Yang setakat saya tahu, ada dua Legoland kat UK ni. Satu yang indoor dan lagi satu yg outdoor.

Ni Legoland Discovery Centre, Manchester., iaitu legoland dalam bangunan dua tingkat berdekatan dgn The Trafford Centre.
Bila dalam bangunan, ruang tu takde la besar sgt. Pilihan attraction pun tak berapa banyak. Tapi kebaikannya, bila bila masa kita boleh pergi. Tak kira musim, tak kira cuaca. Walau pun ruang bermain yg agak terhad, kadang2 satu hari juga kami spent masa dalam tu. Anak-anak bila jumpa lego, mana boleh main kejap kejap. Semua benda dia nak cuba :)

Legoland outdoor pula terletak di Windsor, London. Jauh sikit la dari tempat kami. Kalau pergi, sah-sah kena bermalam.
Saja nak tunjuk resit berapa kena bayar utk family kami (2 adults, 2 children sbb Danish masih lagi free)....

Tapi sbb kami pemegang kad Legoland Discovery Centre, dapat sekali free entrance ke Legoland Windsor. Legoland Windsor ni mmg sgt2 luas. Satu hari nak tawaf dalam tu memang tak sempat. Tu tak termasuk kena beratur lagi utk naik ride. Kalau favorite ride, lagi la panjang masa beraturnya. Jadi paling kurang, dua hari kena spend masa kat dalam ni, baru la syok :)

NuKilaN:
 

Wednesday, April 16, 2014

WW ::: Tracking near the cliffs




Semua gambar cilok dari FB kak FM... Yang saya punya masih tersimpan rapi dalam kamera. Bila dah transfer semua khazanah2 tu dlm komputer, baru best sikit nak bercerita pasal getaway hujung minggu ni :)

NuKilaN: