Macam biasa, pagi2 kami sekeluarga pergi menunaikan solat sunat Aidiladha di IslamBradford.
Terus senyum bila diminta posing... |
Tengok lah menu yang tuan rumah sediakan, penuh satu meja...
Ada nasi tomato, laksa penang, rendang, nasi impit, kuah kacang dan pelbagai desert. Ada juga yang bawakan nasi dagang... Ya Allah, nikmatnya makan selepas dua tahun tak jumpa nasi dagang.
Sebelum makan-makan, majlis dimulakan dengan khatam quran adik Hakimi.
Tahniah buat adik hakimi yang dah khatam 30 juzuk al-Quran.
Irfan pun bukan main semangat lagi bila tengok kawannya dah khatam.
Sekarang baru juzuk 4. Takpe, kayuh pelan-pelan.... Belajar baca dengan tajwid yang betul...
Yang jubah putih tu guru mengaji mereka.
Terima kasih banyak-banyak buat ustaz Dr Azman dan keluarga.
Alhamdulillah, Irfan celik al-Quran atas didikan dan bimbingan mereka.
Aisyah juga dah tamat Iqra dan mula membaca muqaddam.
Rasa syukur tak terhingga bila anak-anak dapat mempelajari al-Quran walau berada di bumi ratu :)
Eh dari kisah raya dah tercerita kisah mengaji pulak....
Buat mommies2 di Malaysia, selamat menyambut hari raya Aidiladha dan menjalankan ibadah korban :)
Selamat Hari Raya kakak sekeluarga...
ReplyDeleteSalam aidiladha .... meriahnya, makanan pun nampak sedap2
ReplyDeleteSelamat hari raya haji nur dan family, tahniah buat adik hakimi khatam 30juz ❤️❤️❤️
ReplyDeleteSelamat hari raya...
ReplyDeleteTahniah untuk adik Hakimi..InsyaAllah abg Irfan pun akan ikut jejak langkah kawannya...
Nur, nak request...nanti buat entry pasal Merlin pass pulak ye..hehe...
Salam Aidil Adha..alhamdulillah meriah juga walau diperantauan ya.. :-)
ReplyDeletekawevsapa dah ni ngan gula ikae ayo... demo buat nasi dagam la deh hehehehe. selamat hari raya yg ke beraapa nya dah.
ReplyDeleteSalam aidilAdha buat kak nur sekeluarga.. Tahniah buat adik yg dah katam..
ReplyDeleteSalam AidilAdha buat Nur sekeluarga. Alah, yang kat negara sendiri pun feeling-feeling macam di perantauan je kekdahnya, Nur. Kita raya kat KL je, sendiri masak, sendiri makan :D
ReplyDeletesalam adidiladha juga buat keluarga di Bradfort..seronoknya raya kt overseas pun boleh makan semua hidangan malaysia..tak lama lagi boleh buat majlis khatam irfan pulak ye..:)
ReplyDeleteMeriah juga raya kat sana ya. Menjaga adat dan perayaan nampak bermakna
ReplyDeleteMmg rezeki betul ye Bijen....lepas solat dpt makan tak yah masak hehe...Eh! Jadi ke nak buat laksa hari tu
ReplyDeleteCakap pasal nasi dagang ....pagi tadi mkn nasi dagang tetiba dpt idea nak kasi terliur org jauh....emm nampaknya org tu dah dpt. Tak terliur lagilah hehe...
Tahniah buat Hakimi. Tahniah jugak buat Irfan sebab dah juz 4....betul betul ....biar lambat asal mabeles tajwidnya
Selamat Hari Raya...
ReplyDeletewah...menu mcm2 ada
salam aidiladha buat nur sekeluarga
ReplyDeletemeriah nampak menu tu dah macam ada dekat malaysia juga =)