Masa Danish nursery, ada la juga kadang2 saya pergi jemput dia kat sekolah.
Sepanjang dia naik kelas reception semenjak Sept lepas, tak pernah sekali pun saya jemput dia kat sekolah.
Sebab dia dah balik sekali dengan abang dan kakak, jadi abah lah yang selalu jemput mereka bertiga sekaligus.
Kalau nursery, dia cuma sekolah tiga jam sahaja.
Beberapa hari lepas, Danish ada pujuk saya supaya jemput dia kat sekolah.
Saya kata tak boleh sebab kena pergi sekolah.
Tapi Danish tak putus asa, dia tetap juga cuba pujuk saya supaya datang jemput dia.
"Ummi, nanti ummi datang jemput adik kat sekolah... please ummi, please??"
Ha, siap guna please lagi sekali dengan muka yang penuh harapan.
Masa ni saya dah nak mula cair.
"Tak boleh la, ummi kena pergi sekolah hari ni."
"Dulu kan ummi selalu jemput adik kat sekolah?"
"Yea la, dulu adik balik awal.... sempat lah ummi jemput adik".
Tapi dia belum puas hati dengan jawapan saya.
"Boleh lah ummi. Ummi kan bagus.. Ummi kan good girl..."
Kali ni saya dah betul2 cair.
Rupa-rupanya kata2 pujian pun jalan jugak utk kita yang tua ni... kikiki.
Sebelum ni saya yang duk guna ayat2 pujian untuk pujuk Danish, sekarang dia pula yang apply benda yang sama...
Saya pun mula bermonolog... Alahai, apalah susah sgt nak penuhi permintaan anak kecil ni.
Cuma perlu luangkan masa sekejap aje pun.
Mungkin bagi kita nampak remeh, tapi tidak bagi anak sekecil Danish.
Saya kalah.
Saya tak boleh pentingkan diri sendiri.
Saya kena luangkan masa sedikit masa utk jemput Danish dari sekolah.
Jadi, saya pergi lah juga jemput Danish kat sekolah...
Ni sebenarnya dia minta saya turunkan...
Panjat pandai, tapi turun tak pandai... Praktis lagi yer Danish...