Masa Danish nursery, ada la juga kadang2 saya pergi jemput dia kat sekolah.
Sepanjang dia naik kelas reception semenjak Sept lepas, tak pernah sekali pun saya jemput dia kat sekolah.
Sebab dia dah balik sekali dengan abang dan kakak, jadi abah lah yang selalu jemput mereka bertiga sekaligus.
Kalau nursery, dia cuma sekolah tiga jam sahaja.
Beberapa hari lepas, Danish ada pujuk saya supaya jemput dia kat sekolah.
Saya kata tak boleh sebab kena pergi sekolah.
Tapi Danish tak putus asa, dia tetap juga cuba pujuk saya supaya datang jemput dia.
"Ummi, nanti ummi datang jemput adik kat sekolah... please ummi, please??"
Ha, siap guna please lagi sekali dengan muka yang penuh harapan.
Masa ni saya dah nak mula cair.
"Tak boleh la, ummi kena pergi sekolah hari ni."
"Dulu kan ummi selalu jemput adik kat sekolah?"
"Yea la, dulu adik balik awal.... sempat lah ummi jemput adik".
Tapi dia belum puas hati dengan jawapan saya.
"Boleh lah ummi. Ummi kan bagus.. Ummi kan good girl..."
Kali ni saya dah betul2 cair.
Rupa-rupanya kata2 pujian pun jalan jugak utk kita yang tua ni... kikiki.
Sebelum ni saya yang duk guna ayat2 pujian untuk pujuk Danish, sekarang dia pula yang apply benda yang sama...
Saya pun mula bermonolog... Alahai, apalah susah sgt nak penuhi permintaan anak kecil ni.
Cuma perlu luangkan masa sekejap aje pun.
Mungkin bagi kita nampak remeh, tapi tidak bagi anak sekecil Danish.
Saya kalah.
Saya tak boleh pentingkan diri sendiri.
Saya kena luangkan masa sedikit masa utk jemput Danish dari sekolah.
Jadi, saya pergi lah juga jemput Danish kat sekolah...
hehe...pandai dia ye
ReplyDeletedia just nak perhatian aje tu, tu yang buat permintaan gitu =)
Adush memang boleh cair bila anak cakap mcm tu kan.
ReplyDeleteHaha.. kita ni kalau anak memujuk memang tak sampai hati kan. Sekali sekala umi datang ambil dia, Danish berbunga2la tu ya..
ReplyDeletehahahaa good girl sangat ummi ni hahaha tergelak I baca part tu, comel sangat dia ni tau. Kan... macma Jelita ni once in blue moon bapak dia balik awal and jemput dia... punya melompat.
ReplyDeletealololo tomey. pujuk and goda umi ngan pujian manja ummi pun cair :P
ReplyDeletepandai nyer pujuk ;)
ReplyDeleteKalau dah buat muka comel merayu, hati ibu mana yang tak rawan, Nur. Kalau saya, memang terus cutilah semata anak minta suruh ambil kat sekolah. Keh3x.
ReplyDeleteAnak pujuk memang boleh cair nur.. sedaya upaya kita mak2 ni cuba penuhi kan ;)
ReplyDeletepandai nyer dia pujuk mama nyer... danish good boy hhheheh... bijak betul dia
ReplyDeletePandai danish pujuk umi ye.. Melting... Kimie sejak pandai cakap ni, terbuai2 je.. rasa lain kan kak
ReplyDeleteMak2 sentiasa hati menjadi cair bila anak2 buat permintaan ❤️❤️❤️
ReplyDeleteComei Danish ...kejap jerk dah besar dulu baby....ummi selalu Pam susu :):)
Salam Nur,
ReplyDeletePandai Danish pujuk ummi!
kids, dengan common sense diorang tu, jadi cair kita..hehe
ReplyDeleteanak2 memang comel kan.. ngan dorang selalu cair meleleh huhu
ReplyDeletealahai nur..camne nak kate tidak kan...tgk muke danish tu tak sampai ati nak kate tidak kan..... heheheehehe.... tu laa nampak sgt kan danish ni rapat dgn nur kan...balik sekolah siap berjanji2 nak suh nur gak dtg amik heheheeheh....
ReplyDeletepandai panjat tak pandai turun tu mmg same laa peel mcm dayyan haahahahaah...tang nak turun tu gayat plak die....
itu lah kasih seorg ibu kpd anaknya...
ReplyDeleteHehe......manusia ni rupanya mmg suka pujian ek....
ReplyDeleteAkhirnya tewas jugak yer dgn pujukan Danish....Sukalah Danish tu mak dia jemput .....Kalau ngan abah tak boleh singgah taman ke?