Sunday, December 28, 2014

Tidurlah sayang...

Nak share juga nukilan ni kat blog...

'Tidurlah sayang'.

Mama tahu kamu sejuk dan penat,
Kerana itu mama peluk kamu erat.

Mama tahu kamu merayu disuapkan,
Tetapi hanya dedaun yang mampu mama lumatkan.

Seperti kamu yang mengharapkan secebis makanan,
Mama juga berharap ada yang meluruhkan bantuan dari balik awan.

Hina rupanya kita di mata orang,
Sejuk dan basah bersendirian.
Tiada bekalan dan bantuan,
Seolah daerah ini daerah perang.

Rupanya begitu sekali negeri ini disisihkan,
Sehingga nyawa dianggap mainan dek kotornya partisan.

Darurat barangkali terlalu 'keramat' untuk diwartakan,
Walau negeri sudah menjadi kubur tidak bernisan.

Sabarlah sayang, 
Simpanlah airmatamu ini untuk Tuhan.
Selepas ini tidak ada lagi kelaparan, dan mengigil sejuknya di bawah rintik hujan.

'Tidurlah' sayang,
Dan selamat jalan.
Tunggu mama di syurga.

(Nukilan seorang ibu yang kematian bayinya d Bukit Manjor, Kuala Krai ketika bertahan di atas bukit tanpa bantuan)

Bertambah sayu tgk kesan banjir di Kuala Krai ni....


Semoga mangsa2 banjir mendapat pembelaan yang sepatutnya.

5 comments:

  1. ;(

    sungguh ini hasil nukilan seorg wanita kematian anak? Allah.... i'm crying....

    ReplyDelete
  2. Sedih betul. Dalam keadaan macam ni diduga dengan kehilangan anak tersayang pula. dikabarkan ada lagi yang jadu mangsa, tapi tv tak tunjuk..kawan saya salah seorang yang ahli keluarganya meninggal dalam banjir kali ni. Masa hari Jumaat hari tu belum daoat ditanam lagi mayatnya sebab air sekeliling kawasan. Selepas jumaat tu tak dapat menghubungi keluarga kat sana. Entah macam mana keadaan..

    ReplyDelete
  3. sedihnya nukilan dia, tak boleh elak dari menangis
    bantuan sukar disampaikan sebab terputus hubungan
    ya ALLAH moga dia tabah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails