Tuesday, May 25, 2010

Tak kerja ke???

Malam Jumaat lepas, kami sekeluarga pergi rumah arwah tok bagi menghadiri majlis tahlil. Memang ramai jumpa sanak saudara sebelah arwah ayah. Bukan senang nak jumpa kalau bukan kat majlis mcm ni. Sedang saya menyusukan danish, salah seorang makcik (jiran sebelah rumah tok) tanya...

Jiran: Tak kerja ke?
Saya: Kerja.
Jiran: Habis tu, bg susu apa masa pergi kerja?
Saya: Bg susu badan la.
Jiran: Bagi macam mana? (Dgn muka berkerut)
Saya: Perah dan simpan dalam peti sejuk.
Jiran: Siapa yang jaga?
Saya: Maid.
Lepas tu perbualan lebih berkisar tentang maid. No more bf discussion.

Mungkin makcik tu fikir, buat apa menyusahkan diri utk perah susu dan bagi pada anak. padahal dah ada fm kat pasaran. Sbb saya pun pernah berfikir dengan cara yang sama semasa menyusukan irfan dan aisyah. Tapi sekarang, saya sendiri dah cuba menyusu danish secara eksklusif. Terus terang saya katakan, memang sikit pun tak menyusahkan. Yang penting, kita tahu teknik dan kaedah yang betul untuk menguruskan EBM. Utk beramal, mmg memerlukan ilmu! Ilmu tanpa amal, sia-sia. So, lg bersemangat rasanya nak teroka ilmu bf ni.

4 comments:

  1. wak harap xsilap komen kat sini..cuma nak komen ustaz kata susu ibu sejati lebih baik dari susu2 yang lain :-)

    ReplyDelete
  2. makcik2 kebanyakan masih berfikiran tertutup...kuatkan semangat, mesti boleh!

    ReplyDelete
  3. aril: a ah, awk betul... susu ibu adlh yg terbaik!
    nadimah: tq for the support!

    ReplyDelete
  4. Takpe kak. Sekurang-kurangnya akak dah beritahu jiran akak yang susu ibu boleh diperah dan disimpan dalam peti sejuk. Ia ibarat "menyentuh hati" dia. Mungkin setahun lagi dia pulak akan beritahu orang lain yang akak masih menyusu walaupun bekerja.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails