Sunday, June 20, 2010

lobak putih

Al kisahnya, dua tiga hari lepas, bahagian muka dan tangan danish ada merah merah dan macam gatal. Dia pun asyik duk genyeh jer bahagian mata sampai mata kanan jadi sepet sebelah. So pergi la minta nasihat dari yg pakar. Disebabkan danish menyusu badan sepenuhnya, so saya juga kena elakkan makan benda yang boleh menyebabkan gatal seperti telur, ikan, ayam, makanan laut. Tp yang paling penting, langsung tak boleh makan telur. Dah la telur tu makanan peberet saya sbb senang nak masak :)

Jadi pening juga la duk fikir nak masak menu apa hujung minggu lepas. Bila buka fridge, nampak ada sikit lagi lobak putih. Ermm, boleh la buat sup lobak putih. So, utk lunch dan dinner semalam dan kelmarin (dua hari berturut-turut), menu saya cuma nasi putih dan sup lobak putih berserta air barli.

Hari ni masa mengepam di pejabat, memang agak terkejut. Dapat susu dalam 8oz. Sejak akhir akhir ni memang susah nak dapat susu semewah ini. Minggu lepas, nak dapat 6oz pun susah sebab semasa balik kampung selama 4 hari, saya mengilat untuk mengepam (macam mana la nak jadi umi yang berdisiplin mengepam ni??). Alasannya - sibuk dengan majlis perkahwinan adik sampai tak sempat mengepam susu.  Boleh terima tak? Walau apa pun, bersyukur sangat sebab susu dah kembali meriah. Boleh la mula buat stok utk bulan puasa.

Sekarang, gatal gatal kat muka danish pun dah hilang dan susu juga semakin bertambah. Lalala..... seronoknya rasa :). Memang ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

4 comments:

  1. Salam
    Moga Danish shat selalu.

    sedapnya sup lobak putih, erm, ia pn kategori milk booster.

    ReplyDelete
  2. harap, alya pun sihat selalu :)
    a ah, sebelum ni buat sup ayam baru letak lobak putih, rupanya sup lobak putih kosong pun sodap! dah la boleh boost susu :)

    ReplyDelete
  3. salam kak nur.singgah blog sy tak tinggal komen pun yer??hihi..waa..lobak putih blh kurangkan gatal2 ke?sy ni pantang je baca pasal makanan yg leh ubat gatal2 ni, mesti nak cuba.pipi aulia' asyik merah2 je.kejap ok, kejap naik blk.sy pun dh lama x makan telur.. :(

    ReplyDelete
  4. su, sory... kekadg mmg x sempat... sempat baca jer.. Insya Allah, lain kali akak komen yea :)
    aduss, dah silap info ke? hehehe, lobak putih bkn bleh ubat gatal, tp sbb akak berpantang makan semua benda yg boleh sbbkan gatal... so, danish pun x gatal jugak... tp lobak putih bagus utk up production susu!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails