Tuesday, November 19, 2013

Danish tak sihat...

Hari ni dah dua hari Danish tidak ke nursery. Alkisahnya hari Khamis lepas, cikgu call beritahu yang Danish cirit birit with watery poo. Jadi saya cepat2 ambil dia kat sekolah. Cikgu dah pesan, tunggu Danish betul2 sihat baru hantar semula ke nursery. Cikgu siap bekalkan dua buah buku utk Danish baca sepanjang rehat di rumah :)

Hari Jumaat, dia masih lagi cirit birit tapi semakin beransur baik pada hari Sabtu. Hari Ahad dia dah poo macam biasa. Tapi masalahnya, dia selalu mangadu sakit di bahagian bawah perut (sekitar ari-ari). Bila saya sapukan ubat angin, dia macam ok. Tapi tak lama lepas tu, dia mengadu sakit lagi. Saya pasti bukan kembung dan ada juga yg kawan tgk dan sahkan yg Danish tak kembung perut.

Walaupun dia selalu mengadu sakit bahagian bawah perut tu, tapi saya perhatikan dia tetap aktif seperti biasa. Cakap non stop dan main seperti biasa. Cuma bila dia sakit, saya urut sikit2 dan dia mula ok.

Hari ni, dia masih lagi mengadu sakit perut. Saya mula rasa tak sedap hati. Tanpa buang masa, terus call GP utk buat appointment. Nasib baik ada free slot pagi tu. Lepas disoal siasat oleh doktor, doktor check perut dan mulut Danish. Doktor kata, mungkin kelenjar bahagian bawah perut tu bengkak menyebabkan Danish rasa sakit sebab dah lama sangat batuk. Jadi doktor cuma sarankan utk berikan paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Lagi satu kena mandikan Danish denga air suam supaya kahak jadi cair.

Lepas jumpa doktor, terus cari ubat. Kemudian singgah subway - tunaikan permintaan abah.
Danish makan sikit jer meat ball
Lepas makan beberapa cebis meat ball, Danish mengadu sakit perut. Saya terus beri ubat yg baru beli tu. Nasib baik lepas tu dia macam ok. 
Minum ubat sendiri
Tak lama lepas balik rumah, Danish pun tidur. Dia dah takde mengadu sakit perut. Tapi malam ni, dia mengadu lagi sakit perut. Nampaknya kena selalu beri paracetamol hingga sakit tu hilang. Pernah tak mommies alamii perkara yang sama? Ada petua tak yang boleh hilangkan sakit Danish ni?

21 comments:

  1. Alolo....danish tak sihat ke sayang...siannya...cirit birit buat air hilang dr badankan nur....bimbang juga ni....sakit perut tu akibat dr batuk yg berpanjangan...?

    untiepun tak tau nak buat cmner ye....cuma harap danish tkde cirit birit yg berpanjangan sbb itu bahaya...moga danish cpt sembuh ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang doktor kata, mcm tu la.. sebab kalenjar dari bahagian perut bersambung ke bahagian ari-ari… jadi bila batuk berpanjangan, mungkin ada kesan ke kalenjar bghn bwh tu..
      Cirit birit dah ok, cuma sakit bawah perut tu yang kejap ada, kejap hilang...

      Delete
  2. Cuba beri makan pisang Nur... masa Nabil admit kat Hospital tu doktor suruh beri makan pisang... Alhamdulillah dah tak sakit perut lagi...

    Syafakallah danish... semoga cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak beri pisang, takut Danish lelah pula sbb dia mcm allergik dgn pisang….
      Thanks kak Yati :)

      Delete
  3. Semoga Danish segera sembuh.. beri makan yang senang digest dulu eg bubur nasi dan seangkatan dengannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, rasa kena beri bubur nasi lagi ni… walau dia liat nak makan, kena pujuk jugak, kan?

      Delete
  4. xtau nak bg tips sbb x pernah alami... saya doakan Danish segera sembuh jer.... amin...

    ReplyDelete
  5. Kesian Danish...erm atie pun takde pengalaman lg Nur bab2 anak sakit perut ni...
    cuma pernah lah, kak ipar bagi minum jus kurma masa kena sakit perut hari tu..Alhamdulillah lepas tu OK...
    Moga Danish cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jus kurma saya belum cuba lagi… bagus juga sbb jus kurma ni tinggi serat… mana tahu kot serasi juga dgn Danish...

      Delete
  6. Kesiannya Danish.... moga cepat sihat hendaknya. Saya tak tahu macamana nak beri nasihat sebab tak pernah pula anak-anak mengalaminya. Tapi takkanlah nak kena kerap bagi paracetamol bila Danish rasa sakitkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, paracetamol tu utk tahan sakit jer… kalau boleh nak juga tahu penyebabnya…
      Saya pun baru first time ada pengalaman mcm ni.. biasa anak2 sakit perut sekejap jer, ni berpanjangan pula… mcm mana kita tak risau :(

      Delete
  7. Macam kak Mar kata tu betul jgk...bagi makan moi nasi dulu...kalau dkt kampung budak2 cirit ni org tua2 petua sapu dng daun pucuk jambu..pucuk jambu tu kita kunyah2 dulu pastu sapu dkt ari2..tpi kena jaga jgn pakai baju putih sbb air pucuk tu tinggalkan warna yg x boleh keluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya mcm tu jugak… kena galakkan Danish makan moi…
      Kat sini mmg susah nak jumpa pucuk jambu batu… pernah juga dengar petua tu...

      Delete
  8. Semoga Danish cepat sembuh,mungkin juga dia sakit kat ari2 tu sbb batuklahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la apa yg doktor cakap…. tapi kalau tgk cara Danish batuk, takde la beria sgt… batuk manja2 jer...

      Delete
  9. Siannyer danish, moga cepat sembuh yer..
    kalau anak cirit birit takder experience sgt, kalau muntah tuh aidan ade gak pengalamansampai masuk spital. agaknya ade infection kat dalam usus kot..maybe refer ngan doktor lain tgk..tak comfortable kalau asyik nea beri paracetamol sll bila sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu masalah doc kat sini… bila nampak budak aktif jer, mereka assume nothing serious to worry about…. tapi kita sbg mak ni, kesian tgk anak merengek tiap kali mengadu sakit perut… nak observe dulu minggu ni mcm mana.. kalau masih sama, kena bawa lagi jumpa doc minggu depan… kena minta jumpa doc lain pula...

      Delete
  10. ala sorry saya tak dapat bantu, belum alami sakit macam ni. Hopefully he feels much better by now. Risau la kan kalau sakit duk datang2 gitu, part yg kita tak leh nampak pulak tu. Owh ubat tu.. JJ pun suka minum sendiri sebab macam fun jer kan, saip minta lebih la.

    ReplyDelete
  11. Baru pertama kali baca entri danish tk sihat..kenapa agaknya yeh.....
    Tak pernah pulak alami cenggitu..
    Sekurang kurangnya doktor dah check lega sikit kita kan Bijen

    ReplyDelete
  12. alahai kesian danish.. cepat2 sihat ya. K.nur suruh danish tunjuk area mane dia sakit. klu kanan bawah tu ?appendik. Lagi2 klu tekan then lepas, tengok reaksi danish. Klu menjerit k.nur bawak la jumpa doktor

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails