Thursday, November 21, 2013

Bowling time!

Lepas menonton movie, ternampak bangunan ni, "Hollywood bowl". Apa lagi, abah pun suggest nak bawa anak2 main kat sini pula. Saya cuma ikut arahan jer. Memang seumur hidup belum pernah pegang bola bowling (gelak la kalau nak gelak guling guling pun... hahahhaha)...
Main entrance
Selain anak-anak, saya pun kira first timer jugak la. Jom layan gambar anak2 main bowling...
Danish sedang pilih bola yg sesuai
Sempat lagi Irfan senyum tgk saya nak snap gambar... Aisyah pula sedang main bowling dgn abah...
Irfan yg sempat posing
Anak dara pula posing
Ni dia yang suruh saya snap gambar
Kami ambil 4 game, tapi kami tak de lawan sama sendiri. Main suka-suka jer. Nak setup papan markah pun tak pandai. Nasib baik ada orang tunjukkan cara nak pasang pagar bila tgk kami ni asyik masuk longkang jer awal-awal game tu. Hahaha, gelak la guling2 lagi sekali :)

Tapi kan, ada la juga beberapa kali dapat strike. Irfan pun bukan main happy lagi bila dapat strike tu. Ok la, pengalaman pertama main bowling dgn anak-anak :)

NuKilaN:
 

16 comments:

  1. bestnya main bowling...hehe...comey2 sumer!tahniah dpt strike

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, dapat strike sbb pasang pagar…. kalau tak mmg longkang jer memanjang… ekekeke

      Delete
  2. Sis,
    Benda alah yang warna kuning tu for kids eh?
    Tak pernah jumpa lagi kalau kat sini,
    Kat sini for kids, depa akan naikkan penghalang kat longkang tu..
    So confirm kalau budak main tak masuk longkang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, tu utk budak2… budak2 kan mana larat nak baling bola berat2… so mereka letak atas tu dan tolak jer sekuat mungkin… Tu yg syok sgt budak2 main :)
      Yang penghadang tu pun kami pasang jugak… hihihi

      Delete
  3. better late than never bak kata omputeh, alaaa ok la firstimer asyik masuk longkang jer, I dulu yg agak selalu jugak main and senantiasa ke longkang, apa kes. Siap diberi gelaran ratu lagi. tapi boys always good at handling balls. hmmmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, ada geng la ni.. bila main dgn anak2, boleh la pasang pagar.. so mmg dah tak masuk longkang…. hihihi
      betul tu dan lagi satu, boys ni mmg jenis yg fokus...

      Delete
  4. Wah...seronok semua main boling sama2...aisyah, aunty pun tak berapa reti benda ni.kalau kena oun sikit je..irfan bagus tu, boleh dilatih jadi macam shalin zulkifli, mana tahu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, main suka2 boleh la…
      Kalau aunty guna benda alah kuning tu, mesti reti jugak mcm Aisyah..
      hehehe, jgn marah...

      Delete
  5. Bagus jg latih anak2 main bowling ni..seronok kan..sy pegang bola tu pernah lah nur..tapi main tu mmg tak reti..haha. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni bukan main bowling, tapi main baling jer…. hahahhaha, janji pin2 tu jatuh :)

      Delete
  6. Dah lama akak bersara main bowling Nur... cewah mcm professional pulak bunyinya ... gelak guling2 utk akak jugak Nur.. Selalu main kumpulan tu yg selalu dpt Johan...
    Okey juga tu Nur aktiviti hujung minggu ;)

    ReplyDelete
  7. anis selalu gak main, tapi gaya baling bowling tu tak macam orang main bowling la, kita siap jalan kaki macam orang malas nak jalan, pastu sampai kat line terus baling ikut suka hati....makanya masuk la longkang hehehehe

    ReplyDelete
  8. Hahaha...(sambil guling-guling macam disuruh) ini kira 5 beranak punya lane kena pasang pagar lah ya? Saya gelak tak ingat macamlah saya pandai sangat main bowling! Minta maaf ya, Nur! Si Abang first time main bowling masa umur 4 tahun. Aksi membaling bola tu dah cukup professional gayanya, yang tragis sangat bila bola bowling tu nak sampai ke hujungnya. Lamanya masa, boleh makan minum baring-baring lagi, bola bowling Abang masih lagi tak sampai ke penghujung. Tapi kadang-kadang tu boleh ter'strike' pulak tu!

    ReplyDelete
  9. sy pun dah lama main bowling..rindu pulak nak membowling kan diri..hehehe

    ReplyDelete
  10. samalah..akak pon xpernah main bowling..tgk org main jer

    ReplyDelete
  11. Hehehe. . .Sypun tak pandai main bowling. . Sebenarnya bowlinh ke posing. . ?Hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails