Thursday, November 14, 2013

Terharu baca kisah ni...

Hari ni keputusan UPSR diumumkan. Bila baca status di muka buku, ramai yang update tentang keputusan yang diperolehi. Yang berjaya, tahniah diucapkan. Yang tak berjaya memperolehi keputusan yang diidamkan, jangan putus asa. Masih panjang perjalanan di hadapan.

Hari ni share coretan dari dinding Ustazah Norhafizah yang membuatkan saya cukup sebak selesai membacanya...

Salam sahabat Fb semua,

Hari ini result UPSR diumumkan. Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yg telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu. 

Anak ustazah tidak terkecuali...pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya..ustazah lihat pemergiannya untuk mengambil keputusan upsr dengan wajah yang sangat ceria. " Ummi...takutnya...", tapi bibirnya mengukir senyum. Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran...selepas hampir satu jam masa berlalu, anakanda ustazah pulang dengan deraian airmata. Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku. Perlahan abinya kata, " 3A 2B". Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamdulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal. Anakanda ustazah terus menangis..dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama. 

Ustazah biarkan dia menangis puas-puas...biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya. Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup. Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini. Ustazah hubungi si kakak, " kak long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sbb umi nak bagi kat adik". Jawab si kakak.," bukan 5A kan ummi..naper nak berkad2". Respon ustazah " kak long, walupun adik tak dapat 5A...tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi..ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika kak long..8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi2an bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama..malam mengaji, macam2 pahit manis yang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar..andai ummi tak menyanjungnya..adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahannya menuntut ilmu. Belikan kad yang cantiiiik sangat untuk adik ya kak long, umi nak tulis begini atas kad tersebut...

" Anakanda ummi...setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil. Jangan menangis lagi...belajar menyenangi keputusan Allah. Senyumlah sayang...melihat masa depanmu. ADA AL-QURAN MENANTIMU..MENGUBAT KESEDIHANMU..MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU..MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG..ALLAH TELAH ATUR TAQDIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI. Dengan keputusan tersebut, anakanda ummi mungkin tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping kak long...namun Subhanallah..ada yang lebih indah dari itu...barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa..dan ummi berharap anakanda ummi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini..akan Allah berikan kesempurnaan kebahagian saat anakanda umi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak..Anakanda ummi al-hafizoh...bangunlah sayang..sujud syukur kepada Allah, ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatur Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana."

Sahabat semua...doa ustazah untuk anak-anak kalian....dan ustazah berharapppp sangat..doa kalian untuk kesemua cahayamata ustazah. Semoga kita jadi ibu ayah yang tabah dan setia di sisi anak2..berdiri di samping mereka saat mereka berjaya atau sebaliknya..kita sudah melalui asam garam kehidupan. Tenanglah memperbaiki anak-anak kita. Rahmat Allah Maha luas...dengan rahmatNya kita semua melangkah di dunia hingga ke syurga..aameen.

syukran kathiran pada kalian semua para guru.

Wassalam.


Ustazah Norhafizah Musa
14 November 2013

Anak yang tak dapat keputusan yg diidamkan juga wajar diberi penghargaan. Peluklah mereka dan berilah kata-kata semangat. Berdiri di sisi anak kala mereka gembira atau sebaliknya. Peringatan utk diri sendiri sebagai seorang ibu :)

Nota ummi,
Saya pun tak pernah dapat result periksa straight A. Masa UPSR dapat 3A 1C dan C tu adalah English. Alhamdulillah, dapat juga sambung belajar di Bradford ni. Rezeki masing-masing :)

NuKilaN:
 

26 comments:

  1. Alhamdulillah dah tahu hasil penat lelah anak2 kita ni selama ni. Bagusnya ustazah ni..pemikiran yabg cukup baik sekali..wayar dicontohi oleh semua.. semoga ramai yg ambil ikhtibar daripada kisah anak dsn ustazah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringatan utk diri sendiri supaya kita pun tak terlalu mengejar bilangan A.. kesian anak-anak yg jadi mangsa...

      Delete
  2. Akak pun sentap baca Nur.. pengajaran utk semua ibubapa... lebih2 lagi akak ni yg suka mengharap... insaf Sgt baca tulisan ustazah ni... Tq nur share ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama… Tu la, kadang2 kita pun lupa…. sama-sama ingat mengingati :)

      Delete
  3. Saya jaki dengan budaya orang kita yg terlalu taksub dan sanjung sangat keputusan yg terbaik ni, ok kalau dapat yg itu bagus la, bonus. Tapi jangan la tekan kan sangat, yg tak dapat result idaman dah patah hati, yg memang result teruk tu terus tawar hati. Setuju dengan surat ustazah ni, appreciate usaha mereka usaha untuk belajar.

    Yang benar,
    Yang selalu dapat straight A's masa sekolah, but still nowhere now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, dah macam trend pula mengejar A… kesian kat anak-anak yg average jer… mungkin mereka ada kelebihan dalam bab lain.. mereka pun harus diberi perhargaan sewajarnya supaya terus yakin dgn keupayaan diri…
      wah, saya juga tak pernah merasa apa perasaan dapat straight A..

      Delete
  4. sebak plak....baru upsr...masa depan masih jauh lagi.....tak dpt 5 A bukan penamat..

    bagus cara ustazah tu...kita kena ikut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm tu la budak2 zaman sekarang…. kadang2 kita kena ajar anak-anak yang tak semua benda yang kita nak boleh dapat… belajar redha dengan ketentuan Nya walau kita dah usaha yang terbaik...

      Delete
  5. Plukan utk yg berjaya dan yg kurang berjaya :D

    ReplyDelete
  6. A good reminder to myself, when the time comes...:)

    ReplyDelete
  7. Terharu baca nie..memang pendekatan ustazah adalah yang terbaek untuk mengubat kesedihan sianak dan ibubapa..jalan masih luas kedepan..eloklah masuk tahfiz..best decision..
    sy pun tak dpt straight A jgk ms UPSR,.sedih..tp rezki ttp terbuka slp SRP ..dpt jugak msk MRSM..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kita tak tahu apa perancangan Allah di masa depan..
      Ok la tu dapat juga merasa masuk MRSM… saya sekolah harian aje la sampai SPM… huhuhu

      Delete
  8. ada juga baca ni Nur..mmg sedih kan.. mgkin tak dpt masuk sains, tapi masuk tahfiz lg terbaik..buat dunia & juga akhirat...:)
    jgn bersedih adik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkesan sgt baca coretan tu, sbb tu share kat blog sebagai peringatan :)

      Delete
  9. Betullah, Nur. Terasa sebak pulak membacanya. Kadang-kadang dah berusaha tapi nasib tak menyebelahi. Apapun sebagai ibu kena juga tunjukkan betapa kita masih proud of her/him walaupun dalam hati ni sedikit kecewa. Bagi saya cemerlang dalam pelajaran di sekolah belum tentu cemerlang dalam kehidupan pada hari mendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, walau kita pun rasa kecewa tapi kena juga fikirkan perasaan anak2 yang lagi terluka dgn keputusan yang diperolehi… Belajar mengharungi kekecewaan juga satu skill kehidupan :)

      Delete
  10. betul tu... saya pun sebak baca dr wall ustazah norhafizah tu... saya dulu masa upsr pun tak dpt straight A... ada B dan C juga... tapi dr upsr saya belajar utk tidak putus asa... Alhamdulillah SPM saya dapat pangkat 1... rezeki kita di depan mmg kita takkan tahu.... itu semua rahsia Allah... kita kena belajar redha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dgn komen NK.. sama la saya pun, tak pernah perform dalam UPSR mahupun PMR… masa PMR cuma dapat 2A jer yang lain ada B dan ada juga C.. salah satu C tu mesti la subjek English… Ingat lagi masa ambil result PMR, bukan main frust lagi ummi dan arwah ayah… seminggu ummi saya demam lepas tu dan saya janji dgn diri sendiri tak nak buat ummi ayah sedih lagi.. naik form 4 baru la saya dapat fokus sbb byk ambil subjek sains yg saya minat…. cikgu yang ajar English juga banyak membantu memperbaiki kelemahan saya dalam English…. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga buat arwah ayah dan ummi senyum dengan result SPM… masih lagi tak banyak A, tapi dapat la pangkat 1 :)

      Delete
  11. Ya Allah memang sebak baca..mudah-mudahan menjadi peringatan buat diri ini ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Izu.. banyak lagi ilmu kena belajar nak jadi mak zaman moden ni :)

      Delete
  12. Bijen...okje sebak jugak baca Ustazah punya tulisan tu.....mmg wajar anak anak diberi penghargaan atas usahanya...tp kalau main je .....tak de kesungguhan nak belajar , macamana pulak tu ?
    Susah nak menjadi ibu yg sempurnakan Bijen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depan okje tak nak tunjuk tu.. mana tahu, belakang Okje bersengkang mata baca buku… hihihi

      Delete
  13. Kak Nur

    Keluar air mata baca nukilan ustazah tu. Frh dulu masa dapat 4A 1B masa UPSR sedih gile bila tengok papa n mama bermuram. Takde pujian pun keluar instead kata-kata kecewa. Sedih sangat kalau ingat. Sama juga masa PMR tak dapat target 9A. Keluar lagi kata2 kecewa daripada arwah papa. Masih terngiang kat telinga arwah cakap "Malu jadi anak cikgu tapi tak dapat 9A". Kemudian nekad SPM kena score. Alhamdulillah SPM score sebab tak nak lagi dengar parents kecewa dengan results exam. Zaman dah berubah... cara kita didik anak2 pun lebih moden dan terbuka. Mudah2an anak kita berjaya dunia akhirat. Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kak nur pun… nasib baik sorang2 dlm bilik… ke sebab tu terfeeling lebih? hihihi
      Huwaa, mesti stress kan? macam ummi akak tak tunjuk pun yg dia sedih… tapi kita boleh tahu bila tiba2 demam seminggu… tu yg nekad juga nak score masa SPM…
      Yup, harapnya zaman anak2 kita nanti tak de la mengejar A lagi… kak nur suka cara kat sini, takde exam, takde homework dan takde tuisyen.. budak2 pun sgt enjoy pergi sekolah :)

      Delete

Related Posts with Thumbnails