Tuesday, November 12, 2013

Kelab selepas waktu sekolah

Nampaknya tahun ni Irfan dan Aisyah beria nak menyertai kelab di sekolah selepas waktu persekolahan. Saya cuma beri sokongan atas minat anak-anak.

Irfan menyertai Football club. Latihan cuma sekali seminggu setiap hari Selasa dari pukul 3.30 hingga 4.30 petang. Kalau tak silap, minggu ni adalah latihan football yang terakhir. Dah nak masuk winter, jadi latihan football juga dihentikan buat sementara waktu.

Aisyah pula menyertai Rainbow club. Rainbow club ni adalah untuk gegirl yang berumur 5-7 tahun. Rainbow kelab diadakan setiap hari Selasa juga dari jam 3.30 - 5.00 petang. Macam-macam aktiviti yang mereka buat setiap minggu.

Salah satu aktiviti Aisyah semasa Rainbow club
Selain Rainbow club, Aisyah juga mendaftar untuk menyertai Multi-sport club. Multi sport club pula setiap hari Rabu dari pukul 3.30 hingga 4.45 ptg dan cuma berjalan selama lima minggu sahaja. Kelab sport juga telah berakhir pada minggu lepas untuk tahun ni.

Bila hari kelab, saya selalu pesan supaya habiskan bekal yang dibawa ke sekolah. Tapi kata Aisyah, "Ummi tak payah risau la. Cikgu beri makan masa kelab tu." Owh, siap sediakan makanan lagi. Lagi la saya rasa lega :)

Nota ummi,
Sepatutnya entry ni saya publish awal semester hari tu, tapi dah lama sangat terperam dalam draf. Saya publish juga buat kenangan anak-anak :)

NuKilaN:
 

8 comments:

  1. Bagusnya anak2 join kelab lepas sekolah..at least dpt tambahkan pengalaman n keseronokan..
    bagus jugak ckgu sediakan makanan ..budak2 tentu lagi suka..dapat beraktiviti n makan jugak...

    ReplyDelete
  2. terisi masa dgn kegiatan yg berfaedah..

    ReplyDelete
  3. Rajin jugak dorang join club, ok la kan at least can learn somethng, cungkil bakat yg ada ;)

    ReplyDelete
  4. Bagus juga dapat join kelab selepas sekolah. Kalau duduk di rumah pun memang tak jauh daripada games aje budak-budak sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. Kira aktiflah anak anak Bijen yeh....seimbang.....antara akedemik dan koko....

    ReplyDelete
  6. bagusnya ummi..kira anak suka..ummi setuju....

    ReplyDelete
  7. bagus la.. anak2 kalau tunjuk minat, kita kena support... saya ni pun tgh pujuk encik hubby utk masukkan alisya ke sekolah... sebab alisya selalu ckp nak sekolah macam abg faris...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails