Kalau orang Kuala Terengganu, mesti mereka kenal dgn pasaraya SABASUN. Pasaraya milik bumiputera dan anak melayu jati Terengganu yang boleh dikatakan sangat berjaya.Masa kami di M'sia, SABASUN memang pasaraya pilihan untuk membeli barangan keperluan setiap bulan.
Saya agak terkejut bila diberitahu oleh en hubby yang lesen Sabasun dah kena tarik. Tak tahu la apa kisah sebenarnya. Tapi sedih bila baca pengakuan dari pemilik Sabasun tentang karenah birokrasi yang terpaksa beliau hadapi.
Boleh juga tgk video ni...
Sebenarnya saya cukup kagum dengan sikap pemilik Sabasun ni. Beliau seorang usahawan berjaya dan satu satunya pasaraya yang tidak menjual barangan dari zionis Israel. Kalau nak cari Dynamo, memang tak kan jumpa kat Sabasun. Lagi satu, semua pekerjanya adalah rakyat tempatan. Memang takkan jumpa mamat Bangla/Indon di Sabasun :)
Tapi tak ramai yang senang bila kita berjaya. Moga beliau diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan dan ujian.
NuKilaN:
Wah.. orang Bradford ni bagusla.. tahu banyak perkembangan kat KT.
ReplyDeleteSaya baru tahu pasal pasaraya ni. Walaupun tak pernah masuk..tapi kalau baca apa yang tertulis tu, saya pun tumpang bangga dengan perkhidmatan dan nilai yang ditawarkan oleh pasaraya ni. Bukan ada peniaga lain yang boleh buat macam ni..kagum betul dgn pemiliknya.
Semoga beliau tabah dan dapat penyelesaian yang terbaik..
Ambil tahu sokmo perkembangan tanah air… hihihi
DeleteMmg murah kalau shoping kat sabasun ni… sbb tu ada orang yg tak senang kot… kadang2 pelik juga, benda yg mendatangkan untung kepada orang ramai, ada pula pihak yang cuba sekat… Amin, moga ada ruang utk sabasun teruskan perniagaannya….
Sy pernah smpai trengganu tp ini perta kali dgr psl pasaraya ni..memang sedihlah kalau mcm tu....
ReplyDeletemasa saya kerja kat Terengganu baru kawan2 perkenalkan… lepas tu terus jatuh cinta…
Deletetu rasa sedih bila ada pergolakan mcm tu :(
Semoga pemilik pasaraya sabasun ni bertabhla..mmg bkn mudah nak berjaya ni..
ReplyDeleteharapnya mcm tu la… pakat2 doa...
Deletekros follow juga citer Sabasun ni. dah lama sepupu hok dok kt bgt dorg nak replace sabasun dgn supermarket lain. mmg sedih laaaa especially org2 sekitar yg malays sbb byk sentimental value & xramai malay yg blh bertahan mcm sabasun tu. hopefully ada pihak yg dpt pertahankan
ReplyDeletesaya pun harap mcm tu jugak…
DeleteTak best shoppong kat pasaraya lain, kat sabasun jugak yg best… Harapnya masih ada ruang utk sabasun bertahan...
Kalau betul betul angkara politik mmg kesian le....Suka kalau ada bumiputera yg berjaya...rasa bangga dlm diri ni....moga ada jalannya tu Insyaallah
ReplyDeletemoga pemiliknya terus tabah... percaya ada hikmah di sebalik semuanya... moga esok2 dia lebih berjaya...
ReplyDeleteOh, memang tak tahulah pasal Sabasun ni, Nur sebab kita orang selatan dan duduknya pun di KL kan...respectlah kat Nur yang ambil berat hal-hal di Malaysia nih. Orang kita selalu macam tu, kan. Bila ada aje yang nak naik, mulalah hasad dengki bagai bermaharajalela. Apa salahnya kalau menaikkan sesama bangsa...
ReplyDeleteSaya malas betul baca news macam ni, buat sakit hati and rasa hopeless sangat. Hope those people tabah and keep fighting. Malay(sia) boleh.
ReplyDelete