Monday, November 4, 2013

Chef in the making

Disebabkan cuti sekolah tak ke mana-mana (sbb ummi ada viva), maka kita main masak-masak kat rumah aje la. Kebetulan terbeli set memasak for kids - ada topi chef, apron, towel tea, dan penerap (btk org dan bintang).

Apa lagi, terus semangat anak-anak nak membaking. Boleh pula bahagi sorang satu - Aisyah pakai topi, Irfan pakai apron. Nasib baik adik tak kisah, tapi dah booking awal2 penerap btk star tu.

Ummi pula malas nak google resepi, main belasah jer buat biskut coklat. Letak butter, tepung gandum, sikit tepung jagung, serbuk koko, telur dan cereal. Uli jer hingga jadi doh..... siap! Lepas tu, budak2 la yang kerjakan. Saya tolong bakar jer :)
Irfan dan Aisyah gilir guna penerap orang tu
Seronok dapat canai doh sendiri
Siap terap, mereka hias pula dgn coklat chips
Kalau perasan, mmg doh tak sama tebal.... tapi ok la....
Taraa... biskut yang siap dimasak :)
Danish dan biskut hasil tangannya :)
Nota ummi,
Anak lelaki pun kena belajar masak jugak. Nanti bila dah kawin boleh selalu tolong isteri masak kat dapur (Eh, ke situ pulak... ekekkekekeke)

11 comments:

  1. wahhhh...bestnya...tgk aishah tu..sempat menjeling ke kamera ummi...kali ni pic irfan ada sekali..tkde la merajukkan...hehehe

    ReplyDelete
  2. Bagus bagus,memang pun lelaki kena belajar masak, at least kalau nak jadi pengkitik esok2 pun kena tau basicnya kan. Hehehe suka hati betul la depa kan, makan ppun puas la hasil tangan sendri.

    ReplyDelete
  3. eh saya setuju part anak lelaki pun kena belajar masak sis! :-)

    ReplyDelete
  4. Irfan, Aisyah, Danish.. Biskut lagi ke? bak sini le sikit, Makcik Tini nak rasa..

    ReplyDelete
  5. Memang exciting tuh aktiviti masak2 sambil main2..surelah dorang mmg suka dapat buat semua sendiri..berbakat sungguh chef2 cilik tuh..ummi dah blh bersara dah nampaknyer tak lama lg..hehe

    ReplyDelete
  6. dapat main doh...punyalah seronok depa..bersemangat siapkan kerja

    ReplyDelete
  7. Betul tu Nur. Anak lelaki pun kena pandai berdikari bab-bab ni. Kalau macam saya, tak ke syahdu takda anak perempuan ....

    ReplyDelete
  8. Nampak gayanya tak sabar nak terima menantu tu...hehe...
    Seronoklah mereka bertiga yeh Bijen dapat mengerjakan doh sesuka hati mereka

    ReplyDelete