Friday, November 15, 2013

Ubat gigi halagel

Masa kat M'sia, kami memang pengguna tegar ubat gigi Halagel. Sebelum saya berkenalan dgn ubat gigi halagel, selalu sangat saya kena ulser mulut. Bila kena ulser, faham-faham sendiri la kan. Nak makan pun sakit. Nak cakap dengan orang pun rasa malas sbb cakap pun mcm tak betul jer.

Bila adik perkenalkan saya dengan ubat gigi ni, Alhamdulillah dah jarang sgt kena ulser dan sangat serasi dengan kami sekeluarga. Kalau Irfan sakit gigi, saya suruh dia gosok dengan lebih kerap dgn ubat gigi ni. Setakat ni sangat membantu menghilangkan sakit gigi Irfan tu.

Kalau orang M'sia tanya nak kirim apa dari M'sia, tak lupa saya minta kirimkan ubat gigi ni. Ni antara stok yang masih ada dalam simpanan.
Apa pula ubat gigi pilihan mommies?

NuKilaN:
 

22 comments:

  1. Belum pernah cuba ubat gigi nie lagi so far...memang bagus yer..tp tuk dpt stok fr here mmg impossible lah kan..tunggu blk mesia dl..
    kalau kat sini ubat gigi yg dlm senarai halal cuma colgate jer..lgpun tak byk choice...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh guna colgate ok la… saya mmg allergik, pakai kejap dah kena ulser… tu terpaksa import jugak dari M'sia

      Delete
  2. 1st time tgk ubat gigi ni Nurr..tak pasti lah kat Sabah ni ada atau tidak..
    klu ada kt sini, nak juga guna...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh, ingatkan mmg kat sana pun ada… xde rupanya…

      Delete
  3. tak pernah try lagi halalgel ni... saya pakai ubat gigi mukmin... nanti nak try la halalgel ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubat gigi mukmin, kat sini pun ada jual… tapi tu la, tak serasi juga

      Delete
  4. Saya pun guna toothpaste halalgel.. kalau tiada stok guna mukmin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg kena halagel juga… mukmin pun x serasi..

      Delete
  5. Produk baru ke ni kak Nur? selalu dgr yg Mukmin..nanti balik Malaysia nak cubalah sebab rumah ni ramai sgt yg selalu kena ulcer hehehh..Tq for sharing kak Nur! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh dah lama juga rasanya.. tak berapa popular sgt… sakit kan bila kena? tu rasa lega bila guna halagel dah ok…

      Delete
  6. Sypun guna halagel juga nur...byk stok tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kira sikit aje laa…. kena mula import yg baru ni :)

      Delete
  7. Tak pernah try lagi, kami pakai yg biasa2 jual kat sini jer. Halagel ni kat mana ek I pernah nampak, this brand. maybe kat some blogs kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde masalah, ok la guna brand apa pun… maybe saya ni allergik dgn flourida tu kot… tu tak tahan dgn colgate atau yg sewaktu dengannya...

      Delete
  8. oh boleh lah saya cuba ubat gigi ni pulak nanti, saya pun selalu juga kena ulser...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la… mana tahu serasi jugak… ala2 duta halagel pula rasa.. hihihi

      Delete
    2. Eh..dah tukar header baru.. cantik gambar

      Delete
  9. Baru tau info ni Bijen....okje mana dan je Bijen....kadang colgate...kadang Safi.....kadang Tesco brand.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana dan tu sebab jenis ok xde masalah…. saya ni jenis sensitif… mudah sgt kena ulser.. nasib baik ada halagel jadi penyelamat :)

      Delete
  10. Kami sekeluarga guna Colgate aje. Itu yang biasa guna. Kadang-kadang tu cuba juga jenama yang lain tapi balik-balik tangan tetap nak capai Colgate bila membeli. Saya pun selalu kena ulser so memang Halagel ni berkesan ya untuk ulcer. Ni nak cubalah. Sorry ya Nur, saya start je enjin kereta dah boleh beli ubat gigi ni :D Kalau Nur di sana ubat gigi hantar naik kapal terbang lagi ye!

    ReplyDelete