Thursday, January 2, 2014

Cebisan memori 2013

Seronok baca kisah kawan-kawan yang recap semula apa yang telah mereka capai sepanjang tahun 2013. Terasa ingin berkongsi sama suka duka kami di tahun 2013. Tapi seperti biasa, saya lebih suka bercerita perkara manis-manis aje. Yang duka tu, biarlah saya simpan kemas-kemas dalam lipatan memori 2013.

Awal tahun 2013, memang sakan dapat main salji. Salji turun on off, on off dari bulan Januari hingga ke bulan March. Memang main salji sampai lebam sampai anak dara dah mula ajak balik M'sia sbb dah tak tahan dengan sejuk.

Bergolek dalam salji hingga lebam
Kenangan yang pasti akan dikenang adalah apabila menjejakkan kaki ke puncak tertinggi Eiffel Tower bersama anak-anak. Walau pada mulanya mereka menolak untuk naik ke menara tertinggi, tapi akhirnya mereka cukup teruja bila berada di atas menara. Tahniah anak-anak kerana berjaya melawan rasa takut. Alang-alang ke Paris, langkah seterusnya tentulah Disneyland.
Eiffel Tower dan Disneyland

Bulan May juga penuh dengan aktiviti percutian dan yang paling seronok apabila menerima kunjungan tetamu-tetamu dari M'sia.

Lake District, 18 May 2013 
Family Day@Ilkley, 25 May 2013
Cuti-cuti London, 28-29 May 2013
Kenangan jalan2 bersama tetamu dari M'sia

Bulan Jun bawa anak-anak ke Muzium kanak-kanak yang juga dikenali sebagai Eureka. Beli tiket sekali dan boleh berkunjung ke Eureka banyak mana yang kita mahu dalam tempoh setahun. Tapi sampai ke hari ni tak sempat lagi nak pergi utk kali kedua walaupun tempatnya agak dekat dgn Bradford.

Tahun 2013 juga merupakan tahun kedua kami berpuasa dan beraya di perantauan. Cabaran berpuasa untuk tempoh yang lebih panjang pada tahun ni disebabkan bulan puasa jatuh betul2 di bulan summer. Namun Alhamdulillah, kami dapat melaksanakan ibadah puasa dengan baik.
Karenah berhari raya di perantauan
Sebenarnya dah lama nak tulis kisah Danish potty training. Tapi sampai ke tahun ni belum berkesempatan. Walau bagaimana pun, tetap nak catat juga sebagai kenangan. Sempena summer holiday 2013 (Julai-Sept), saya mula potty train Danish sbb dia akan mula ke nursery pada bulan Oktober. Memang masa tu agak sibuk dengan tugasan penyelidikan. Yang buat saya terharu, Aisyah yang lebih banyak mainkan peranannya. Dia yang ingatkan Danish bila dah cukup masa dan bawa Danish ke toilet. Terima kasih byk2 Aisyah. Terasa Aisyah dah jadi anak yang besar dan bertanggungjawab :)

Dalam kesibukan untuk menyediakan transfer report, sempat juga saya bawa anak-anak jalan2 ke Legoland semasa summer holiday tu. Baru perasan, yang satu entry pun tak sempat berkaitan percutian ke Legoland. Letak gambar aje la sebagai kenangan (ada masa, nak tulis juga entry tu sebagai kenangan).
Windsor dan Legoland, 17 Ogos 2013
Bulan oktober juga mencatatkan peristiwa penting dalam diari 2013. Danish mula masuk ke nursery pada awal bulan Oktober dan Alhamdulilah, akhir bulan Oktober saya berjaya transfer dari MPhil ke Phd. Syukur sangat-sangat kerana boleh meneruskan kajian ke peringkat seterusnya.

Rasanya itu ajelah yang boleh saya catatkan. Kenangan dan pengalaman berada di rantau orang :)

NuKilaN:
 

19 comments:

  1. Tahun yang memang penuh kenangan manis nampaknya.. bagus .. semoga tahun baru lebih menggembirakan.. ada masa lagi nak jalan jelajah sana...

    ReplyDelete
  2. First of all tahniah atas transfer PhD tuh..good luck yer..tak sabar nak panggil Dr..heheh..
    bnyk kenangan manis bercuti2 kan..ambillah kesempatan selagi ade ..kalau dah balik nanti lagilah jauhnya..lglah mahalnya kan..:)selamat tahun baru

    ReplyDelete
  3. th yg meninggalakn kenangan yg manis,penuh warna warni..

    ReplyDelete
  4. Sama juga sy Nur.. kalau yg pahit2 biarlah sy simpan sndiri... tak berapa gemar nak kongsi..hehe
    erm! byk kenangan manis Nur diperantauan ni kan.. terutama part cuti2..anak2 lah paling happy..:)

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru 2014....moga tahun baru ini memberi 1001 keberkatan pada kite semua...amin...

    seronok lieya bace kisah kehidupan di perantauan...moga urusan belajar dipermudahkan yeak.....lagi satu, aisyah mmg kakak yg bagus, sentiasa pantau n bantu adik die potty training....pandai u didik anak2 u sis...hope boleh i contohi....

    ReplyDelete
  6. sama juga dengan akak nur 2013, tersimpan memory indah..tak kurang
    juga yg pahit mengalahkan jamu bila di telan hehe :D
    wah bestnya cuti2 anak perantauan..kompom bnyak kenangan terindah 2013 :)

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru 2014... moga tahun ini akan lebih gembira dan sukses hendaknyer...
    banyak tempat dilawati bersama keluarga tentulah menjadi kenangan seumur hidupkan... thn nikemanakah lagi gamaknyer...

    ReplyDelete
  8. Keindahan dan kenangan yg pasti kejap dalam ingatan Nur. Anak-anak bila besar melihat ini semua sebagai satu memori indah. Adik Danish ajelah tak tahu boleh ingat ke tak bila dah besar...

    Selamat tahun baru 2014 Nur..

    ReplyDelete
  9. Selamat tahun baru ...moga tahun ni kita lebih gembira lebih bahagia, sihat dan sentiasa dibawah lindungannya.....
    seronok saya nengok kehidupan perantauan semestinye menjadi memori yang terindah yang tak dilupakan...moga dimudahkan segala urusan n moga berjaya k..

    ReplyDelete
  10. Eemmm manis macam gula memories 2013 Nur ye... seronok main salji smpi lebam ;)

    ReplyDelete
  11. assalam

    salam perantau dari kak wan di newcastle, australia...jumpa blog ni masa dok cari2 blogger yg buat phd..maklumla newbie..baru habis year 1...masuk year 2..next month defend proposal..huwahuwa...:))....senang2 jengukla blog akak...dah link your blog to my blog list...best blog ni!! :))...all the bestt...nanti share ye tips2 belajar..tq!!

    ReplyDelete
  12. Seronoknya Mia tengok percutian keluarga camni......memang kenangan manis yang tidak akan dilupakan sampai bila2.... :D

    ReplyDelete
  13. Wah...dah macam report je Bijen.... ada segmen kesimpulan hehe.....
    Rajinnya .....Bila nak balik malaysia?

    ReplyDelete
  14. tumpang happy for u sis :) semoga tahun ini lebih baik...amin

    ReplyDelete
  15. Selamat thn baru..byk kenangan manis..smoge tgn ini lebih baik..

    ReplyDelete
  16. seronoknya tgk....

    ReplyDelete
  17. seronoknya tgk....

    ReplyDelete
  18. seronoknya tgk....

    ReplyDelete
  19. Banyak kenangan indahkan di Tahun 2013. Kalau tidak kerana blog, simpan aje elok-elok dalam lipatan kenangan. Nah, sebab blog ini bolehlah share dengan kengkawan alam maya segala kenangan indah ni ya!

    ReplyDelete