Friday, January 24, 2014

Pagi yg berbeza

Tiga cuaca berbeza sepanjang pagi minggu ni yang saya sempat snap selepas hantar anak-anak ke sekolah.

Yang ni gambar ulang tayang... cuaca cerah dgn matahari, tapi suhu cuma 1 degree. Kawasan rumah dipenuhi dengan ais akibat embun yang membeku.
Yang ni pula cuaca dua hari kemudian. Cuaca berkabus sebelah pagi dengan suhu 5 degree.
Yang ni cuaca pagi ni. Hujan renyai-renyai dengan suhu 5 degree tapi rasa sejuk tu hingga ke tulang hitam. Tangan kebas dan hidung terus jadi merah.
Kalau mommies bandingkan antara ketiga-tiga gambar, waktu matahari naik semakin cepat manakala waktu matahari jatuh pula makin lambat. Itu tandanya masa siang semakin beransur-ansur menjadi panjang :)

Sebelah petang pula, anak-anak bukan main bersorak riang bila melihat hujan salji...
Apa yang ditunggu musim winter dah tiba. Masya Allah, seronok tengok salju putih berterbangan di udara. Tapi snow tak lama pun. Tak lama lepas tu terus hujan. Jadi la buat ubat sementara tunggu betul2 snow :)

Bila check cuaca pula, dah mula nampak simbol snow minggu depan...
Harapnya masih ada peluang untuk berguling dalam salji bagi musim winter tahun ni :)

16 comments:

  1. wow...walaupun sejuk beku..bermain salji tetap ditunggu2 ya..

    ReplyDelete
  2. Salam nur,

    Ada juga hujan turun ye... akak ingat kalau salji turun tak hujan...
    Moga hajat berguling anak beranak tu menjadi lah hendaknya tu Nur :)

    ReplyDelete
  3. bestnya berguling2 dalam salji...hehe
    Kat Malaysia cuaca sangat sejuk dari kebiasaanya...selalu suhu mesti 28-29'c ke atas. Sekarang ni ada tempat dah mencecah 17'c. Ikut berita katanya tempias suhu sejuk yg dibawa angin dari China dan Siberia...

    ReplyDelete
  4. Bila tiba winter jgn lupa tunjuk kakak hero Nur guling-guling atas snow tau...
    Berita radio di sini pagi tadi kata di pantai timur menempa sejarah bila suhu hanya 19 degree aje tau.. katanya juga di Indonesia ada sedikit snow turun. Kakak istighfar dlm hati kakak sebagai tanda nak kiamat. Hari itu di tanah gersang Mesir sekarang di Indonesia pulak... wallhualam. Allah ajelah yg tahu Nur.

    ReplyDelete
  5. nur jangan lupa snap pict dorang brguling kat snow tau..nak juga melihat keseronokkan dorang ni main salji hehe..
    nur ngan family ada perubahaan suhu badan tak time musim winter ni..macam alahan ! ?

    ReplyDelete
  6. Hahaha...menanti snow ya... tahun depan dah tak jumpa snow ke? Nak balik negara semusim ya... Nanti jangan lupa ambil gambar mak dan anak-anak guling-guling atas snow. Kita pulak yang excited. Eh, memang tak sesuailah senang cerita dengan empat musim dengan saya nih.

    ReplyDelete
  7. syukur di beri peluang merasa keindahan ciptaan Allah.. kirim peluk cium pada ank2 akak.. lame tak belogwalking.. sekali bace entry berjam lamanya.. hehe banyak yg tertinggal cerita

    ReplyDelete
  8. Bestnya... berpeluang main salji... nak guling2 lagi... ^__^

    Kat Malaysia esp. pantai timur pun skrg cuaca sejuk semacam je...

    ReplyDelete
  9. bestnye dpt merasa perubahan cuaca & musim mcm nur. pengalaman berharga yg tak semua org dpt. enjoy ur moment sis

    ReplyDelete
  10. Untungnya dpt merantau....saya follow sini ;)

    ReplyDelete
  11. Bestnya, siang dah mula memanjang balik kan..rasa seronok tp tak nak jgk masa cpt blalu..sedih nak tglkan UK ni huhu..

    Nway, kt London blom ada tanda2 lg nak snow. The kids dah tak sbr nak main snow lg, hopefully ada peluanglah nak main snow for the last time. Amin

    Take care kak Nur! :)

    ReplyDelete
  12. Salam kak nur..tq ingat ayu lg ye..terharu...

    Seronoknya cuaca kat sana bertukar2..

    ReplyDelete
  13. Kan sini pun dah sejuk tau Bijen, jangan tak tau...tak lama lagi nak turun salji....hehe Nampaknya berlawan le kita pakai baju sejuk heeh

    ReplyDelete
  14. musim salji dah ye..selamat menikmati snow sementara masih di rantauan..:)

    ReplyDelete