Saturday, March 22, 2014

Aktiviti Irfan di Robinwood

Entry kenangan buat Irfan. Mana tahu kot2 bila besar nanti dia nak mengimbas semula kenangan dia menghadiri residential trip. Boleh la dia intai entry ni :)

Mula2 sekali nak tempek sijil yang Irfan dapat dari trip tu. Di belakang sijil, ada ditampalkan gambar ahli kumpulan Irfan iaitu Hill group. Yang duduk di sebelah paling kanan tu adalah cikgu2 Irfan. Yg lelaki tu cikgu kelas Irfan, Mr Hunter.
Mana satu Irfan?
Kenapa la mereka suka ambil gambar dgn muka pelik2 cenggitu? Agak2 mommies boleh teka tak, mana satu Irfan... Tapi kalau betul pun, takde hadiah yer... hihihi

Di sini la Irfan menghadiri residential trip tu...
The Old School, Tormorden, Lancashire. Kata Irfan, dia tidur di bilik tingkat dua sebelah kiri tu. Dalam satu bilik, boleh muat sehingga 10 orang pelajar.

Kat sana, mereka melakukan 6 jenis aktiviti selama satu hari dua malam tu. Gigih print screen satu persatu dari website Robinwood.  Eksaited punya pasal nak tahu aktiviti yang Irfan kena buat :)

Aktiviti pertama, archery.
Archery aktiviti yang Irfan paling suka walaupun dia kata tak dapat nak panah kena pada sasaran. Maklum lah, pengalaman kali pertama memanah :)

Aktiviti kedua pula caving.
Aktiviti indoor yang kononnya merangkak dalam gua. Tapi Irfan macam tak eksaited sgt nak cerita aktiviti dia dalam gua buatan ni. Mereka dikehendaki selesaikan kuiz juga utk sampai ke hujung tunnel.

Aktiviti ketiga pula climbing.
Yang ni pun Irfan suka juga. Dia kata dia yang mula2 sekali sampai kat atas. Best sgt ummi dapat panjat dinding tu, gitu la lebih kurang kata dia. Kalau sebelum ni saya offer dia utk wall climbing, bukan main tak nak. Dengan kawan2, boleh pula dia kata best :)


Aktiviti seterusnya crate challenge.
Mereka kena bina tower yang tertinggi. Kata Irfan, kumpulan dia memang untuk cabaran crate challenge ni.

Aktiviti kelima, Night Line.
Dengan mata tertutup, kena berpaut pada tali utk sampai ke titik akhir. Jadi tali2 tu la yang jadi panduan. Irfan kata dia suka juga aktiviti ni, tapi tak suka bila ada orang tertarik seluar dia... hahahaha, nasib baik mata tertutup :)

Dan aktiviti terakhir adalah Piranha pool.
Aktiviti ni pun aktiviti yang paling Irfan suka. Aktiviti yang dia paling banyak bercerita. Tak habis-habis bercerita pasal piranha pool ni walaupun dia tak jumpa piranha dalam pool tu, ekekekke.

Bila balik rumah, saya tanya, "Abe boleh tidur tak bila malam?". Irfan kata tak boleh. "Rindu kat ummi la tu," usik saya. Jawab Irfan, "Rindu la kat ummi a little bit, but I can't sleep because my friend make a noise." Katanya ada kawan sebilik yg tidur sambil menghentakkan kaki di katil. Entah mengigau ke atau jenis tidur mcm tu.

Malam Irfan balik hari tu, dia demam. Nasib baik lepas makan panadol malam tu, bangun pagi2 dia dah kembali sihat :)

13 comments:

  1. cantik The Old School, Tormorden tu...mcm bangunan lama2...

    ReplyDelete
  2. Seronoklah irfan ye.. byk aktiviti yg dia lakukan... mencabar pulak tu ;)

    ReplyDelete
  3. Bestnya irfan beraktiviti mcm2 tuh...adelah kenangan kan nanti..

    ReplyDelete
  4. macam2 aktiviti ye irfan dan kawan2 buat..semuanya best2 belaka..

    ReplyDelete
  5. wahhhhh smua aktiviti nyer menarik... he3 sy suka tgk gmbr mereka, comey dgn aksi pelik gitu ;)

    ReplyDelete
  6. Bestnya! Pengalaman yg menarik, pasti Irfan takkan lupakannya..:)

    ReplyDelete
  7. wah bestnya aktiviti2 mcm ni, klau anak2 KA mmg terujalah...

    ReplyDelete
  8. best dan menarik xtvt kat sana..

    ReplyDelete
  9. Bagus bagus aktiviti yg disediakan...mencabar kretiviti dan kecerdasan pelajar

    ReplyDelete
  10. Haha.. umi nak dengar jawapan rindu umi, tapi abe bg jawapan sebab kawan buat bising ya? Budak2... seronok sangatla dia kat sana hari tu. Banyak aktiviti macam ni, pasti beri pengalaman yang menarik kepada anak2..

    ReplyDelete
  11. Kalau melayunya kata bina semangatlah kan Bijen.... Demam penat tu.....sepanjang masa ada aktiviti....mmg seronoklah kalau nananya budak!

    ReplyDelete
  12. Irfan yang duduk di barisan depan, nombor dua dari kiri pakai jaket hitamkan.... betul tak ni?

    Bestlah pergi aktiviti macam ni tapi kalau saya entahlah saya benarkan ke tidak. Mesti banyak pengalaman yang Irfan timba di sana.

    ReplyDelete