Thursday, May 1, 2014

Day 2... Part 1... Dover ke Calais

Sambungan dari entry Day 1 Europe Tour.

Pagi-pagi lagi kami dah siap sedia utk bertolak ke Dover bagi menaiki fery untuk menyeberang English Channel ke Calais, France. Tepat jam 7 pagi, semua telah siap sedia utk bertolak. Memang semua ahli rombongan punctual dengan masa yg ditetapkan :)
Tak jauh pun Travelodge Cantebury ke Dover, rasanya tak sampai satu jam dah sampai ke Port of Dover ferry terminal.
Nak keluar dari UK, haruslah cop passport dulu di imigresen France...
Lepas check passport, kereta dipilih secara rawak utk di check oleh pihak kastam. Kereta kami terlepas, tapi dua kereta ahli rombongan lain kena check. Bagi kereta yg kena check, semua kena turun dari kereta dan beg2 akan di'scan".

Bila dah selesai kastam check, boleh la beratur ikut feri yg kita pilih. Kami terus masuk ke lorong P&O Ferries dan diberikan no lorong yang kami kena ikut. Jadi beraturlah kereta-kereta sekalian sebelum dibenarkan naik ke dalam ferry. Masa beratur tu anak-anak bersorak riang bila nampak pelangi...
Kalau tak hujan, harus saya turun dari kereta dan snap gambar penuh pelangi tu.... 
Ferry dijangka bertolak pada pukul 8.45 pagi, dan dijangka sampai pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan. Tapi jangan terpedaya tau. Kami cuma naik feri lebih kurang sejam jer. Sampai pukul 10.45 sebab waktu di Europe cepat sejam berbanding waktu UK. Tempek juga la beberapa gambar sepanjang atas feri...

Pemandangan dari dalam feri sebelum bertolak...
 Kaum bapa yg sibuk bermensyuarat bagi memastikan perjalanan berjalan dengan lancar...
Aisyah, Danish dan Sephia...
Aktiviti anak-anak lelaki haruslah mengadap tab memanjang...
Dari kiri... Adam, Irfan dan Kimie
Bila fery dah selamat berlabuh dan dibenarkan naik atas kereta semula, terjadi la drama sekejap pabila Danish enggan masuk dalam kereta. Nangis-nagis dia bila saya letak atas booster seat. Hah sudah, takkan Danish dah boring naik kereta. Panjang lagi perjalanan ni duhai anak, getus saya dalam hati. Rupa-rupanya tak lama lepas tu, Danish muntah-muntah. Tak sempat sediakan plastik pun, habis baju dan seluar jadi mangsa. Terpaksa request ahli rombongan berhenti di service yang terdekat utk tukar baju dan cuci apa yg patut. Booster seat pun habis kena, nasib baik boleh tanggalkan cover booster seat. Pakai la booester seat yg bogel tu buat sementara waktu :)

Insya Allah, Day 2 part 2 akan menyusul kemudian...

NuKilaN:
 

22 comments:

  1. sian Danish, mabuk laut ye..

    jeles akak, makan angin sokmo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, ingatkan x sempat mabuk sbb naik feri kejap jer

      Delete
  2. Travelling dgn kids mmg byk kenangan & byk episodes :D

    ReplyDelete
  3. Risau juga ye Nur... Perjalanan baru bermula Danish dah muntah2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde la risau sgt... Lagi pun sekali tu jer dia muntah :)

      Delete
  4. Alaaa patutlah meragam rs tak sedap badan mabuk laut yer...sian danish..
    seronok pulak kan naik feri ngan keta sekali...tak sabar episod seterusnya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal... Tak sangka pula dia nak muntah

      Delete
  5. akak pun xpenah merase lg naik feri tu,Nur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, mana tahu one day ada rezeki akak :)

      Delete
  6. ooo Danish mabuk laut ye? Pa'e hari tu naik feri dalam 1 jam lebih nasib baik OK...
    seronok nya travel...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Atie... Danish jenis mudah mabuk laut... Boleh bawa Pa'e naik feri selalu la :)

      Delete
  7. ALamak kesian Danish, no wonder la dia berona kejap kan, tak sedap badan rupanya. Hopefully he is fine the rest of journey, waiting for more stories :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meme yo berona nok mutoh... Lepas mutoh baru nampak cergas... Cuma sekali tu jer dia muntah

      Delete
  8. Alahai kesian danish... mabuk laut la tu... kalau saya pun mau muntah juga... huhuhu kita boleh geng la danish... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danish pun ikut saya kot... Mudah mabuk.. Kita sama2 geng.. Hihihi

      Delete
  9. Salam Nur,

    Berjalan dengan budak2 memang byk cabarannya baik kpd kita juga kpd anak2. Sian Danish mabuk laut agaknya, eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mak Aji, danish mabuk laut... Tak terfikir pula nak beri ubat sebelum naik feri... Huhuhu

      Delete
  10. Bila masa lagi nak le de tour Europe kan Bijen kalau tak sekarang, sementara kat sana lagi....sok sok dah nak balik Malaysia pulak...
    Ohhh tu yg Danish tak mo naik keta tu, rupanya mual kot...tak cakap pulak dia yeh Bijen....perut tak selesa ke apa

    ReplyDelete
  11. ingat guna jln darat je... rupenyer kene naik feri bagai kak... sian danish, msti dia dh rasa mual2 tp tak tau nk ckp camne kot... itu yg abis muntah... agaknyer rasa mabuk masa kt feri tuh kot kan kak

    ReplyDelete
  12. Kesian danish mabuk laut...seksa tau...sy dlu pnh skaai mabuk laut...

    ReplyDelete
  13. Bestnya dengan kereta-kereta sekali naik feri. Takdalah pengalaman itu :) Kesian Danish, mabuk laut ke? Baru part perjalanan dah terasa best, tak sabar nak tengok gambar lain-lain lagi.

    ReplyDelete