Sunday, May 11, 2014

Day 3... Part 3.... Suka duka naik kereta kabel di Titlis, Swiss

Alamak hari ketiga dah masuk part 3, tapi rasa macam banyak benda lagi nak cerita pasal pengalaman di Swiss. Layankan aje la yer my lovely readers, nak buat mcm mana... penulis blog ni kalau boleh semua benda dia nak cerita. Tu yg kadang2, syok sendiri pun ado...

Yang tak sangka, ada juga nak tahu pasal kejadian kami "macam" tertipu tu. Meh nak tempek harga cable car utk naik ke puncak Titlis berdasarkan website Titlis utk satu kepala...
Bila scroll sikit lagi dari website tu, boleh tgk bahagian diskaun ni...
Memang sah-sah group kami tu lebih daripada 10 orang dewasa. Hati dah berbunga riang sebab dah diskaun 20%. Untuk pengesahan, salah seorang daripada ahli rombongan membuat petanyaan di kaunter A. Yes, penjaga di kaunter A kata dapat potongan 20% tu.

So, bila dah dapat diskaun tu, kami semua sebulat suara utk naik ke puncak teringgi Titlis, iaitu CHF89 kalau tiket return. Selepas diskaun, harga tiket ke Titlis adalah CHF71.20, jadi jimat CHF17.80. Banyak kan jimat tu? Tu baru penjimatan utk satu kepala. Ahli rombongan kami pula terdiri dari 15 dewasa.

Lepas meeting sekejap dan kira bilangan dewasa dan kanak-kanak, setiap keluaraga hantar wakil utk beli tiket. Wakil tu adalah kami kaum ibu a.k.a menteri kewangan. Beratur lah kami mengikut giliran. Kalau tak silap, semua sekali ada 4 kaunter. Setibanya giliran kami, kami diarahkan utk ke Kaunter B (bukan kaunter A yang kawan saya tanya tadi).

Kami beritahu bilangan ahli kumpulan kami dan bertanya adakah dapat diskaun 20% tu? Agak terkejut kami bila penjaga kaunter B kata tidak. Untuk membolehkan kami menikmati diskaun 20%, kena ada senarai nama ahli peserta yang dicetak menggunakan letter head syarikat. What??? Saya mmg sgt tak puas hati. Saya cakap yg dalam website tak inform pula berkaitan senarai nama semua tu. Dengan angkuhnya, penjaga kaunter beritahu yg itu adalah polisi mereka. Bengang dgn layanan yang diberikan, kami tak beli pun tiket kat kaunter B tu dan kembali ke ahli rombongan utk perbincangan lanjut.

Bila tak dapat diskaun tu, rasa macam nak naik hingga ke point Trubsee jer yg cuma CHP30 utk return tiket. Tapi alang2 dah sampai, rasa rugi pula tak nak hingga ke puncak tertinggi. Fikir punya fikir, kami pun redha aje la dgn membayar harga penuh tanpa diskaun. Dah alang2 tak dapat diskaun, jadi kali ni beli tiket asing2 utk keluarga masing2. Kali ni urusan pembelian tiket diserahkan pada kaum bapa pula. Saya yang dah mula naik darah dah malas nak berurusan di kaunter.

Bila lima keluarga beratur utk beli tiket, jadi setiap keluarga berurusan di kaunter yg berbeza. Yang buat kami lagi bengang, keluarga yg bayar di kaunter A beritahu yang penjaga kaunter tanya adakah mereka dalam kumpulan? Boleh pula mcm tu. Tak bagus betul pengurusan kaunter di Titlis ni. Kejap boleh, kejap tak boleh... polisi la sgt kan. Tapi kan, kami pun buat jahat juga... Tipu sunat orang kata. Semua kanak2 dalam kumpulan kami istiharkan bawah dari 6 tahun utk dapat tiket free. Mula2 ingatkan nak istihar Aisyah jer lima tahun. Dah jadi mcm tu, dengan Irfan sekali dah jadi 6 tahun. Jadi jimat CHF44.50 kat situ :)

Dah-dah, tutup cerita sedih tu. Sekarang nak cerita pasal pengembaraan kami naik tiga jenis kereta kabel yang berbeza untuk naik ke puncak tertinggi. Utk lebih jelas, meh kita teropong gambar ni...
A adalah tempat kami mula-mula naik. 
B adalah Gerschnialp (1262)
C adalah Trubsee (1800)
D adalah Stand (2428)
E adalah Titlis (3028)
*Kalau tak silap, nilai dalam kurungan adalah ketinggian berapa meter kedudukan kita dari aras laut.

Dari titik A ke C, kami naik kereta kable ni..
Cuma bersaiz kecil. Boleh memuatkan hingga 6 orang dewasa dalam satu-satu masa.

Dari C(Trubsee) ke D(Stand) pula, kami naik kereta kable ni. 
Rasa macam naik bas pun ada. Tak tahu la berapa orang boleh muat dalam ni. Rasa macam sardin pun yer sebab kena berhimpit.

Akhir sekali, dari D ke puncak titlis (E), kami naik kereta kabel ni..
Istimewanya kereta kabel ni, ia bergantung dan berpusing 360 darjah.
Bangga tgk tulisan Melayu dalam kereta kabel ni.

Lama juga tempoh kena beratur utk naik ketiga-tiga kereta kabel ni. Bila sampai jer kat atas tu, semua anak-anak dan kami yg dewasa ni pun dah rasa kelaparan. Langsung lupa nak bawa makanan dalam beg galas, semua tinggal dalam kereta. Jadi, makan aje la makanan yang ada utk alas perut sebelum teruskan misi bermain salji.

Insya Allah, bersambung lagi part seterusnya dengan aktiviti2 kami di puncak Titlis tu. Sabar yer :)

Nota ummi,
Kebanyakan urusniaga di Swiss boleh menggunakan matawang Euro. Jadi tak bawa matawang Swiss (CHF) pun tak pe. Utk CHF89 tu adalah bersamaan Euro77. Saya guna duit Euro jer sbb duit CHF yg ada agak limited.

NuKilaN:
 

15 comments:

  1. untungnya dapat nikmati semua ni, best untuk budak-budak rezeki derang cepat, belajar geografi cepat faham nanti, aunty dulu duk imagine bagai nak rak :) bangganya ada tulisan melayu kan.

    ReplyDelete
  2. Oh kat atas awan sana jumpa tulisan Melayu ya.. bangga tu. Tinggi tu
    ..naik 3 kereta kabel ya..mesti teruja sangat anak2.. berpusing 360 pulak ru, ni maknanya kita boleh tgk sekelilingla..takla sebelah kiri atau kanan je..wah.. hebatnya tu..bilalah saya nak g..

    ReplyDelete
  3. Salam Nur,

    Mak Aji pun terasa panas telinga pasal diskaun yg sepatutnya dapat tu tak dapat! Dia buat sesuka dia je, kejap boleh kejap tidak. Bahasa Melayu dia berbau Indonesian sbb Selamat datang di - kalau kita sebut selamat datang ke! Memang bahasa Indonesia sebut macam tu. Apapun kita sebut bahasa Melayu sebab rumpun Melayu semuanya, cuma org seberang je yg bertegas kata bahasa Indonesia.

    ReplyDelete
  4. wahh boleh tahan harganya, tapi alang2 kan, bila lagi nam ambik peluang ni. heishh polisi la sangat mereka tu.

    ReplyDelete
  5. wah... tinggi tu... saya tgk gambar pun dah gayat.. ahahhaha

    ReplyDelete
  6. best nyer la tgk.... bila nak sampai try nih??

    ReplyDelete
  7. memang boleh tahan gak harga nya Nur..tak puas hati lah klu kat web ckp lain bila pergi lain plak..uiks! lari budget bah....huhu..
    tinggi nya nak naik tu kan..mmg cantik view nya..:)

    ReplyDelete
  8. apa ni cakap belit2..polisi la sgt,klu sy pun hangin..apa pun dh dtg melabur gak la bukan senang dapat naik dah.bukan dtg selalu.kt malaysia pun kena pi langkawi tau.huhu

    bangga jugak dengan bahasa malaysia tu..:)

    ReplyDelete
  9. Salam... Kalau kena mcm tu rela x naik. Tp mcm rugi la kn sbb dh smp. Huhu...

    ReplyDelete
  10. cantik sgt pemandangan kat situ...tak naik rugi plak kan.... takpe laa, sedikit sebanyak dieorg dah beri pandangan yg buruk pada pelancong...tak sangka buat mcm tu kan...kalo boleh dgn pelancong luar la kite nak jage identiti negara kite...tapi mereka sebaliknye pulak....

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kesayanganku..
    Nurbiejen.
    Macam-macam polisi pulak. Sapa nak baca polisi kompeni dia? Alah tu atas budi bicara dia sebenarnya. Betwn bangga jugak ada tulisan bahasa situ..agaknya ramai kot pelanggan dia orang kita.

    Oh ..
    Aku dengan rasa rendah diri nya ingin menjemput Datin/tengku/cikpuan seri/puan seri Nurbiejen.

    ke blog aku yang tak seberapa..
    http://petakbunga-diari.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

    ReplyDelete
  12. Kali sy pun bust cenggitu...ntah pape pengurusan diorg tuh kan

    ReplyDelete
  13. Mahal kan nak naik sampai puncak tuh..tp takperlah kan bukan selalu..
    bila tengok kereta kabel nie tringat akan konsepnya yg hampir sama kat mana2 cuma pemandangan jer kan yg membezakan..

    ReplyDelete
  14. bestnya nur......dah lama teringin nak gi sana....tp sejak kes mh370 tu hlg,fobia pulak nak naik kpl terbang huhu

    ReplyDelete
  15. Siapa tak bangga tetiba nampak tulisan Melayu? Kalau saya dah tentu-tentu senyum sampai ke telinga. Bestnya naik beramai-ramai menuju puncak. Tapi kalau dah berhimpit cam sardin dalam tin tu, terasa seriau gak nih.

    ReplyDelete