Thursday, June 26, 2014

Lesen TV

Awal bulan hari tu dah dapat reminder email utk renew lesen TV.
Tapi buat2 tak nampak dulu.
Bila dah nak tamat tempoh, baru lah terhegeh hegeh nak membayarnya.
Macam mana la ubah perangai keje last minit ni.

Padahal kejap aje pun.
Klik klik klik, tak sampai lima minit dah siap.
Lesen ni valid sampai Jun tahun depan.

Tu yg tak best kat UK ni.
Lesen TV pun kena bayar.
Tapi kami mengelat jugak.
Dua tahun pertama tak bayar pun lesen ni.
Sekarang baru belajar bayar sbb asyik dapat reminder jer.
Boleh tahan mahal juga harga utk setahun?

Selain lesen TV, kena bayar juga council Tax... macam cukai pintu la kot.
Nasib baik student boleh dapat pengecualian.
Tak payah bayar council Tax.
Kalau tak, dalam GBP88 juga sebulan kena bayara council Tax ni.
Kan best kalau student pun dah pengecualian utk lesen TV ni.

NuKilaN:
 

11 comments:

  1. Bila sebut lesen tv, pernah gak bayar 18 tahun lepas sebelum ia dimansuhkan..

    ReplyDelete
  2. Teringat zaman dolu2, Malaysia pun ada lesen tv. Tp tinggal sejarah dah..

    ReplyDelete
  3. mahal nyer, kat sini kalau tak silap 10 ker 50 euro jer setahun, tak pasti sebab bukan saya yang membayor nyer kan hehehe.

    ReplyDelete
  4. igtkan kat sana guna tv online free je...klu tak silap pc mase zaman kecik2 dlu negara kite pun ade lesen tv ni kan...x th sejak bile xde dah lesen tv

    ReplyDelete
  5. amboih boleh tahan mahal jugak ek kak lesen tv kt sana... kalu kt melesia ada lesen tv mau perang dunia ke3 jd.... nk kene gst pun dh mcm apa heheheh

    ReplyDelete
  6. eh..kat malaysia dulu pun ada. ingat lagi nenek saya gantung lesen dalam frame lagi..
    nostalgia betul

    ReplyDelete
  7. Salam kak Nur

    Mmg mahal lesen tv tp kami bayar je takut nak mengelat hihi..dah la costliving kt London tinggi huhu . Mujurla buat bnb, bolehlah nak hidup alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  8. X pernah tahu pulak ada tv pun kena apply lesen. Mace mace.

    ReplyDelete
  9. Kenalah ikut ada di tempat kita berada kan? Memang mahal tu..

    ReplyDelete
  10. baru sy tau kat sana ada lesen tv...huhuhu

    ReplyDelete
  11. Teringat arwah abah saya yang sentiasa alert bab-bab begini, memang tak mengikut sungguh perangai baik arwah abah ni. Saya pun ingat zaman dulu-dulu pernah juga arwah abah bayar lesen TV kat Malaysia ni sebelum dimansuhkan.

    ReplyDelete