Tuesday, June 10, 2014

Malam Isnin?

Malam tapi masih terang benderang...
Ini la keadaan bila masuk summer. 
Pukul 8 pm masih terang benderang.
Siang yang sangat panjang. 
Hari ni, sunset pukul 9.33 pm dan sunrise pukul 4.36 am.
Waktu siang lebih kurang 17 jam.

Lepas makan malam, budak2 mula merayu nak main kat luar bila cuaca elok macam ni.
Saya pun layankan aje.
Mereka bersorak riang bila saya kata boleh.
Penat juga duk layan komputer berjam-jam.
At least, boleh rehatkan mata dan minda tengok mereka bertiga main kat luar :)

Danish skrang dah pandai kayuh basikal sendiri..
Aisyah pun main basikal jugak. 
Basikal pink rembat dari carboot tahun lepas lagi.
Aisyah masih belum berani naik basikal tanpa dua tayar kat belakang tu.
Pernah tanggalkan, tapi kena pasang semula.

Penat main basikal, dia pun join Irfan main badminton...
Dua orang kat luar pagar lawan seorang kat dalam pagar.
Tgk budak2 main, tiba2 rasa nak join mereka main sekali.
Saya satu team dgn Aisyah, Irfan satu team dengan kawannya, Aliff.
Tapi lawan badminton dgn budak2 dan kawasan terhad mcm ni, tak sempat nak keluar peluh.
Takpe, asalkan budak-budak seronok :)

17 comments:

  1. Dah sampai musim siang lebih panjang lagi ya.. seronoklah anak anak Nur dapat main lebih lama ya. Agaknya kalau Naim Nazif pergi sana pun diorang ni seronok amat, memang jenis tak nak tifur siabv dan malam pun kena buat macam2 nak tidurkan diorang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hari sekolah, tak boleh biar mereka main lama2 jugak… nanti susah nak kejut bangun pagi :)
      Budak2 memang susah tidur siang, kan? sama la budak2 kat rumah ni.. kita pula rasa penat tgk mereka yg asyikk main jer..
      Saya pun rasa begitu… boleh la nanti bawa Naim Nazif jalan2 UK musim summer :)

      Delete
    2. Haha.. ongkosnya Nur bagi ya.boleh je

      Delete
    3. Ok, saya tanggung penginapan dan makan minum… tiket beli sendiri…. hahahha

      Delete
  2. siang lbh panjnag..satu cabaran jugak ketika berpuasa,kan...

    ReplyDelete
  3. Itu la kak… Kalau kat M'sia, cabarannya panas ketika puasa… Kat sini pula cabarannya masa puasa yg lama… Tapi bila dah mind set kena puasa lama, lapar tu jadi tak rasa sgt :)

    ReplyDelete
  4. salam Nur.. wahh panjang gile waktu siang tu Nur.. klu time puasa mcm tu mcm manalah gamak nya.. huhu.. amboi Danish punya baju tu lawa tau.. batman..klu Pa'e tgk mau merengek nak minta beli..hahaha.. seronok tengok anak2 beriadah ptg2... :)

    ReplyDelete
  5. Dah macam beridah waktu petang lah pulak pada hal malam ye Nur.. Panjang untuk berpuasa tapi cuaca sejuk ok lagi lah tu kan..

    ReplyDelete
  6. hihihi.. dasat ooo main petang yg patutnya malam..hihihihi.... habis derang tidur plak jam brapa? n bangun jam brapa?

    ReplyDelete
  7. siang yang panjang ni memang cabaran sungguh..
    kol bape la dorang sumer ni tido kak??

    ReplyDelete
  8. budak2 memang seronok kalo dapat keluar rumah kan, seronok tgk dorang main sama2.

    ReplyDelete
  9. tu dia terangnya malam kat sana
    :)

    ReplyDelete
  10. waktu siang panjang yg bestnya anak2lah ye..asalkan ada aktiviti luar anak2 pasti suka

    ReplyDelete
  11. Malam masih cerah...rasa mcm letih la pulak..anak2 mesti suka boleh main2 lgi.

    ReplyDelete
  12. Wah Danish....baru berkayuh semeter dah keluar 6 pax hehe ...
    hebat....hebat...
    Esok time puasa agaknya dah berubah ke belum tu Bijen...kesianlah kalau kena puasa lama yek

    ReplyDelete
  13. Dh mlm pun msih cerah...budak budak seronoklah...nak bermain kan...

    ReplyDelete
  14. Panjangnya siang. Nasib baik cuaca tak panas berdeting macam kat sini sekarang ni. Tengok budak-budak happy bermain, kita pun automatik teringin sama nak join sekaki.

    ReplyDelete