Thursday, July 10, 2014

Misteri kehilangan folder

Ni kisah beberapa minggu lepas selepas saya menghadiri parent meeting sempena Danish akan masuk ke reception September nanti. Selepas meeting tu, pihak sekolah ada beri satu folder yang mengandungi beberapa dokumen penting berkaitan pendaftaran Danish utk reception nanti.

Antaranya jadual hari-hari pertama Danish di Reception.
Walau sesi persekolahan bermula pada 3 Sept (Rabu) nanti, tak semua pelajar perlu mendaftar pada hari tersebut. Ada giliran-giliran tertentu yang perlu mendaftar. Jadi cikgu pun tak kalut. Dibuatnya ramai yang menangis, tak ke haru jadinya. Lepas tu nak suaikenal dan ambil tahu perkembangan pelajar lagi. Jadi kemasukan nanti adalah secara berperingkat. Giliran Danish kena pada hari Khamis. Itu pun mula half day dulu. Hari Rabu minggu seterusnya baru sekolah full day.

Selain jadual, ada juga satu set borang yang kena isi dan kembalikan ke pejabat sekolah berserta dengan salinan surat beranak.
Ada juga beberapa pamplet.

Nak dijadikan cerita, saya cuma letak folder ni atas meja di ruang tamu. Bila nak teringat nak isi form tu, cepat2 saya turun ambil kat ruang tamu. Tapi folder tu dah tak ada!

Eh, misteri sungguh. Saya mmg ingat yg saya letak atas meja. Tanya abah, kot2 dia ada simpan. Dia kata tak simpan pun. Kalau abah tak simpan, mcm mana pula boleh tak ada? Hurm, misteri sungguh...

Maka bermula la sesi mencari folder tu. Segenap ceruk rumah saya cari. Dah la rumah tiga tingkat. Semua sekali saya cuba cari possible tempat yang saya selalu letak barang. Tapi tak juga jumpa2. Dah macam-macam doa saya baca nak cari folder tu.

Lepas penat duk mencari selama dua hari, tiba2 saya dapat idea nak tanya anak-anak bertiga. Kata saya, "Siapa jumpa folder Adik yg dapat dari nursery tu, ummi kasi 10 pound!". Tak agak2 nak beri byk tu. Janji dapat balik folder tu. Jawab Aisyah, "Kakak rasa kakak tahu folder tu kat mana if I'm not mistaken." Saya dah berbunga gembira bila Aisyah kata macam tu. Saya suruh Aisyah pergi ambil.

Tak lama lepas tu, Aisyah bawakan folder yang dicari-cari tu. Ya Allah, rasa lega sangat. Saya tanya, "Kat mana kakak jumpa?". Jawab kakak, "Kat dalam locker adik!". Huwaa, Danish yang simpan dalam locker dia rupanya. Patutlah puas saya cari tak jumpa. Tak terfikir pula nak intai dalam locker Danish.

Nak tak nak, kena la tunaikan janji kat Aisyah. Saya beri dua note GBP5. Saya cuba nego lagi dgn Aisyah, "kakak nak satu ke, nak dua-dua duit ni?". Jawab kakak, "Bagi satu kat kakak cukup lah."... Hihihi, melayang lima pound aje la. Lagi lima pound masuk semula dalam poket ummi :)

By the way, bermula September nanti semua pelajar kelas reception hingga Year 2 akan diberi school dinner secara percuma. Untung Danish tak perlu bawa bekal ke sekolah macam abang dan kakak. Takde rezeki kakak dan abang utk dapat school dinner percuma. Kalau berbayar, kena charge GBP1.50 juga sehari. Untung Danish, kan? Rezeki dia :)

Nota ummi,
Budak2 ni mmg ada locker sendiri. Memang permintaan mereka sbb kat sekolah pun mereka ada locker masing-masing. Jadi senang nak simpan barang peribadi masing-masing :)

19 comments:

  1. salam Nur... hehe.. rupanya anak bujang sendiri yg letak folder dlm locker nya ya.. pandai danish..
    beruntung juga bila danish tak perlu bawa bekal sndiri...dah rezeki dia... :)

    ReplyDelete
  2. Murah rezeki danish tu Nur.. dapat belajar percuma..

    Rezeki aisyah juga dapat 5pound hehehe..

    Lama lagi nak mula sekolah tu ye Nur bulan september..

    ReplyDelete
  3. Hehehe...comel je kakak aisyah dengan danish

    ReplyDelete
  4. kalau cr kalut2 memng pyh nk jumpa.
    1 lg bnda yg dicr.. pyh.
    kalau x cr..selalu nmpk..
    eh..dh nmpk, x pyh cr lahkan...

    ReplyDelete
  5. hehehe. sempat nego. Budak2 tak leh pegang duit banyak2.. hehehehe. comel je Aisyah.

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan (^_^)

    Mcm2 gelagat anak2 ye

    ReplyDelete
  7. wah bijaknya danish,dia tahu tu folder dia tu yg dia simpan kot....
    Untung aisyah,aisyah klu berbelanja kat sana kat mana Nur?kantin sekolah diorang ke?

    ReplyDelete
  8. Hilang dalam rumah pun dah pening ye Nur.
    Sebenarnya adik dah bijak juga dia simpan dlm locker dia
    Ummi aje yg tak terfikir..
    Untunglah kakak dpt GBP5/- boleh belanja:)

    September mereka mula sessi baru ye Nur... tak sama sungguh dgn M'sia.

    ReplyDelete
  9. Selalu juga jadi begini, Nur. Nampak depan mata, jelas dan nyata letak barang di satu tempat tetiba bila cari dah takda. Memang pening kepala jadinya. Apalagi rumah sampai 3 tingkat macam Nur ni. Lagilah pening turun naik jek :) Si Danish dah pandai berdikari. Ada namanya ke kat folder tu? Nampak folder dia punya, teruslah simpan dalam locker sendiri. Yalah, barang peribadi Danish tu :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah rezeki buat danish..

    ReplyDelete
  11. wahhhhh bagus nyer Aisyah, nak sekeping jer...

    he3 mujur la Aisyah alert juga dgn perbuatan adik2 yer... kot x sampai sudah x jumpa folder tu...

    ReplyDelete
  12. Salam Nur,

    Tengokkan tajuk entri teringat kisah Nancy Drew je, he he! Memang jauh berbeza sistem di sana ya! Mak Aji kalau 1st day kat sekolah tulah yg paling x suka, bising, haru-biru, yang nangislah, yg nak gi toiletlah, macam2! Nasib baiklah time tu muda lg, daya tahan kuat sikit.

    ReplyDelete
  13. alahai danish rupanya yg buat misteri..tak pasal2 melayang 5 pound..takpelah janji jumpa semula kan..bagus ada locker sendiri,sng nak sorok barang.hehe gurau je..

    ReplyDelete
  14. hahahah semangat betul danish, kira responsible jugak la dia dengan barangannya, dah tulis nama dia kan, harus la simpan dalam locker dia hehehe.

    so Danish nanti masuk new school la yer? Jelita pun lepas summer break ni masuk kelas baru, since sebulan lepas teacher dorang pelan2 bawak mereka yang layak ke kelas atas to get familiar with.

    ReplyDelete
  15. lagi satu..bagusnya Aisyah, senang nego ngan dia tak berkira. hihihi

    ReplyDelete
  16. hahaha..igtkan masih menjadi misteri...rupanya dah jumpe...untung kakak dpt duit...nsb baik aisyah x nk dua2...klu melayang 2 note tu dr poket ummi;)

    ReplyDelete
  17. Ohhh bagusnya Danish....tau barang dia cepat cepat dia simpan dlm locker!
    Mama dah rasa nak terkencing tu cari barang tak jumpa hehe ..

    ReplyDelete
  18. Danish excited nak sekolah tu.. sbb tu dia simpan dalam locker tu... dia tau dia punya... heheh

    ReplyDelete