Tuesday, August 19, 2014

Drive thru safari

Hari ni nak cerita pasal pengalaman kami ke Knowsley Safari Park. Yang menarik ke safari ni, boleh memandu kereta sendiri utk tgk haiwan2 dari jarak yang dekat. Semestinya ia satu pengalaman yang sgt menarik utk kami sekeluarga :)
Mula-mula sekali kami lalui kawasan rusa. Ada dua jenis rusa. Yang ni jenis "Fallow deer".
Yang ni pula jenis "Pere David's Deer".
Dua-dua jenis berbeza dari segi warna bulu dan juga bentuk tanduk.
Pergi ke depan sikit, nampak tiga ekor unta yang sedang sarapan pagi kot...
Selepas melepasi kawasan, boleh tgk harimau.
Harimau ni tak dilepaskan bebas. Garang dan ganas sgt kot. Boleh tgk dari luar pagar sahaja.
Kat sebelah kandang harimau, boleh tgk serigala yg berkeliaran.
Aisyah tanya, "Kenapa wolf ni aktif jer pada masa siang? Kan wolf aktif sebelah malam." Ha sudah, mula la keluar soalan yg mencabar minda. Saya jawab mungkin pihak zoo dah train kot utk dia aktif sebelah siang... huhuhu

Tapii kawasan yang agak lama kami luangkan masa ada kawasan di mana singa-singa ni berkeliaran.
Yang ni jenis "African Lion".
Teruja tau boleh tgk lion2 ni dari dekat. Tgk tu, selamba jer singa jalan tepi kereta kami.
Yang tu lion jenis kecil sikit. Ada lion yg jenis besar, rasanya bapak lion yang berdiri tepi kereta kami mmg sgt besar. Nak sama tinggi dengan kereta. Boleh bayangkan tak perasan kami masa tu. Bercampur baur - terkejut ada, eksaited ada, seram pun yer...
Ini lah bapak singa yg saya maksudkan...
Hah, siap bertentang mata lagi. Mau tak seram...
Tapi seronok jer tgk anak beranak lion yg sedang lepak2 bawah pokok tu..
Tempek juga sekeping gambar pemandu pelancong....
Dia yg akan terangkan, next haiwan apa pula yg kami akan jumpa. Kadang2 tukang ambil gambar bila banyak haiwan yg lepak di kawasan belah Irfan duduk.

Byk lagi gambar haiwan yg nak letak... Next entry lah yer :)

NuKilaN:
 

15 comments:

  1. Wah..bestnya dapat tengok haiwan secara dekat macam ni. Terujalah nk g ke safari macam ni. Masuk tu dikira macam mana bayarannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg teruja...
      Masuk tu kira kepala jugak... Kalau nak jimat boleh booking online... Utk kami sekeluarga berlima kena caj GBP54... Rasa berbaloi lah kalau tak covert ke RM :)

      Delete
  2. salam Nur... seronok nya anak2 dapat tgk haiwan2 ni..mesti excited... :)

    ReplyDelete
  3. seronoknya pegi zoo boleh tgok haiwan dekat2..bagus ya bley drive sendiri kt sini..tu dia nak menjawab soalan budak cerdik,ssh gak tu.hehe

    terfikir jugak nak bawak afia pegi zoo,mesti dia teruja sgt,sbb dia mmg suka haiwan..aiman dah byk kali sgt dah pegi zoo,terujanya tu kurang la..

    ReplyDelete
  4. tak dapat pergi tgk live, dapat tgk gambar pun rasa seronok.
    Sekurang kurangnya dapat berkongsi dengan pembaca lain.
    Salam perkenalan

    ReplyDelete
  5. Seriau berdepan dgn singa wp singa kecil

    ReplyDelete
  6. Huish... .seriau tengok singa berkeliaran macam tu je... seronoknya dpt tgk haiwan2 lain dr jarak dekat...

    ReplyDelete
  7. Syoknya masuk safari boleh drive tru. X la penat nak jalan kan.

    ReplyDelete
  8. besonye pak singa... gerun. bestla kan kak nur drive kete sendiri je. xpernah nak berjalan

    ReplyDelete
  9. wahhhh pengalaman yg menarik... teringin juga berdepan dgn singa mcm2, nak tau perasaan mcm mana ;)

    ReplyDelete
  10. I baru ushar2 ada satu park kat sini boleh buat drive through macam ni, tapi I macam takut jer nak bawak anak kecik ke situ. What u think, gerun tak tengok haiwan2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya belum sesuai lagi utk budak kecik... Mcm danish, lagi byk menyorok dari tgk haiwan, dia rasa seram kot... berbanding abang dah kakak yg lebih teruja, dan mcm2 soalan cepu emas... Tunggu JJ dan Tipah besar sikit....

      Delete
  11. Safari mcm ni dulu ada kat Johor masa zaman OKje kecik kecik...tapi la ni dah tak de lagi. Merasalah gak pergi Safari ni tapi kat Malaysialah hehe

    ReplyDelete
  12. Salam Nur,

    Seronok budak2 dapat rasa pengalaman macam ni. Rasanya kat Zoo Taiping ada yang drive thru macam ni (kalau x silaplah) tapi sebelah malam katanya. Macam mana pulak lion boleh lepas tiger tak boleh pulak ya? Maca sama je garangnya kan??

    ReplyDelete
  13. Wah, bestnya boleh drive tru kat safari macam ni. Tapi adakalanya cuak juga bila tengok haiwan ganas rileks je kat depan kita. Manalah tahu tetiba haiwan tersebut naik minyak. Huhuhu...naya!

    ReplyDelete