Thursday, August 7, 2014

Resepi nasi kerabu mudah versi perantau

Sebelum ni, saya rasa macam rumit jer nak masak nasi kerabu. Rasa mcm banyak benda jer nak kena buat. Kena rebus ikan, lepas tu asingkan isi dan tulang, kena goreng kelapa, dan mcm2 lagi la. Masa kat M'sia, memang tak pernah rasa pun nak cuba masak nasi kerabu sebab dah set dalam kepala, SUSAH dan RUMIT! Lagi pun, kalau nak makan memang senang jer nak cari nasi kerabu yg sedap2 sekitar rumah.

Tapi bila dah kena lontar kat negara orang ni, mesti lah rindu nak makan nasi kerabu. Sah-sah tak de orang yang jual nasi kerabu kat kedai. Nak tak nak, saya cuba juga belajar masak nasi kerabu. Haa, persepsi saya pun dah mula berubah. Bukan susah pun nak masak nasi kerabu. Lagi-lagi, kat sini banyak gantikan dengan bahan-bahan yang segera. Ikan ganti dengan ikan salmon dalam tin, kelapa pula guna yg jenis "dessicated coconut" dan santan juga guna yg segera dalam tin. Kelentang kelentung kat dapur, satu jam nasi kerabu dah sedia terhidang :)

Dah lama sebenarnya nak share resepi nasi kerabu kat sini. Walau dah berkali kali cuba masak, hari ni baru rasa confident nak kongsi kat blog sendiri. Hasil try and error, kena la dengan tekak kami sekeluarga. Open house raya kali ni pun saya cuma hidangkan nasi kerabu. Seronok tengok tetamu makan bertambah. Sambal tumis dan sambal ikan pun licin hingga ke titisan terakhir. Senang nak cuci pinggan mangkuk lepas habis majlis :)

Berbalik pada nasi kerabu. Bagi saya, bahan utama yg wajib utk nasi kerabu adalah sambal ikan dan sambal tumis. Sambal tumis seeloknya sediakkan lebih awal. Nak makan utk sarapan pagi, lagi sedap kalau kita buat sebelah malam. Sambal tumis ni, lagi kita perangat lagi la bertambah sedap :)

Resepi asal saya rujuk Nasi Kerabu Kelantan yan terlajar sedap dari AzieKitchen. Dari situ saya sesuaikan dgn bahan-bahan yg ada kat sini.

Mula-mula kita tgk cara nak buat sambal tumis...
Bahan-bahan utk sambal tumis:
#1 biji bawang holland
#1 biji bawang merah besar
#4-5 ulas bawang putih
#1/2 inci halia
1-2 sudu besar serbuk cili
1 cawan air
1 tin santan (400 ml)
2 - 3 batang serai (serai kat sini mahal, jadi saya guna dua batang jer)
2 keping asam keping
1/2 kerek nise (gula melaka)
1-2 sudu besar gula*
2 sudu kecil garam *
2 sudu besar budu (saya gantikan dengan sos ikan)
Minyak masak utk menumis (dlm 1/2 cawan)
* adalah kuantiti anggaran 

Cara nak buat sambal tumis...
1. Potong kecil2 bahan bertanda # dan masukkan dalam chopper berserta dgn serbuk cili.
2. Kisarkan sehingga halus.
3. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air. Lepas tu masukkan santan dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan serai, asam keping. Bila mendidih, masukkan sos ikan, gula melaka, gula dan garam. Kacau hingga pecah minyak dan kepekatan yg dikehendaki. Kalau terlalu pekat, boleh tambahkan air.
5. Bila rasa dah cukup, tutupkan api. Siap!

Bak kata kak Azie, kuah sambal tumis ni biarkan sedikit masin.

Ni pula bahan-bahan utk buat sambal ikan....
Bahan-bahan:
1 tin pink salmon
2 cawan dessicated coconut ( saya guna yg jenis "Fine")
*1/2 atau 1 biji bawang holland (bergantung pd saiz bawang dan kuantiti kelapa)
*2 batang serai
*2 sudu besar gula
*2 sudu kecil garam
*1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara nak buat sambal ikan...
1. Mula-mula sagai kelapa hingga keperang-perangan (jangan sampai hitam pulak). Hingga warna mcm gambar la lebih kurang. Ketepikan -Bahan A
2. Asingkan kulit dan tulang ikan. Lenyekkan isi ikan. Ketepikan - Bahan B
3. Masukkan semua bahan bertanda ke dalam chopper. Kisar hingga lumat - Bahan C
4. Gaulkan bahan-bahan A, B dan C hingga sebati dan sesuaikan rasa. Siap!

Kata kak Azie lagi, sambal ikan ni kena manis sikit.

Utk masak nasi pula...
Basuh beras dan masukkan air seperti biasa. Saya letakkan sedikit pewarna biru (boleh juga guna kunyit), sedikit garam dan sebatang serai yg dititik. Masaklah nasi seperti biasa.

Selain tu, saya juga sediakan sambal merah utk mereka yg suka pedas.
Saya blend cili merah, cili padi, garam, gula, sedikit air dan sedikit jus lemon.

Boleh la hidangkan dengan ayam bakar/ayam goreng, takde keropok jadi saya ganti dgn ikan bilis, timun yang dipotong panjang. Tapi kalau pekena dengan daging/kambing bakar lagi la terangkat. Disebabkan anak-anak tak suka makan taugeh dan kacang panjang, jadi saya cuma gantikan dengan lettuce. Sedap juga makan nasi kerabu dengan lettuce rupanya :)


Tiada dalam gambar nasi dan sambal cili. Gambar ni yang dah lama, yg gambar terkini masa open house tak sempat nak snap. Macam biasa, selalu lupa nak snap gambar makanan bila buat majlis makan-makan.

23 comments:

  1. Nampak cara2 tu mcm senang juga nur... saya ni dlm kepala dok set nasi kerabu dgn nasi dagang lah menu yg saya blm smpi seru nak masak... sebab pada saya dua2 menu ni susah n renyah!! Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, tak sangka sekarang dah boleh masak sendiri... hihihi
      Nasi dagang saya kurang suka, jadi mmg tak rasa nak makan sgt... Nasi kerabu tu dah mmg makan hari-hari masa kat Kelantan/Terengganu... mmg rindu serindunya nak makan bila duk negara orang :)

      Delete
  2. Wah.
    Kreatif ni. Saya nak cuba macam nur jugak la.. kecuali salmon saya guna ikan kembong jelah.. saya pun rasa renyah kalau buat nasi kerabu cara biasa. Guna lettuce lagi mudah ya..sedap pun sedap...boleh la saya gagahkan diri buat lain kali...biasa mmg malas...u yang balik kg utk raya hari tu cari juga nasi kerabu sedap sebab sebulan puasa teringin tapi malas nk buat sdiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kreatif sbb nak makan... hihihi
      Kadang-kadang, saya guna juga ikan sardin atau ikan tuna dalam air garam (in brine). Sedap jugak, cuma kalau guan salmon rasa ikan tu lebih menyerlah :)

      Delete
  3. rajin sunggh la nor ni!nak amik semangat kerajinan nor ckit ya...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rajin kalau nak makan... Tambah2 lagi, budak2 bertiga tu suka sgt dengan nasi kerabu ni... seronok tgk mereka makan bertambah :)

      Delete
  4. tu dia!!! sambal ikan adalah wajib kan nasi kerabu, sambal tumis saya tak kisah sangat ada ker tak. psssttt last week saya asinkan telur duk peram lagi tu, niat hati nak buat nasi kerabu la ni hohoho and nak buat solok lada juga, sila jeles (yakin sangat ni... tah kemana hala bahan satu apa pun takda lagi ni hihihih) I dah up resipi kuah kacang short cut ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu dah beli telur itik nak buat telur masin, tapi end up jadi gulai telur gara2 tertinggal dalam kereta beberapa hari.. Tak berani nak masinkan takut telur rosak... Nanti kalau jumpa telur itik lagi, saya pun nak asinkan... tunggu lah! hahaha
      Saya bukan penggemar solok lada... kalau makan pun, cuit2 sikit tang isi sajork....
      Thanks mama JJ.. berkobar2 nak cuba buat kuah kacang ni....

      Delete
  5. Salam Nur,

    Tabiklah Mak Aji akan kesungguhan Nur menghasilkan nasi kerabu ni! Seganlah org kat sini kalau malas nak buat sendiri, he he! Silap2 gaya org sini dan bukan perantau yang guna resepi ni juga, he he! Apapun kalau kat KL ni memang tak berapa asli ulam-ulaman yang digunakan tak seperti di Kelantan, asal ada ulam sahaja. Walau agak renyah juga buatnya, tapi apabila tukang makan selesaikan sampai licin, itulah 'hadiah istimewa' untuk tukang masak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji...
      Ala, biasa aje lah... Guna bahan2 segera, mmg kejap jer siap.. tak perlu nak perah santan bagai... hihihi
      Ulam ulaman kat KL pun dah tak asli, apatah lagi ulam ulaman kat Bradford ni ha... Terus ganti dgn lettuce, ulam ulaman barat... hihihi
      Betul sgt tu Mak Aji... berbaloi kaki kebas berdiri lama kat dapur :)

      Delete
  6. nasi kerabu memang ler rumit kalo ikut step betul2 kak..tapi skang senang..ada jalan shortcut..hehehee..janji rasa nasi kerabu tu ada..
    tambah plak solok lado lagi terangkat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul... jalan short cut pun jadi asal dapat hilangkan kempunan :)
      Saya tak suka solok lada, jadi x kisah kalau xde :)

      Delete
  7. Wahhhh. Kagumnya saya. Macam kak nora, buat nasi dagang/ nasi kerabu saya blm smpi seru. Hahaha. Mudah juga ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah nak kagum... Cuba lah buat... mmg mudah jer rupanya :)

      Delete
  8. nampak sedap kak.... rasa comfirm sedap jugak nih kak... alahai...
    dana peminat ns kerabu, ns dagang... apa2 nasi yg berulam2 mmg dana suke

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap lah jugak.. hihihi, sendiri masak sendiri puji... masuk bakul angkat sendiri pulak :)
      Saya nasi dagang tak berapa minat...

      Delete
  9. tu le kan nur... bile kat negara org nak tanak kite teringin nak makan gigih juga membuatnye....bagus jugak, bertambah lagi skill memasak kite....kire hebat laa nur olah dgn ape bahan2 yg ade kat sane...yg penting lepas kempunan n ngidam nak makan nasi kerabukan....kalo nak tgu balik sini baru makan mmg jenuh laaa...lagi2 kalo peknen...adoiiiii..camne nak tahan rase teringin tu kan.....

    lieya pun setuju sbb nasi kerabu ni mcm renyah sebab tu tak penah seumur hidup lieya buat....selalu beli jek so senang2 boleh pilih ayam ke ikan ke daging bakar keee heheeheheh....

    ReplyDelete
  10. sedappppp:)
    selamat hari raya aidilfitri nur & family :):)

    ReplyDelete
  11. wahhh berjaya juga Nur masak Nasi Kerabu ni.. nampak pun sedap.. peberet sy masa Ramadhan ni Nur... hehe.. biasalah klu dah teringin sgt nak makan pastu takde jual, nak tak nak kenalah belajar masak sndiri kan?.. sama lah sy suka sgt laksa, tp kt Sabah susah nak dpt so belajar lah buat sndiri..skrg dah pandai.. hehehe...

    ReplyDelete
  12. Tq kak nur kongsi resepi...sy pun fikir mcmtu nasi kerabu renyah so mls nak cuba buat..tp resepi akak ni mcm senang je pulak..nnti ada kelapangan bolehla cuba..

    ReplyDelete
  13. Bila membaca memang nampak macam senang tapi bila nak membuatnya mahu nak kena cuba trial and error dulu :) Apa pun saya tak pernahlah buat nasi kerabu lagi, Nur. Yang mudah-mudah pun ambil masa inikan pulak yang macam banyak je stepsnya !

    ReplyDelete
  14. OKje mmg suka nasi kerabu tau Bijen....kalau beli mau mahei jadinya hehe tapi kalau Pak Jilap tak de le...kalau dia ada nak buh banyak lauk malu ....
    Lain kali kalau ada open house suruh le Irfan jadi photographer

    ReplyDelete