Tuesday, September 23, 2014

Berkampung di Malaysian Hall

Hari Ahad lepas, saya bawa diri ke London. Anak2 kena tinggal dengan abah. Lagipun mereka kena pergi sekolah. Sayang pula kalau nak ponteng sekolah dua hari.

Saya kena hadiri mesyuarat dgn dato VC UMT. Bengkel dua hari utk pembentangan kemajuan pengajian dan dengar kata2 amanat dari VC.
Kelmarin dah selesai dgn presentation. Alhamdulillah, dapat semangat baru bila  berkongsi cerita dan pengalaman dgn kawan2 yg sama2 sedang berjuang utk dptkan PhD. 

Ada yg cukup bersemangat bercerita tentang penyelidikan mereka. Ada yg bercerita tentang masalah dgn penyelidikan mereka. Ada juga yang berdrama air mata. 

Betul kata orang, PhD is a journey, not a destination. Lain orang, lain jalannya. Jiwa kena kuat, hati kena semangat. Yang penting, kita kena minat dgn apa yg kita buat.

Petang nanti lepas bengkel terus ambil train balik Bradford. Tak sabarnya jumpa anak-anak bertiga tu....

15 comments:

  1. ohhh... pegi sorang2 ye NUr... biasalah dlm pengajian memang pelbagai ragam..cabaran.. Tapi InsyaAllah pengakhiran nya pasti manis..:)

    ReplyDelete
  2. Mencari kejayaan bukan senang kan Nur.. banyak pengorbanan yg perlu dibuat.. semoga Nur berjaya dalam pengajian ini...

    Jiwa ibu memang tak pernah lari dari kerinduaan bila berjauhan dengan anak-anak kan :)

    ReplyDelete
  3. SAya pernah cakap sebelum ni kan.... yang saya saaaaangat respek dengan orang yang buat PhD ni, yer la kami dulu masa buat upsr pun dah nangis2, hihihi. eh tapi i betul2 tabik u guys, moga everything goes well with ur journey :)

    ReplyDelete
  4. good luck kak..kagum tabik spring toing toing dgn org yang smbung smpai phd..imm ni, konon amek master, dah 2 sem tangguh..semangat x berapa waja..:(

    ReplyDelete
  5. sesekali berjauhan kak, baru lah rindu menggebu.... pasni dh dpt panggilan Dr msti hilang sume rasa susah pyh jerit perit tu kak

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan dari kuala lumpur..

    ReplyDelete
  7. Betul tu kak Nur..lain org lain cabaran PhD nya..biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian in shaa Allah. Take care Kak Nur, mst rindu kt kids kan..:)

    ReplyDelete
  8. belajar untuk spm pun tak mudah inikan pula phd..mesti banyak cerita dan kecekalannya..gud luck!

    ReplyDelete
  9. Salam jumaat yer ! cabaran yg mematangkan... hehehe maaf lama x singgah , KA terlajak busy skang ni

    ReplyDelete
  10. Bersusah-susah sekarang, bersenang-lenang kemudian, Dr. Nur... Oppss... belum boleh panggil lagi. Usaha kasi mantap nanti lepas setahun dah boleh bangga dengan title depan nama tu.

    Buat apa pun kena ada minat, kalau takda minat memang susah. Cam saya ni baru dengan soalan bocor dah hilang minat, terus decide tak mahu belajar tinggi-tinggi lagi ^__^

    ReplyDelete
  11. hahaha..abislah Sarah pasni kena bahan....:p
    tapi mmg semangat pun nak siapkan phd pas bengkel ni..
    tq VC dan ahli rombongan...kami makan sedap n jalan2 pun best! hihihi
    p.s I dah tau lama dah rahsia u...pasal blog ni..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarah tu saja jer berdrama... dengan ai sekali tiba2 rasa macam ada habuk dalam mata...
      Ai nak citer rahsia lain tau... sbb yg ni dah bukan rahsia.... hahaha, tapi nasib baik tak perlu cerita :p

      Delete
  12. Seronok tengok awak berjuang utk habiskan PHD Bijen....suka dengan semangat awak tu. Bukan mudah nak berjayakan Bijen....

    Betul ke ayat bawah tu ....tak sabar nak jumpa budak 3 orang. Habis tu yg sorang lagi berjunggut tu tak mau jumpa ke? Haha....

    ReplyDelete