Monday, November 17, 2014

Dah mula sejuk...

Bangun pagi selalu check weather dulu...
Pertama, boleh tgk matahari terbit pukul berapa. 
Kedua, tgk pula cuaca pg ni. Kalau hujan, kena kejut budak2 awal sikit utk bersiap ke sekolah.
Ketiga, kalau suhu sejuk sangat pun kena bersiap awal juga sebab kena pakai baju beberapa lapis untuk ke sekolah. 

Skrang sunset dah makin lewat dan sunrise dah makin awal. Pukul 4.05 dah sunrise. Pukul 6 dah masuk Isyak. Jadi pukul 7 tu mula mata lah tak dapat ditahan. Tapi kena cuba tahan juga, utk siapkan kerja.

Eh, ada tak yang perasan dengan ticker kat sidebar ni...
Hari ni ulangtahun perkahwinan kami yang kesepuluh. Tak sangka kami dah kahwin sepuluh tahun. Rasa masih baru lagi. Masih belajar banyak perkara. Masih belajar mengenali pasangan.

Kalau Dr Halina beri 4 advices on her 4th marriage anniversary, saya nak beri satu pun tak pandai. hahaha... Tapi saya suka keempat2 nasihat yang beliau senaraikan....
1- Learn and adapt
2- Trust
3- Communicate
4- Respect
Ya, empat perkara yang sangat perlu dititikberatkan dalam rumahtangga.

Alhamdulillah, saya dikurniakan pasangan yang sangat sabar, memahami, mengambil berat, ringan tulang (eh, nak kena senaraikan semua ke? nanti ada yang muntah hijau bak kata YY)... Just listing a few to show how proud and lucky am I being his wife. Semoga perhubungan ini diberkati dan bahagia sokmo :)

18 comments:

  1. Barakallahu lakuma fii khair Nur.. semoga kekal hingga ke jannah..

    ReplyDelete
  2. kul6 dh isyak huhuhui ptt lah kadnag tgk cite omputih kata dinner tp msh terang benderang lg... seronok lah kak, blh rasa cuaca yg berubah2... kt malaysia ujan terang ujan terang jelah hehehe

    eppy anniversary kak, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  3. Kan... sejuk berkabus jer seminggu dua ni, usahkan nak keluar dari umah, nak ke dapur pun saya malas hahahaa. tapi orang weather cakap so far ini adalah november terpanas dalam sejarah..haishhh.

    Selamat hari ulang tahun, wahh dah 10 tahun, wish u bahagia sokmo2 under His blessing.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..dan tahniah..semoga jodoh hingga ke jannah..

    ReplyDelete
  5. Eleh malulah tu nak buat tajuk Anniversary kekonon check weather Bradford lah bagai hihi.....padahal padahal nak buat entri Anniversary hihi.... Mak dah 19 tahun kawin hokay.... so mak dah dapat baca couple yg baru 10 tahun kawen ni hihi....

    Happy Anniversary Bijen....moga awak dan suami kekal bahagia selama lamanya disamping puteras dan puteri yang comel. Eloklah yek cuaca sejuk time anniversary ni haha.....

    ReplyDelete
  6. tetiba nama saya terselit dekat situ =)

    apapun tahniah ye kak
    dah sedekad dah usia perkahwinan rupanya
    moga terus berbahagia hingga ke jannah

    suka nasihat tu, tapi sama ada kita sedar atau tidak
    kita semua sebenarnya menggunakan pendekatan yang sama
    walau cara yang mungkin berbeza
    lagipun secara realiti memang kita berbeza dan itu yang menjadikan kita unik =)

    once again, tahniah ye kak =)

    ReplyDelete
  7. Happy 10th anniversary Nur! May you have so many more wonderful years together, insya-Allah! Dah mula sejuk ya, mengelatuklah masing2 ya! Musim sejuk ni org badan besar tak berapa suka, sebab kena pakai baju berlapis2, lagilah nampak ke'besar'annya, he he! (teringat diri sendiri yang seperti mengembang bila pakai pakaian musim sejuk!)

    ReplyDelete
  8. Semoga bahagia dan kekal hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  9. Happy 10th anniversary Nur...moga bahagia hingga ke syurga:)

    ReplyDelete
  10. Sama la..check weather forecast. Kalo panas baru cuci baju. Dryer baru kaput..kepam la baju kalo cuci time hujan/mendung.
    Btw happy anniversary!

    ReplyDelete
  11. Semoga bahagia dan ceria2 selalu...

    ReplyDelete
  12. hihi...sesuai sesangat ngan cuaca yg makin sejuk sambut anniversary lak tu!

    Hepi annivrsry nur..moga bahagio sokmo hingga ke ujung nyawa!

    ReplyDelete
  13. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kesepuluh...
    Semoga kekal bahgia hingga hujung nyawa...aamiin..

    ReplyDelete
  14. fuh 8 tu suhu...kat opis ni yg cecah 16 pun dah rase mcm daging korban dlm esbok nur haahahahaha..... tapi tu laa pengalaman kat negara tu mahal...untung nur dpt rasai pengalaman tuh.....

    hepi anivesari nur...moga bahagia till jannah dan gembira selalu....in sha Allah

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..dah 10thn dah tu,moga bertambah kasih sayang, berbahagia hingga ke syurga ye

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah kejap je dh 10 thn yerk... congrats ya

    ReplyDelete
  17. Tahniah, Nur. Dah sedekad. Bukan senang nak hidup bersama dengan insan yang berpewatakan berbeza dengan kita. At least, by this kita dah kenal hati budi pasangan kitakan...

    Moga berkekalan hingga ke jannah. Saya pun kalau disuruh kongsi rahsia rumahtangga, apa ye yang nak dikongsikan? Oh, ada-ada! Simpan untuk blog sayalah yek! Hahaha ....

    ReplyDelete