Dalam rasa sedih tgk nasib kawan2 yang jadi mangsa banjir, tak kurang juga ada yang post gambar2 yang mencuit hati macam ni...
Sakan mereka main air.
Mula lah teringat zaman kecil2 dulu.
Musim banjir lah boleh main air puas2.
Dapat lampu hijau main air hujan hingga menggigil satu badan kesejukan.
Nasib baik tak demam jer.
Bukan senang nak main air hujan dengan bebas sambil keliling satu kampung.
Penat lari-lari, buat sampan kertas pula.
Sampan karam, buat lagi yang lain tanpa jemu.
Lepas tu bertanding siapa dapat buat sampan paling tahan lama dan boleh hanyut paling jauh.
Beria perah otak nak lawan dengan abang2 yang jauh lebih besar.
Kecil2 pun tak nak kalah walau saya the only girl masa tu.
Punya laa tinggi semangat juang... hahaha
Lepas tu arwah ayah ada pinjam sampan dengan kawan dia.
Boleh lah ronda satu kampung yang dah macam tanah rata sebab rumah2 dah byk yg cuma nampak bumbung.
Itulah salah satu kenangan manis di musim banjir.
Mommies, share la juga pengalaman manis masa kecil2 bila pesta air ni :)
NuKilaN:
seronoknya tengok mereka nie..tp kalo tpt gini blh dimaafkan sbb nmpak tk kotor sgt kan..
ReplyDeleteingat pengalaman banjir ms tinggal umh bapak sedara kat kg cuti sekolah dolu2...dia ade belabykjgkkambing...bila musimbanjir kambing kena naik atas umah, dkt luar (balcony umah kg lh..kena kuar dlm ujan sejuk2 tlg carik dauntukbg makan kmbing..balik umah makan ubikayu rebus cicah nyior..nikmtnya ms tuh..:)
Kalau air sikit macam itu bolehlah Nur main air
ReplyDeleteKena macam anak dara sulung kakak sekarang ni di UNISZA T'ganu sampai cuti darurat. Kampus pun tutup. UMT jiran sebelah pun sama. Bandar Gong Badak tak boleh dilalui sekarang. Sedih semalam kakak call dia cuma makan roti nak turun bilik asrama dia aras satu dah tenggelam. Mujur dia duduk aras 2. Sedih.. risau. Doakan moga semua kembali pulih..
Kak zakie, gambar kedua tu adalah susur gajah kat dalam kampus UMT. Susur gajah tu dah kira sangat tinggi, tp tak sangka boleh tenggelam. Dari situ dah boleh agak betapa teruknya UMT tenggelam dek banjir.
DeleteYa Allah, kesiannya kat anak kakak. Pihak unisza tak hulurkan bantuan ke kak? Itulah, sy pun selalu doa biar hujan cepat2 redha... Pengalaman lepas2, bila hujan redha air akan terus surut... Tp tak tahu la skrang sbb dah byk sgt pembangunan sekitar tu tanpa buat saluran perparitan!
tak penah ada pengalaman musim banjir, tapi bila musim hujan suka sangat main / mandi air hujan, pastu main air kat longkang tepi jalan, dulu tak main hujan tak pernah demam pun, sekarang mmg tak boleh tahan.
ReplyDeleteterus terang me tak pernah rasa banjir teruk2...
ReplyDeletesetakat naik sampai buku lali tu ada ler hehehehe...
jakun kannnn....
Kakcik pernah merasai pengalaman kampung dilanda banjir waktu kecil dulu. Seronok pulak dapat naik sampan penyelamat dan dapat 'pek' bantuan banjir...:)
ReplyDeletekalau anak2 akak jumpa air mcm tu pun..mesti depa akan berenang jugak hehe..
ReplyDeleteSeronok... Time kecik dulu paling tggi air paras betis. Itu pon xpernah masuk dlm umah so mmg xdek pengalaman banjir mcm sekarang...
ReplyDeletehaha kelakar pulak tengok pic ni
ReplyDeletetapi kesian yang sampai mati lemas tu
salam takziah
moga famili mereka tabah
hahaha yer la nak mengeluh banjir pun tak guna kan, better enjoy the moment. kami dulu arwah bapak tak benarkan kami main banjir ni... sekali tu dia out station kami apa lagi.... sakan la main air, adik2 semua kecik2 sgt lg time tu (tak reti bercakap lagi). then bila bapak balik, depa bersungguh duk buat gaya berenang atas lantai umah...musykil la orang tua tu... terus kena soal selidik huhuhu.
ReplyDeletelast time banjir besar kat kg mase saya form3, tahun 1995..bestla berenang dlm rumah..lpas tu xde dah..kalau banjir pun, rumah kitorang x pnah tenggelam..paling tinggi pun ade air dkat buku lali kat laman rumah huhu..
ReplyDeleteSalam Nur,
ReplyDeleteYang paling Mak Aji ingat masa banjir dulu, arwah mak ada baby kecik, pakai lampin banyak. Satu ruang tamu jadi tempat sidai kain, keringkan dengan kipas yang on 24 jam! Kami kalau main air kat porch je. tu pun bila dah beberapa hari banjir, air dah bersih, sampah dah hanyut entah ke mana. Awal banjir air kotor. Sempatlah 'minum' air banjir seteguk dua bila jatuh dlm air, nasib tak lemas!
kalau saya pun, tak ada pengalaman main banjir sebab rumah kami tak pernah kena banjir.. yang pernah sekali masa kat u, nak balik kampung tak boleh sebab jalan kuala lipis banjir, kena balik KL semula, menetap kat rumah Kak Ja beberapa hari sampai jalan dibuka semula..
ReplyDeletemacam akak takde pengalaman main air banjir,kalau mandi hujan dan terjun sungai tu ada la..hahaha
ReplyDeleteSaya takda pengalaman menempuh banjir, Nur. Jadi takda cerita yang boleh dikongsi. Setakat air pasang paras buku lali tu adalah tapi kecil-kecil dulu princess ni penggeli. Dok percaya air pasang tu asalnya entah dari tempat kotor mana-mana. Siap takut nak cecah air. Mengada-ngada je bila teringat balik. Rasa macam nak lemps diri sendiri pulak. Hahaha...
ReplyDeleteNi kira Nur 'ex-victim' banjir berkali-kalilah ya. Surelah banyak pengalamannya. Kadang bila tengok berita saya pun pelik. Dah banjir awat dia orang ni happy dok main air? Lemas camna.... Huhuhu....kata-kata orang takda pengalamanlah tu ^_^
Betul Bijen....rumah kg dulu selalu banjir....Kalau banjir mmg suka buat kapal...Tp dulu okje tak de kawan main maklumlah.....abg kakak semua dah besar panjang, so main sesorang jerlah....
ReplyDeleteSeronoklah gak....
Dulu kalau banjir tak suka betul sebab byk cacing
gambar yang atas sekali comel
ReplyDeletegambar yang bawah rasa nak tergelak pun ada
macam-macam =)
apapun moga semuanya baik-baik belaka di sana