Monday, June 22, 2015

Ladies day out

Ni kisah 8 Jun lepas, seminggu sebelum puasa.
Ni kawan-kawan saya satu makmal..
Dari kiri: Zahra, Norsheen dan Rania.
Zahra dan Norsheen adalah local student manakala Rania pelajar dari Jordan.
Zahra dan Norsheen pelajar PhD di bawah penyelia yang sama dengan saya, iaitu Prof Hassan.

Dah lama kami setup tarikh utk keluar makan sama-sama.
Tiap kali set date, tiap kali tu tak menjadi.
Ada aje halangan.
Tapi tak sangka, akhirnya dapat juga kami berempat keluar lunch sama-sama.
Atas cadangan Rania, kami mencuba makanan di restoran Kurdish.
Ok lah masakan Kurdish sebab tak pedas berbanding dengan beriani Pakistan.
Tapi bila dah ralit sembang tu, tak terfikir pula nak ambil gambar makanan.
Malu pun ada nak keluarkan handset dan ambil gambar.
Takut mereka kata, jakunnya orang M'sia ni.
Hahhaa, kena lah jaga imej M'sia kan?

Gigih kami naik Free City Bus ke bandar.
Dari bus stop, boleh tahan juga nak menapak ke kedai.
Tapi sambil jalan, sambil sembang tiba2 jer dah sampai depan kedai.
Apa-apa pun, memang kenangan manis dapat mengenal mereka yang satu kepala.
Kami boleh kongsi banyak cerita.
Bila luangkan masa macam ni, baru rasa lebih rapat dan lebih mengenali antara satu sama lain.
Mereka antara kawan2 yang mewarnai dunia PhD saya sepanjang di Bradford.
Sama-sama kongsi idea dan rasa.
Sama-sama memberi semangat bila tiba2 terasa semangat makin menjunam.
Maklumah, graf semangat/motivasi tu asyik turun naik jer sepanjang buat PhD.
Dan tak sangka, akhirnya perjuangan ini bakal berakhir juga.
Semoga ia bakal berakhir dengan baik... Insya Allah!

9 comments:

  1. Good luck Nur..
    Seronok sesekali keluar dengan geng ladies ni..
    Nak lagi sekepala ,,, lagilah havoc kan..

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah..smg kak Nur bjaya mgenggam PhD ameen. Bestnya ladies day out..kt sini xsmpt wpon tak keje..masing2 makin bz .

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah..smg kak Nur bjaya mgenggam PhD ameen. Bestnya ladies day out..kt sini xsmpt wpon tak keje..masing2 makin bz .

    ReplyDelete
  4. In shaa Allah..smg kak Nur bjaya mgenggam PhD ameen. Bestnya ladies day out..kt sini xsmpt wpon tak keje..masing2 makin bz .

    ReplyDelete
  5. saat2 yg pasti akan dirindui ye kak....

    ReplyDelete
  6. wah baik punya bagi alasan nk jaga air muka org malaysia.hehe..seronok bila dpt hang out camni dengan geng sekepala..

    good luck..tak sabar dh kan nak balik malaysia..semoga result cemerlang nti..

    ReplyDelete
  7. Kalau bijak membawa diri dan tahu erti persahabatan walau berlainan negara tak jadi masalah Nur
    Persahabatan itu menjadi lebih indah - apa lagi macam ni sesekali outing bersama
    Jeles ni kalau anak-anak nampak hihi... nak juga dia makan di tempat itu :)

    ReplyDelete
  8. Kalau jumpa rakan sekepala memang senanglah kehidupan. Susah dan senang bersama. Kalau dah keluar dengan rakan-rakan berlainan bangsa dan negara, mestilah nak jaga imej wanita muslimah dari Malaysia, ya tak? Diam tak diam dah nak habis rupanya pengajian Nur di UK ya.

    ReplyDelete
  9. teringat zaman belajar pula baca post ni
    lepas ni dah tak dapat jumpa mereka lagilah ye?

    ReplyDelete