Tuesday, May 17, 2016

First day Aina balik rumah

**Baling ke belakang a.k.a throwback :)

Saya warded hari Khamis.
Petang tu sempat jumpa dengan anak2 sekejap lepas mereka balik sekolah.
Tiga-tiga memang eksaited nak jumpa adik dalam perut ummi.
Sempat la pesan dan peluk cium mereka sebelum masuk labor room.
Pesan kat mereka, "Esok baru ummi akan balik dengan baby baru. Baby dah nak keluar hari ni atau esok. Doakan ummi dan baby selamat."
Kata Aisyah, "I can't wait to see our new baby!"

Hari Jumaat tu, saya dibenarkan utk balik ke rumah.
Tapi proses nak tunggu dapat lampu hijau untuk balik tu, boleh tahan lama menunggu.
Dapat tahu pagi boleh balik, dalam pukul 5 baru dapat surat kebenaran untuk keluar wad.
Nak settlekan itu ini, lepas maghrib juga baru sampai kat rumah.

Sampai jer kat rumah, tiga2 terus buka pintu dan keluar dari rumah.
Masing2 menunggu dengan muka eksaited.
Rupanya, mereka dah buat giliran siapa yang boleh riba adik dahulu.

Giliran pertama dimulakan dengan si abang Danish...
 Kali pertama Danish riba baby...
 Kemudian giliran si kakak Aisyah pula..
 Danish pun nak inteprem masa Aisya riba baby Aina..
Masa giliran Irfan riba, tak sempat ambil gambar sebab bateri kamera habis.
Hahha, tapi dia bukan kisah pun tak dapat bergambar.
Janji dapat riba baby :)

Owh ya, saya bersalin kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Baru saya tahu rupanya kanak-kanak tidak dibenarkan melawat di dalam wad walaupun masa melawat.
Kesian pula kat anak-anak... Rindu ummi dan juga rindu nak tgk baby...
Tapi nasib baik satu malam jer bermalam kat wad.. 
Tu pun rasa rindu sgt2 nak jumpa anak2 bertiga ni :)

NuKilaN:
 

16 comments:

  1. Hospital kerajaan memang tak benakan akanak-kanak bawah 12 tahun masuk wad Nur
    Kat JB sini pun sama juga

    Masing-masing exited tunggu last tiba rumah juga
    Puas dapat meriba:)

    ReplyDelete
  2. Amboi nmpk muka excited abang n adik menanti kepulangan adik..aina ye nama babynya..comel seindah nama

    Hospital kerajaan sekarang memang tak benarkan budak masuk melawat..ada sebab la kan.byk sgt oenyakit berjangkit sekarang ni.baru lagi kuatkuasa dalam dua tahun ni kot.ntah kurang pasti.tp seingat sy masa bersalinkan Afia 3 tahun lepas budak boleh lg masuk.. melawat

    ReplyDelete
  3. Rasanya masa sy bersalin nazif 2012 kat area sini mmg budak tak leh masuk.. tunggula naim kat bawah dgn uncle bila papanya masuk tgk bayi.. bila bawa balik adik lepas 3 hari dia tercengang.. maklumla baru 2 thn stgh masa tu.. yg 3 beradik ni nampak ceria je, dh besar tahu nak dapat adik ye.. tu yg siap buat giliran..

    ReplyDelete
  4. bagosnye dah siap buat giliran ye...kikiki...tak payah rebut2 camtu...yg baby homey2 tu pon diam je kene tukar2 pangku...kikiki...seronok kan dapat adik baru...rindu dgn bau baby...bau syurga

    ReplyDelete
  5. rasanya dekat hospital, kanak2 memang tak boleh masuk ke wad walaupun waktu melawat.

    bestlah kakak dan abng2 dapat jumpa baby aina, semua excited tu, mesti sayang sgt dekat baby tu kan

    ReplyDelete
  6. cpt betul ye kak blh kuar... bersalin khamis jumaat dh blh balik umah...
    yelah bersalin normal mmg cpt kuar kot, dana dulu 3 hari baru blh kuar ward

    seronok lah 3 beradik tuh kan... danish mana pnh riba adik itu psl kot bg giliran kt dia dulu meriba tuh

    ReplyDelete
  7. Tahniah nur,ada geng si aishah....

    ReplyDelete
  8. Dapat bayangkan perasaan dok hospital sorang2 rindukan anak2 yg dirumah tuh...sib baik ade baby chomel peneman kan..
    excited abg2 ngan kakak tunggu adik yer..cam kita zaman kecik2 dlu jgk kan...

    ReplyDelete
  9. Samalah nagn anak2 saya. Excited memasing nak pegang adik. Bestnya dapat 2 pasang lelaki dan perempuan.

    ReplyDelete
  10. Mcm senang jer bersalinnya tu Bijen, hari ni masuk esok dah keluar, best betul tau!

    Nasiblah satu hari je kan tinggalkan budak budak tu kalau tak mau umi meraung hihi.... Sekarang ni Aisyah dah ada kawanlah yer

    ReplyDelete
  11. tahniah dan alhamdulillah..selamat berpantang ya..seronoknya budak2 tu ada adik baru..

    ReplyDelete
  12. aduhh moment terindah ni nur...

    tu la nur, kalo kakak2 dan abang2 dah besar mcm ni, dieorg paham nak jumpe baby baru kan...dieorg pun same excited dan tak sabar...suke lieya tgk pic masing2 pangku adik tu....baby aina pun comel sgt2..... ni rase tak sabar nak peknen gak nie...dah sampai dah kirenye seru daku nak memboyot ni hahahaahahah

    spital kerajaan mgm mcm tu nur...tu prosedur sekarang....

    ReplyDelete
  13. bestnya anak2 sambut adik baru mereka, memasing tak sabar nak riba adik...emmm bestnya dpt cium baby baru lahir, bau syurga..

    ReplyDelete
  14. Seronok anak-anak akak dapat adik baru. Tahniah buat akak dan keluarga. Semoga bertambah seri.

    ReplyDelete
  15. salam Nur..
    tak sabar anak2 nak riba adik baby ye..hehe..eksited semua.. mesti suka gila dpt adik..
    klu kt sini Nur, memang depa tak bagi anak-anak bawah umur masuk ward.. takut jangkitan..

    ReplyDelete
  16. Itu yang susahnya bila pergi melawat kat hospital. Kena tinggalkan anak-anak!

    Wah, comelnya baby Aina! Lepas ni tempek gambar baby banyak-banyak ya! Abang, abang dan kakak pun dah makin besar. Pandai mereka buat rutin siapa boleh riba baby dulu ^_^

    ReplyDelete