Thursday, October 27, 2016

Say - It - Right Competition

Saya dah buat entry Danish join pertandingan Lego-A-Like.
Hari ni nak tempek entry Aisyah join Say-It-Right (SIR) competition pula.

Sebenarnya saya saja tanya Aisyah dia nak join tak SIR competition tu.
Tak sangka dia kata. "Nak!"
Dalam hati saya tertanya tanya juga.. mampu ke Aisyah bercakap bila berada di atas stage.
Maklum aje la, dia ni jenis pemalu and agak susah nak cakap bila depan strangers.
Walau hakikatnya, kat rumah dia sangat suka bercakap.
Jadi daftarkan juga Aisyah.
Tapi dia berpasangan dengan kawannya, Balqis.

Balqis dan Aisyah ni satu sekolah, tapi Balqis dah darjah 4.
Jadi mereka join kategori umur 9 dan 10 tahun.
Masa ni duk tunggu giliran.
Pertandingan dimulakan dengan kategori 5 dan 6 tahun dahulu.
Macam2 karenah comel boleh tengok tu.
Comel jer budak2 kecil beraksi atas pentas dengan pelbagai telatah.
Yang kelakar, ada satu pasangan budak lelaki yang tarik telinga pasangannya bila kawannya tak nak jawab bila tiba gilirannya.
Satu dewan gelak tengok telatah mereka.

Giliran Aisyah dan Balqis pula kena yang akhir sekali.
Jadi Danish pun sempat melihat kakak beraksi atas pentas.
Ni pasangan dari kategori 9 dan 10 tahun jugak...
The judges...
Bila dah sampai giliran, saya yang makin nerbes bila tengok Aisyah dah mula melangkah ke atas pentas...
Urusetia membetulkan microfon...
Lepas semua microfon berfungsi dengan baik, pertandingan dimulakan.
Mula-mula speaker berkenalan dulu dengan peserta.
Kemudian satu perkataan diberikan kepada setiap peserta untuk disebut dengan jelas.
Bila semua dah ok, pertandingan dimulakan dengan menyebut perkataan yang dipaparkan pada skrin,
Mereka kena sebut 10 perkataan yang berlainan.
Tak sampai seminit, dah selesai mereka sebut 10 perkataan tersebut.

Overall, they did it very well.
Dengan penuh confident dan sebutan yang jelas.
Tapi mungkin rezeki belum menyebelahi mereka.
Tak pe Aisyah, kita cuba lagi tahun depan :)

Lumayan tau hadiah utk tempat pertama SIR ni.
Dapat wang tunai RM600.
Bergambar dulu dgn sijil masing2...
Walau tak dapat menang sebarang hadiah, dapat juga sijil penyertaan dan yang paling berharga adalah PENGALAMAN.


NuKilaN:
 

Wednesday, October 26, 2016

Aina @AirAsia

Aina lagi untung dari abang2 dan kakak...
Umur 6 bulan dah naik flight...

Seronok tgk telatah dia dalam flight..
Semua dia nak explore...

Tengok la gaya dia tu... macam dah pandai membaca jer...
Cubaan nak buka food tray...
Si abang pula siap ber"tie" sebab nak hadiri majlis konvo aunty dia a.k.a Cik Nie..
Juga order kids food utk Danish takut dia lapar...
Tapi. end up saya yang kena habiskan... huhuhu

Ni flight nak balik ke KT sebelah malam...
Aina dah ber"pyjama", tapi Danish menten dengan kemeja dan tie...
Seronok agaknya bila ramai orang duk tegur dia hensem... huhuhu

Terpaksa pergi balik hari jer KT-KL untuk attend majlis konvo adik ke-7 saya sebab Irfan dan Aisyah sedang exam akhir tahun.

Tapi kan, memang betul lah orang kata.
Jauhnya nak berjalan dari terminal ke balai ketibaan di KLIA2.

Wednesday, October 19, 2016

SUKIM 2016

SUKIM: Sukan Informatik dan Matematik...
Kejohanan sukan tahunan yang melibatkan pelajar dan staf peringkat pusat pengajian.
Tahun ni kejohanan SUKIM ketiga yang dianjurkan...
Kira, ni baru first time saya join SUKIM...

So sepanjang minggu lepas, tiap kali lepas balik kerja terus angkut anak2 ke gelanggang untuk beri sokongan kepada player SUKIM.
Tak dapat main pun tak apa, janji dapat meriahkan suasana dengan beri sokongan :)

Saja nak tempek gambar2 yang dapat dari group wasap...

Player bola jaring...
Player bola tampar...
Player bola tampar jugak...
Sengit sungguh perlawanan antara team staf  dan team pelajar...
Tapi tewas juga dengan mata 19-21...

Team futsal..
Team pingpong...


Team badminton...

Aina belum kenal orang lagi... 
Sapa2 jer boleh dukung dia..
Senang keje ummi, boleh fokus pada game :)

Tengok ha, siap bawa meja piknik lg...
Kaum ibu pun angkut juga baby2 ke gelanggang...
Masa main, take turn la utk jaga baby...
Baby pun faham dan well behave bila mummy kena main :)

Tgk mak ayah main, anak2 pun asah bakat juga belakang court...
Aisyah ralit betul tgk game badminton...
Aisyah juga macam ada bakat nak jadi gol shooter, GS...
Sementara game rehat, Irfan dan danish ambil peluang utk main ping pong..
Aina juga tak lepas peluang utk beriadah...
Hujung minggu ni ada majlis penutup utk SUKIM...
Tiap2 hari minggu ni anak2 tanya, "Ummi, bila lagi nak pergi bersukan kat uni?"
Ha, seronok sangat la tu dapat main...
Padahal minggu ni dah mula exam akhir tahun...

Tuesday, October 18, 2016

Camera roll

Dalam camera roll saya, penuh dgn gambar Aina...
Kena rajin transfer gambar dlm komputer. 
Kalau tak, sekejap jer memori penuh.
Tak termasuk lg gambar2 dari wasap.

Entah bila boleh buat photobook.
Kupon dah banyak beli, masa nak godek photobook tu belum ada... Huhuhu

Sunday, October 16, 2016

Lego - A - Like Competition

Danish join competition ni 24 Sept yg lepas betempat di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu.
Tak sempat buat entry pun bulan lepas.
Maklumlah, masa tu bz dengan SKSM.

Masa ni Danish sedang tunggu turn dia...
 Penyokong setia si abang...
 Siap sedia.. beratur bila dipanggil nama untuk mulakan pertandingan...
 Sabar menunggu giliran dipanggil masuk...
Masa cikgu panggil nama Danish, boleh pula Danish tak dengar...
Maka berlari anak lah si ummi untuk beritahu cikgu yang nama Danish dah dipanggil.

Masa ni dah ready nak mulakan pertandingan.
Danish sedang khusyuk dengan lego rekaannya..

Taraa... tak sampai lima minit.. dah siap pun objek lego rekaan Danish...
 Jadi lama juga menunggu nak habis masa 30 minit tu...
Tengok la muka Aina...
Nampak sangat bosan muka dia nak tunggu Danish habis pertandingan :)
Walau tak dapat menang sebarang hadiah, but it is good for Danish experience.


Kalau tengok dalam gambar kat atas, Aisyah pula berbaju sekolah sebab dia join pertandingan Say-It-Right.
Yang tu, cerita dalam entry lain pula laaa yer :)

NuKilaN:
 

Wednesday, October 12, 2016

Tuesday, October 11, 2016

Fruit picking versi M'sia

Dah balik M'sia, lupakan aje niat nak picking blackcurrant atau blackberries!
Moh la skrang kita picking buah-buahan M'sia pulak...

Kebetulan ada kawan ajak pergi rumah dia utk petik rambutan.
Bila dah ada orang offer. rugi pula kalau tolak.
Dah la anak2 ni suka sangat rambutan.
Tak pernah lagi bawa mereka pergi kebun rambutan.

Jadi Sabtu lepas, bawa la anak2 untuk picking rambutan.
Snap juga beberapa gambar sebagai kenangan.
Moh la kita layan gambar pulak sambil bercerita...

Entah apa la tiga beradik ni duk bincang...
Mereka duk fikir mcm mana nak panjat pokok agaknya...

Misi memanjat dimulakan dengan si kakak, Aisyah...

Kemudian diikuti oleh Irfan...
Tapi tak boleh panjat tinggi pun sebab batang pokok yang agak licin..

Dah tak dapat panjat, mereka guna tangga pula...
Juga Aisyah yang mula2 panjat tangga...
Adventerous sungguh si anak dara ni...

Kemudian baru diikuti oleh Irfan..

Danish juga cuba panjat guna tangga...

Muka happy dapat petik rambutan..

Lepas petik rambutan, bagi makan kat lembu pula...

Sekali sekala seronok juga tgk mereka explore dengan alam sekitar...
Explorasi tentang flora dan fauna :)

Monday, October 10, 2016

SKSM24

Alhamdulillah, akhir Ogos lepas berakhir sudah event yang dirancang sejak dari bulan Mac yang lalu.
Banyak saya belajar dari penganjuran SKSM kali ni.
Pengalaman yang sangat bermakna dalam tahun 2016 - belajar 1001 gelagat dan karenah manusia.
Ia minggu yang sangat penat.
Penat fizikal dan mental.
Tapi dengan sokongan dari kawan-kawan dan ahli keluarga, semuanya dapat diatasi dengan baik.
Yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik dijadikan sempadan :)

Walau seminar cuma diadakan di Kuala Terengganu, ambil juga bilik hotel untuk memudahkan urusan.
Malas nak bersesak dengan jammed di waktu pagi dan waktu petang.
Jarak rumah kami ke KT boleh tahan juga jauhnya.
Sebab tu, kami jarang sangat nak jalan2 ke bandar KT.
Pasar Payang pun tak pernah jejak kaki lagi sejak balik ke M'sia ni... huhuhu

Tapi sebab lain yang buatkan saya pilih juga untuk bermalam di hotel adalah kerana si kecil Aina ni...
Dalam sibuk uruskan seminar, jadual mengepam pun dah lari.
Bila jadual mengepam ke laut, kuantiti stok yang ada semakin defisit dari hari ke hari.
Jadi sepanjang seminar tu, angkut juga la si kecil Aina join seminar sekali...

Ni masa hari ketiga, Danish mengasuh Aina sepanjang seminar tu...
Sporting jer Danish mengasuh Aina dalam stroller tu...
Keliling lobby tu dia cuba tidurkan Aina dalam stroller...
Kalau Aina nangis, kadang2 Danish berzikir... kadang2 Danish baca surah2 yg dia dah hafal... 
Tak diam juga, ada ke patut Danish azankan adik dia... hihihi

Saya pun kena juga present paper, jadi agak kalut siapkan slide utk presentation. Ada pula yang gi snap gambar ni... 
Aina pun ralit jer tgk saya sedang buat slide...
Tapi ramai jer yang membantu mengasuh Aina masa hari kejadian...
Ni pun antara gambar yang nak buat kenangan jugak...

Hahaha, sebelah tangan mengasuh Aina.. sebalah tangan lagi main tepon..
Aina pun bukannya kisah sgt orang tak layan dia...
Janji ummi dia ada depan mata :)

Hari last seminar baru sempat ambil gambar anak2 sebelum mereka ke sekolah...


Masa ni jam 6.45 pagi... Semua dah ready nak ke sekolah..

Akhir sekali...
Nak letak juga gambar kenangan bersama kawan2 yang bersama-sama menjayakan majlis ini, pegawai2 UMT dan orang2 kuat PERSAMA...
Gambar Ihsan: MediaKreatif UMT

Sekian.

**SKSM24: Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-24