Tuesday, October 11, 2016

Fruit picking versi M'sia

Dah balik M'sia, lupakan aje niat nak picking blackcurrant atau blackberries!
Moh la skrang kita picking buah-buahan M'sia pulak...

Kebetulan ada kawan ajak pergi rumah dia utk petik rambutan.
Bila dah ada orang offer. rugi pula kalau tolak.
Dah la anak2 ni suka sangat rambutan.
Tak pernah lagi bawa mereka pergi kebun rambutan.

Jadi Sabtu lepas, bawa la anak2 untuk picking rambutan.
Snap juga beberapa gambar sebagai kenangan.
Moh la kita layan gambar pulak sambil bercerita...

Entah apa la tiga beradik ni duk bincang...
Mereka duk fikir mcm mana nak panjat pokok agaknya...

Misi memanjat dimulakan dengan si kakak, Aisyah...

Kemudian diikuti oleh Irfan...
Tapi tak boleh panjat tinggi pun sebab batang pokok yang agak licin..

Dah tak dapat panjat, mereka guna tangga pula...
Juga Aisyah yang mula2 panjat tangga...
Adventerous sungguh si anak dara ni...

Kemudian baru diikuti oleh Irfan..

Danish juga cuba panjat guna tangga...

Muka happy dapat petik rambutan..

Lepas petik rambutan, bagi makan kat lembu pula...

Sekali sekala seronok juga tgk mereka explore dengan alam sekitar...
Explorasi tentang flora dan fauna :)

10 comments:

  1. Takdok dah nak petik buah blackcurrant atau blackberries ye Nur.. hihi... seronok tgk gelagat anak2 tu... semangat nak petik rambutan.. Pae pun samalah, suka sgt rambutan :)

    ReplyDelete
  2. Apa lagi mereka belum lama balik ke M'sia Nur..
    Bagi pendedahan inilah environment di Malaysia yg tak ada di Bradford.
    Rambutan lagi besar kan dari blackcurrant:)

    ReplyDelete
  3. untung la dapat juga pengalaman petik buah tempatan .. kami tak merasa ... beli kat pasar je la

    ReplyDelete
  4. Wah...lembu pun makan rambutan.

    Masa kakcik duduk kampung dulu, di belakang rumah ada macama-macam jenis pokok buah-buahan - rambutan, maggis, durian, langsat, rambai, kundang dan ada pokok pisang serta sayur jenis keladi juga paku pakis. Seronoknya bila dikenang-kenang. Tapi itulah, masa itu belum pandai menghargai...

    ReplyDelete
  5. rambutan picking pun boleh la juga kan? Boleh la untuk melepaskan rindu fruit picking di UK.

    ReplyDelete
  6. boleh tahan si kakak ye kak...
    dia lg teror memanjat tuh, mcm tak gayat langsung

    ReplyDelete
  7. Fruit picking versi Malaysia yang paling best adalah kutip durian gugur ^_^

    Teruja juga mereka bertiga ni ya setakat nak petik rambutan atas pokok aje. Kenapa mereka tak bawa bakul macam petik strawberry dan segala berries? Hehehe...

    Ish, Aisyah! Adventurous sungguh awak nilah!

    ReplyDelete
  8. Untung ada dusun buah2 ye.. musim buah boleh panjat pokok..mujur budak bertiga tu tak jenis gayat ye..
    mak saya pernah kata, budak sekarang xtahu panjat pokok, xmacam org dulu, musim buah je ada kata tas pokok makan fresh gtu. Lg yg saya kagum, mak saya pernah panjat pokok masa mengandung, xtakut pun katanya.. masa anak pertama dan kedua tu muda sangat lagi usia masa tu. Katanya org skrg manja sgt, itu tak boleh, ini xboleh..

    ReplyDelete
  9. Pengalaman baru tu, mesti seronok mereka kan, pasti ini bukan kali terakhir...nanti boleh enjoy lagi lain kali..

    ReplyDelete
  10. Tak de kerengge ke? Pokok rambutan biasanya banyak kerengge. Macam tak dapat petik rambutan je. Sampai sudah tak nampak rambutan pun haha....

    ReplyDelete