Wednesday, November 9, 2016

Aina 7 bulan

Update Aina 7 bulan..

Berat dah 7 kg... boleh tahan juga rasa bila dukung Aina lama2. Nasib baik ada abang kakak yang boleh gilir2 dukung Aina.

Dah mula makan solid food. Sekarang ni dah tak suka sgt kalau blend halus sgt. Dia lagi suka yg ada tekstur halus2 sikit.

Susu kat taska minum banyak lagi. Masih kena bekalkan 4 oz EBM sebanyak 6 botol. Kadang2 cikgu kata pukul 3 pun susu dah habis. Ingatkan cukup la susu bila top up dengan solid food, tapi menten jugak minum susu dengan banyak... huhuhu

Dah boleh duduk dengan sendiri. Tapi masih kena buat pengawasan. Bila2 masa jer boleh tumbang. Tapi dalam duduk pun masih nak tumbang, dah ada hati nak bergantung pada kerusi untuk berdiri. Kuat semangat sungguh!

Merangkak dah makin laju. Apa dia nampak dan berkenan, cepat2 merangkak ke tempat yg nak dituju.

Suka sangat mengutip apa2 jer yang ada atas lantai. Dapat kertas, terus masuk dalam mulut. Dapat buku pun, dia boleh masukkan dalam mulut. Nak cepat pandai yer Aina, asyik makan buku ni?

Dah, jom tgk telatah Aina pula..

Keluar makan senang sebab Aina dah boleh duduk dalam baby chair...
Suka sgt dpt selfie... Mungkin sereonok tgk muka dia ada dlm kamera...
Boleh pula Aina buat aksi gimnas letak kaki mcm tu...
Muka ketat baru balik dari nursery..
Skrang kena beringat bila letak atas katil... Suka hati jer dia nak terjun ke bawah...

7 comments:

  1. geram tgk bulu mata lentik aina...

    aina nk jd gimnas ke bt kaki gitu, kalau acik la dh krem dh hahahha

    ReplyDelete
  2. apa khabar kak nur...

    hi si cantik baby aina, muahh dr aunty haza..

    ReplyDelete
  3. Kena rakam moment-moment indah ini Nur
    Tengok perkembangan Aina. Kakak tengok size kalau dukung memang puas ni
    Boleh tahan gebunya:)

    Untung Aina ni ada kakak dan abang yg boleh mengusung ke sana-sini:)

    ReplyDelete
  4. Alahai comel la aina ni.. makin banyak kemahiran dia ye.. sukala kakak dan abang2 dia main dgn aina ye

    ReplyDelete
  5. Dah besar ya..lama betul akak tak singgah sini.. semoga membesar dengan sihat..

    ReplyDelete
  6. alo..lo..lo..cepat sangat membesar Aina.. comel bam-bam.. dah banyak perkembangan ye Nur... :)

    ReplyDelete
  7. Dah pandai merangkak tu, apa lagi! Beranaklah lagi hihi....
    Oklah tu selera makan Bijen, daripada tak de selera, risau jugak kita jadinya...

    ReplyDelete