Monday, November 28, 2016

Kem Bijak Aulad 2016

Kem Bijak Aulad ni dianjurkan oleh Pusat Islam UMT untuk anak2 staf mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti2 yang berfaedah.
Terbuka kepada anak2 staf yang berumur 6 - 12 tahun.

Hari ni hari kedua anak-anak sertai kem Bijak Aulad ni.
Hantar pagi tadi, sempat dulu bergambar dengan banner program...

Entah kenapa, aisyah malu pula nak posing dengan abang dan adik...
Lapor diri di kaunter pendaftaran...

Muka ceria jer nak sertai kem :)

Harapnya, ok la sepanjang 10 hari mereka sertai kem ni.
Kalau tengok pada tentatif, menarik juga aktiviti yang disediakan.
Ada lawatan sekitar UMT, Explorace, lawatan ke Pusat Sains Terengganu, horse riding dan macam2 lagi.
Ada juga pengisian bila ikuti program macam ni daripada duduk kat rumah layan video dan internet :)
Nak cuti dan bawa mereka jalan2 pun tak boleh lagi masa ni.
Ummi sibuk lagi dengan kuliah... tunggu kuliah habis lagi 3 minggu, boleh la nak jalan2 :)

6 comments:

  1. X slp ank kwn akk pun ada join...ank Dr Zamzahaila ..

    ReplyDelete
  2. assalamulaikum!
    lamanya tak singgah sini
    hopefully semua sihatlah ye

    wah...seronoknya budak bertiga tu nak join kem
    diorang tidur sana ke?
    aisyah dah anak dara, tu pasal malu dia berlebih sikit ;)

    ReplyDelete
  3. Bila cuti sekolah ni bermula..
    Banyak lah kem cuti sekolah diadakan..
    Anak2 akak dah tak nak pula masuk sekarang di masjid negeri tu sebab katanya sama saja..
    Jadi kena cari kem yang ada kelainan sikit Nur..
    Skrg ni dah ikut mak longnya balik kampung..

    ReplyDelete
  4. Abg Irfan ada sama, Danish senanglah menempek
    Aisyah dah besar sikit dah pandai bawa diri
    Bagus pengisian begini Nur..
    Dari kecik inilah nak kena siram rohani anak-anak.

    ReplyDelete
  5. kalau ber3 sama2 join kem tu msti seronok tuh kak... klu sorang2 mungkin awal2 bosan

    ReplyDelete
  6. Wah seronoknya... jika kakak lagi 3 minggu nak habis kuliah, saya di sini minggu depan kuliah baru nak bermula. Memang tak dapat bercuti. Tak mengapa, ada masanya nanti kan?

    ReplyDelete