Monday, January 2, 2017

Kembali ke sekolah

Salam tahun 2017...
Semoga tahun ni lebih baik dari tahun2 yg dah ditinggalkan..

Hari ni hari kedua anak2 bersekolah.
Tahun ni, irfan dah darjah 6.
Aisyah naik darjah 4.
Danish dah mula darjah 1.

Rileks la sikit sebelah pagi bila tiga2 dah satu sekolah.
Lepas ke sekolah, baru hantar Aina ke taska.

Tapi hari ni masih lagi kelam kabut uruskan mereka.
Ambil masa utk biasakan diri.

Nak letak juga gambar hari pertama anak2 bersekolah bagi tahun 2017.

Danish ditempatkan dalam kelas 1 Al-Ghazali.
Baju uniform saiz Danish dah habis.
Kena order dulu dgn sekolah.
Tu yg dia belum pakai uniform.

Satu kelas, ada 30 org pelajar...
Ada juga drama air mata di hari pertama.
Nasib baik la dia ok.

Sebenarnya Danish tak berapa sihat- demam.
Tapi eksaited juga nak pergi sekolah.
Beritahu juga kat cikgu kelas pasal kesihatan Danish.
Jadi cikgu update jer mengenai Danish melalui wasap.

Masa hantar Danish ke kelas, ingatkan Aisyah terus naik ke kelasnya.
Rupanya dia tunggu saya di luar kelas Danish.
Jadi sempat snap gambar Aisyah di kelasnya..

Gambar irfan pula tak ada.
Tak jumpa kelas dia kat mana... Huhuhu

Semoga mereka dapat ilmu yang bermanfaat sepanjang tahun ni.
Diterangkan hati utk menerima ilmu dengan baik :)

7 comments:

  1. Irfan dah pandai bawa diri Nur
    Dah makin besar making matang
    Danish tu masih kena bantu membeli dan makan di kantin

    Moga semuanya baik-baik..

    ReplyDelete
  2. akak pulak alhamdulillah..yg bongsu dah darjah 5..pergi sendiri jalan kaki kesekolah..tinggal sorg ja lagi yg bersekolah..

    ReplyDelete
  3. Wah.. tiga anak dh sekolah ye tahun ni.. kalut x? Sy yang baru sorang ni rasa kalut.. xtau la nati mcm mana nk aesuaikan diri.. tiga hari ni buat persiapan pun dh semput dgn kerja sdiri pun mcm2.. mak sekali nk masuk sekolah pelbagai persiapan kena buat ni.. moga dimudahkan urusan anak2 Dan urusan kita sekali sepanjang tahun ni..

    ReplyDelete
  4. Amin... ala bestnya ada gambar first day anak sekolah... saya tak hantar anak ke sekolah, husband yang hantar. Kalau dah nama husband yang hantar memang tak de lah gambar2nya...

    ReplyDelete
  5. Mama pun eksaited tengok anak anak sekolah ye...Lama dah meninggalkan zaman ni Bijen. Sekarang ni first day pun hantar dalam kereta je. Tak de dah bayar yuran bagai. Nampaklah sangat mak dah tua ye hihi..

    ReplyDelete