Monday, January 9, 2017

Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil

Pagi Rabu lepas ni tengok kak Kamsiah buat entry pasal ni.
Jangan marah kak, nak buat entry yg sama jugak hari ni :)

Alang2 pergi Melaka, dah set dlm itinerary nak cuba rasa kuih keria ni.
Apa yg best sgt hingga orang viral.
Bila Lieya Latif buat entry pasal ni, lagi la membuak buak semngat nak rasa.

Masa sampai, tengok orang dah beratur panjang.
Ingatkan beratur ni dekat jer, rupanya kat dalam tu kena buat U-turn.
Nasib baik Irfan sudi beratur panjang2.

Mula2 Irfan beratur dengan Danish.
Tapi tak tahan lama pun Danish beratur.
Lepas tu dia mengelat masuk dalam kereta.

Telan air liur jer tgk kakak ni duk packing kuih keria yg gebu2 cenggitu.

Masa ni dah lebih 20 minit beratur kot.
Dah nak sampai giliran pun.

Masa menunggu tu, ada nampak orang mcm tiba2 kecoh.
Saya pun buat2 bz body bertanya apa yg dikecohkan.
Rupanya had pembelian dah dihadkan kepada RM12 ringgit sahaja.
Sebiji 60 sen, dari maksimum boleh beli 20 biji.
Kalau nak beli lebih 20 biji, kena beratur ramai2 laa....

Kebetulan masa tu giliran Irfan nak dapat pun dah dekat.
Jadi saya pergi juga temankan Irfan nak tengok cara dia beli.
Sementara menunggu, sembang juga dengan customer yg beratur depan Irfan.

Sepatutnya depan Irfan ada kakak lain, jadi saya mula perbualan dengan bertanya mana kakak yang depan Irfan tadi pergi.
Akak yg beratur tu jawab yg kakak tu dah tak larat beratur.
Lepas tu banyak juga perkara yg kami sembangkan.
Kebetulan kakak depan Irfan tu orang Melaka.
Gigih juga dia beratur nak makan kuih keria.
Dan katanya, mmg sedap kuih keria tu.
Tak menyesal beratur panjang2 :)

Akak tu tanya, banyak ke saya nak beli?
Saya cakap cukup la dengan 20 biji tu.
Rupanya kakak tu nak borong banyak juga.
Anak dia ada dalam kereta (kalau nak beli extra), tapi sedang tidur,
Jadi saya tawarkan diri untuk tolong belikan bagi pihak akak tu.

Malangnya, bila hampir tiba giliran kami, tiba2 had pembelian dihadkan kepada 10 biji sahaja (RM6).
Alamak, saya dah serba salah.
Cukup ke 10 biji keria utk kami lima beranak?
Dah la benda "rare" nak jumpa.
Mula la perasaan tamak haloba menguasai diri... hihihi

Tapi saya belikan juga untuk kakak tu RM6.
Irfan pun beli RM6.
Tapi bila saya nak berikan keria RM6 tu kat akak tadi berserta dgn baki, akak tu tolak dengan baik.
Dia kata, "Adik ambil la keria tu. Adik datang dari jauh. Akak tak apa, lain kali boleh beli lagi."

Speechless saya dibuatnya.
Beria kakak tu menolak bila saya hulurkan keria berserta duit.
Apa2 pun, saya anggap saja itu sebagai rezeki.
Semoga kakak yang baik hati tu dimurahkan lagi rezeki.
Tak sempat pula taaruf bertanyakan nama... huhuhu.

Masuk jer dalam kereta, Irfan cakap, "Ummi, make sure ummi habiskan semua kuih ni. Penat tau abang beratur."
Nasib baik habis juga kami anak beranak makan 20 biji keria tu :)

12 comments:

  1. As salam nur,kita org melaka pun x merasa lg kuih keria yg viral tu,huhuhu..........

    ReplyDelete
  2. tak sempat lagi nak merasa kuih keria ni .....
    nanti klu ke malaka nak juga la try nye

    ReplyDelete
  3. Niat baik Nur itulah membuatkan Allah buat hati kakak itu pun bertukar fikiran. Nampak kan Nur balasan Allah bukan di akhirat aje, tapi di dunia dan sekelip mata aje diberikan. Alhamdulillah... rezeki Irfan, Dansih dan Aishah jugalah tu.

    Eh... adik pun mesti makan juga keria gebu itu kan:)

    ReplyDelete
  4. kalau dana lah kak, dana tak sanggup nk beratur panjang2 lama2... takpe lah tak merasa hehehe...

    mmg kalau kebaikan tu Allah bls cepat ye kak, sbb akak nk tolong akak dpn tuh, niat tu yg baik last2 jd rezeki akak...
    tp kan tak baik betul, dr had 20biji tup2 jd 10biji...sian la yg dtg jauh2 tu

    ReplyDelete
  5. Salam Kak nur..

    Izu pon tak pernah beli lagi kuih keria femes ni tau..hihi. Apapun happy for u Kak nur, rajin irfan tlg beratur pjg2 tu ye. Good boy indeed :)

    ReplyDelete
  6. Viral sungguh kuih ni ye..
    Ada kata sedap..
    Ada yg kata cukup la sekali jer..
    Akak tak pernah rasa pun..

    ReplyDelete
  7. Gayanya kuih ni salah satu dari list saya jika ke sana.

    ReplyDelete
  8. Sedap ke? Saya dulu lalu je. Masa tu kami tak tau pon kuih keria kat situ viral. Memang perasan orang beratur panjang yang amat......Sbb hujung minggu sama kot.

    ReplyDelete
  9. Bila ke Melakanya Bijen....
    Tak boleh jadik ni, org jauh dah sampai ke gerai Kuih Keria Antarabangsa, mak yg dekat pun tak sampai lagi. Dapat Kuih Keria Semabok je hari tu
    Sedap ke tak? Komen...
    Hihi...biasalah dalam keadaan terdesak mcm tu mmg Syaitan suka hasut ek

    ReplyDelete
  10. Saya tengok dari dalam kereta aje, Nur. Tak sanggup saya nak beratur panjang. Dua-dua kedai pulak tu panjang barisan bengkang-bengkoknya. Uish, tak sanggup walaupun teringin sangat nak cuba.

    Lain kalilah kita beratur kalau ke Melaka!

    ReplyDelete
  11. Haha viral betul keria gebu ni sekarang... Nak buat sendiri tak buat2 pon...

    ReplyDelete
  12. Makin Lama makin kecil kuih ni..

    ReplyDelete