Sunday, August 20, 2017

Mesej berantai

MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM

Mesej berantai dijatuhkan hukumnya *SYIRIK* kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan *qada* dan *qadar* yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Contoh mesej mesej berantai :-

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh.......

2. "Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

3. "Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda". 

4. "Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang". 

5. "Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah". 

6. "Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam",

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bantuk seperti yang di atas yang perlu diabai dan dihentikan segera.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri.

Manusia  tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu..........

Teguran serta nasihat untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini adalah HARAM.......!!!!!!!

Viralkan biar semua orang tahu.......

Daripada :
Bahagian Dakwah,
JAKIM, Malaysia.

والله اعلم

Sumber: Facebook Jakim

Nota ummi,
Kadang2 bila dapat msg mcm ni, rasa nak tegur. Tapi takut si penghantar terasa hati. Lagi2 kalau ia lebih tua dari kita dan ahli keluarga kita. Hurm...

3 comments:

  1. Jk dpt msj ni, biasanya akak detele, risau terjebak..

    ReplyDelete
  2. Dulu dulu pernah jugaklah dpt mesej mcm ni. Mcm percaya jugaklah hihi.... cetek betul ilmu masa tu hihi...Sekarang ni dah tak de pulak.

    ReplyDelete
  3. Bahaya zaman skrg byk ja m3sej berantai .

    ReplyDelete