Tuesday, October 10, 2017

Master Chef Junior

Bagi mengisi pelajar yang dah selesaia UPSR, mcm2 aktiviti yang pihak sekolah dah atur.
Semalam pula, Irfan dan kawan2 belajar memasak.
Lepas masak, hidang pada para cikgu utk merasa.
Macam syok jer tgk aktiviti mereka.

Banyak juga gambar yg cikgu kongsi dalam Wasap.
Hari ni nak tempek pula kat blog.
Kan blog ni tempat simpan memories anak2 :)

Agaknya apa la yg Irfan duk sembang dgn muallim nya..
Bukan lain lagi Irfan posing dgn kawan2..
Yang baju biru tu, Muallim Syakir.. bekas student saya.
Dulu saya ajar dia, sekarang dia pula yang mengajar anak2 saya :)

Ada yg kena buat air..

Semua ceria jer...

Sesi merasa makanan..

Nampak sedap, kan?

Food presentation pun boleh tahan..

Kreatif sungguh budak2 ni..

Teringat pula dulu2 zaman belajar..
Kalau tak silap, masa Form 3 baru belajar masuk dapur utk subjek Kemahiran Hidup ERT (Ekonomi rumah tangga).
Masa tu first time buat kek dgn kawan2.
Senang pula resepi yang cikgu guna masa tu.
Lepas tu, selalu la baking kek coklat yg mudah tu kat rumah.
Masa form 4, siap buka tempahan kek lagi.

Tapi budak2 zaman sekarang sgt untung.
Dari kelas tadika lagi dah belajar masak.

7 comments:

  1. bgs la sekolah Irfan kak, mcm2 aktiviti.... walaupun bdk lelaki tp boleh tahan bab2 msk.... terliur nengok beger ngn cocktail tuh...
    masa ERT dulu kak, 1st masakan dana buat mee grg, hancus hahaha bwk balik umah kene gelak je ngn mak.. mulai dr masa tu la dana minat msk... sampai ke tua skrg nih

    ReplyDelete
  2. Best budak skrg..
    Dah boleh belajar masak2 lagi wlpn lelaki..

    Akak dulu ambik perdagangan..
    Tak ada lah belajar masak2 ni..
    Tapi selalu minta dgn kekawan yg ambil SRT ni.. dulu panggil Sains Rumah Tangga.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap plk menu yg diorg masakkan tu.

    ReplyDelete
  4. Ini yang bestnya kalau lepas habis exam besar ni. Kalau saya dulu-dulu, habis exam memang ada aje rombongan sekolah. Dulu dapat pergi KL rasa macam dapat pergi UK, Nur ^_^

    Tentu Irfan enjoy sakan dah habis exam ni. Buat projek santai-santai ni budak-budak memang sukalahkan.

    ReplyDelete
  5. Betul budak-budak sekarang memang untung sebab dah explore macam-macam dari kecil.

    Seronok tengok anak-anak ti dapat share moment dengan cikgu. Masing-masing dah lega habis UPSR..

    ReplyDelete
  6. Paling best ada aktiviti masak mcm ni. Lepas buat boleh makan hihi... barang barang kena bawak sendiri kan ....

    Bulan depan ye keluar result....tak pe lama lagi hihi

    ReplyDelete