Monday, April 8, 2019

Playground di tepi pantai

Balik kerja semalam, terus ambil Firas dan Aina dari taska.
Masa balik tu, jalan agak jem jadi saya ambil laluan jalan pantai.
Kurang lampu isyarat dan kurang sikit kereta.

Bila lalu jalan pantai, tiba2 Aina cakap.
"Ummi, cantiknya pantai."
"Jom kita main pantai ummi... please..."
Yang please kat belakang tu memang buat ummi cair.

Jadi saya singgah juga ke playground di tepi pantai.
 Budak yang pandai bodek ummi...
 Owh ya, Danish pun ada sama.
 Happy sangat mereka dapat main kat playground.
 Tengok la telatah Firas..
 Bukan main happy lagi dia...
 Ni dah gaya happy sangat agaknya...
Tak lama pun mereka main.
Dalam 5 minit saya dah ajak balik.
Mujur mereka setuju sebab dah lepas hajat nak main2 :)

5 comments:

  1. bestnya kak... penat2 balik kerja, lalu jln tepi pantai... tgk pantai tu buat hilang rasa penat...
    mmg nmpk betul happy muka 3 org tu terutama si kecik tu lah ehehehe

    ReplyDelete
  2. Seronoknya mereka
    Lain kali mintak mandi laut pula ye

    ReplyDelete
  3. Samalaa anak2 buah saya pun, pantang nampak playground mesti duk mintak nak berhenti. Hehe

    ReplyDelete
  4. anak anak memang seronok kalau di bawa ke playground

    ReplyDelete
  5. Teringat zaman anak kecik dulu dulu.... asal jumpa playground je mesti nak singgah, la ni.... mmg dah tak delah kan, cuma mak budak je pantang jumpa mall, asal jumpa mall je mesti nak singgah hahahhaa...
    Muka happy sungguh si Firas tu walaupun cuma duduk je hihi...

    Uminya tu bukan boleh percaya tu, tu senyap senyap je tu rupanya tgh mengandung 5 bulan....hihihi

    ReplyDelete